Saturday 31 December 2011

AA 01

haha dah nak masuk empat bulan baru nak cerita fasal bilik kat u ..... sebenar nye tak de cerita menarik pun fasal bilik kat u ni ... tapi just nak mengisi masa yang terluang sementara tunggu nak makan malam ni ...hehe

Seperti kat matrik , aku dapat aras 1, bilik no 1 . AA 01 . Cantikkan ... Aku dapat billik no 1 ni sebab aku orang yang kedua mendaftar ... orang first yana (roommate) . Nak cerita sikit la time pendaftaran blok tu . Budak pertama yang aku nampak kat khemah pendaftaran tu ialah Yana ngan parent die . Lepas tu kteorang isi form sama sama and daftar bilik sekali . Abang yang handle bahagian daftar bilik tu tanya nak satu bilik ke .... so yana cakap ok je ....and kteorang pun dapat satu bilik 

Bilik tu ok la cuma kecil je . Satu bilik tiga orang .Kalau budak asasi dua orang satu bilik . Ada katil , almari , and yang paling best meja study yang sangat besar (tapi aku tak study kat bilik pun) . So bersyukur dengan apa yang ada 








meja study yang sentiasa bersepah ...hehe






disebabkan aku tak share katil ngan orang lain , so aku boleh kongker almari ...hehe

So .. tu je la yang nak di share kan ... tak de ape yang menarik pun ... lagipun aku masa aku tak banyak kat dalam bilik . Pagi bangun tidur .... gi kelas .... balik kelas kalau tak de kerja gi di or kalau time kepala tak betul gi the spring kat kuching or lepak kat cais ....balik bilik , mandi , kemas apa apa yang patut (sebab dah tak de ain yang nak tolong buat semua benda tu) ... lepas tu lepak kat kafe .... balik bilik ambil buku .... gi bilik study .... tengah malam or pagi pagi buta balik bilik ...tidur .....so kesimpulannya banyak masa yang dihabiskan kat luar bilik ....bilik just tempat tidur ....

Oh lupa nak bagi tau kolej yang aku tinggal ni Kolej Seroja .... kalau ada masa nanti aku cerita ye ....


Thursday 15 December 2011

teguran itu untuk membina

Apa reaksi anda apabila ada rakan rakan yang menegur anda ?

1. Buat tak dengar
2. Marah balik kat kawan tu
3. Tukar topik perbualan

atau ....

4. Dengar , fahami dan ambil pengajaran

Seelok elok nye amalkan yang ke empat tu . Memang susah nak terima teguran orang especially dari kawan sebab ego seorang manusia . Tapi teguran tu kan untuk membina . Kita hanya mengetahui sifat luaran kita sahaja tapi sifat dalaman itu hanya orang sekeliling yang tahu . Jangan la time kawan tu tegur ubah topik . Itu menunjukkan kita tidak hormat die . Macam mana orang lain nak hormat kita kalau kita tak hormat orang 

hormati orang lain jika anda mahu dihormati - cik na (felo C3)

Ada orang yang tak kisah kalau orang yang nak ditegur tu tak nak dengar tapi anda la yang rugi sebab anda terlepas peluang untuk memperbaiki diri sendiri . So bila ada yang tegur tu dengar , faham , hayati , dan jika apa yang ditegur tu benda baik maka terima la . 

kita dilahirkan bukan untuk mengajar tetapi untuk belajar 

Monday 12 December 2011

hikmah yang di janjikan

Apabila kita bersama dengan orang yang hebat kita akan menjadi seorang yang pasif kerana semua benda orang hebat akan lakukan . Sebalik nya apabila kita tidak bersama dengan orang yang hebat kita sendiri terpaksa belajar menjadi hebat kerana tiada lagi orang yang hendak melakukan semua perkara untuk kita . 

Kini baru saya nampak hikmah di sebalik apa yang berlaku dalam beberapa bulan ini . Dan kini saya ikhlas dalam setiap perkara yang saya lakukan walaupun mereka tidak nampak akan keikhlasan itu (dan ada ketika tidak berterima kasih ) . 

Keikhlasan adalah perkara yang selalu orang anggap remeh tetapi keihlasan itulah kunci kepada kebahagiaan . Kini saya mampu mengukir senyuman yang ikhlas dari hati .... mampu ketawa yang benar benar membawa kebahagian dalam diri .... kini saya bahagia :)


yang kiri tu syu .... orang yang tak pernah berhenti ketawa

Oh .. tambahan ... saya sekarang ni kuat makan (selepas didesak oleh seseorang) .... and berat badan pun dah naik :)

Saturday 26 November 2011

siapa disebalik itu

Kita selalu dengar kata-kata "bila kita gagal jangan menyalahkan orang lain tetapi salahkan diri sendiri" tetapi bila kita berjaya adakah wajar jika kita menyatakan "saya berjaya kerana usaha saya sendiri" ?

Adakah benar kita berjaya hanya kerana usaha kita sendiri .... sebab kita memang dilahirkan menjadi orang yang bijak .... atau memang kita pelajar yang study hard .... and betul ke orang lain tiada kaitan langsung dalam mencipta kecermelangan yang kita kecapi tu ...

Adakah ibu bapa  tiada sumbangan dalam kejayaan kita   ? Adakah guru  tiada sumbangan dalam kejayaan kita ? Adakah rakan rakan tiada sumbangan dalam kejayaan kita ? Adakah adik beradik kita tiada sumbangan dalam kejayaan kita ?

Pernah kah kita sedar bahawa ibu bapa lah insan yang paling takut ketika kita sedang menduduki exam malah ketakutan mereka itu melebihi katakutan kita sendiri ....Pernah kah kita sedar bahawa guru lah insan yang bersengkang mata di rumah menanda kerja rumah kita semata mata untuk tahu tahap pemahaman kita terhadap sesuatu perkara .... Pernah kah kita sedar bahawa rakan rakan lah menjadi buku rujukan utama ketika kita tidak faham tentang sesuatu perkara ......Dan pernah kah kita sedar  bahawa adik beradik kita lah menjadi pakar motivasi kita yang paling hebat walaupun ada diantara mereka memberi nasihat seperti seorang guru disiplin

Tanpa kita sedar sebenarnya dalam sesuatu  kejayaan kita , ada beribu insan disebalik kejayaan itu . Ibu bapa , guru , rakan rakan , adik beradik bahkan masyarakat sendiri menyumbang kepada kejayaan kita . Oleh itu apabila kita menerima sesuatu kejayaan toleh lah ke belakang , melihat siapa insan disebalik itu dan apabila kita gagal toleh lah ke hadapan , terus mengorak langkah untuk terus bangkit

manusia boleh gagal jika dia berseorangan
tetapi manusia tidak boleh berjaya jika dia berseorangan 

Sunday 20 November 2011

kesabaran yang semakin hilang

sekali lagi
semalam sekali lagi
sekali lagi yang sudah berkali-kali ......

Thursday 10 November 2011

saya yang tidak sempurna

maaf kalau saya buat awak marah or tension
saya bukan kawan terbaik awak

Maaf kalau saya buat awak marah or tension ? Ye saya maafkan walaupun kadang kadang tu saya rasa penat sebab saya perlu tahan rasa marah saya kat awak .... sebab apa saya tak marah je ? .... sebab awak kawan saya .... bukan ke kte perlu menjaga hati kawan walau apa pun yang terjadi ..... sebab kawan itu adalah anugerah ..... tidak semua orang berpeluang untuk memiliki dan merasai apa itu sebuah talian persahabatan kan

Saya bukan kawan terbaik awak ? Ye awak bukan yang terbaik dan saya pun bukan yang terbaik kerana fitrah manusia itu adalah tidak sempurna .... kita selalu dengar yang kawan kita dulu adalah yang terbaik .... kawan  time sekolah rendah adalah yang terbaik .... kawan time sekolah menengah yang terbaik ... kawan time matrik or asasi adalah yang terbaik ..... kenapa kita kata mereka adalah yang terbaik ? sebab kita dah mengenali mereka kan .... sebulan dua kita berkawan dengan mereka kita tidak cakap pun mereka itu yag terbaik tetapi bila dah berpisah dan sudah kenal orang lain yang tidak berperangai seperti mereka baru kita kata mereka itu yang terbaik .....betul tak ? dan kenapa kita tidak kata kawan yang kita miliki sekarang ini adalah yang terbaik ? kerana kita masih dalam proses mengenali mereka .... sifat mereka .... perangai mereka .... buruk baik mereka ...... itu semua dalam proses

Persahabatan itu adalah suatu proses ..... persahabat itu dimulai dengan keperitan dan akan berakhir dengan keindahan ...... dalam hidup kita hanya akan jumpa satu yang terbaik tetapi beribu yang baik .... percaya pada rezeki ......"sahabat itu adalah rezeki , jika kita ikhlas berkawan dengan dia ... percaya lah sifat sifat rakan yang kita impikan pasti ada pada dia" ..... itu kata kata daripada kawan baik saya , eja 

Saya ikhlas berkawan dengan awak .... saya terima segala kelebihan awak .... saya terima segala kekurangan awak ...... mencuba untuk mengenali siapa diri awak ..... menyesuaikan sifat awak dengan sifat saya ...... semua itu mengambil proses ...... saya memang berperangai pelik ..... suka mendiamkan diri kalau ada yang tidak kena pada mata saya ... dan berdiam diri jika marah ..... saya dari kecil di didik dengan segala macam disiplin ...... kadang kadang orang tidak boleh masuk dengan cara saya .... walaupun saya selalu kata "mereka" adalah yang terbaik , itu tidak bermakna saya tidak menghargai apa yang saya miliki pada hari ini ..... 

Saya harap awak bersabar dengan perangai saya ..... macam yang pernah saya beritahu awak sebelum ni ...... saya berkawan dengan awak bukan hanya untuk jadi peneman selama tiga tahun .... or just meringankan beban saya untuk membuat segala macam assigment ... tetapi kawan untuk selama nya .... kawan dunia dan akhirat

Saturday 5 November 2011

salam aidiladha

First sekali nak wish selamat hari raya aidiladha kepada semua
Macam mana rasa nak raya ? Seronok tak ?
Saya yakin ramai kawan kawan dah balik ke rumah masing masing kan
Tetapi saya pada tahun ni sambut raya tanpa keluarga hehe
Tak balik jb pun
Seronok ke ?
Mesti la tak
Cuti raya sekali dengan cuti mid sem so kteorang cuti selama  seminggu
Apa nak buat selama seminggu tu ?
Itulah persoalan yang sentiasa ada kat otak ni
Nak buat macam mana kan
Nak balik tiket sangat mahal 
Pergi balik dah 500 tu belum termasuk charge untuk bagasi lagi tu
Kalau dulu tiket pergi balik dari pilah ke jb baru 50
Tak pe la kan ni lah yang dinamakan pengalaman
Pengalaman tak kan ada kalau kte tak lalui 
Sekarang ni hanya lagu raya menjadi peneman hati yang lara hehe
Relax la mira kan brutal
Apa la sangat kan tak balik raya tu

Apa apa pun selamat hari raya sekali lagi
Kepada kawan kawan yang dapat pulang beraya ngan family tu
Hargai lah setiap saat yang anda lalui bersama mereka
Kerana ada insan yang tidak dapat merasai saat saat seperti itu
Kalau korang makan rendang ngan ketupat tu ingat la kat saya ye
Korang makan rendang tapi saya makan maggi je hehe
Cafe tak buka selama tiga hari ni

Nanti kte cerita segala aktiviti time raya yang sungguh syahdu ni :)

Monday 24 October 2011

saya marah ni

Hanya Allah je yang tahu tahap kemarahan aku hari ni . Nasib baik aku mempunyai tahap kewarasan yang tinggi kalau tak meletup kalah merapi . Just nak kongsi tips untuk tahan marah yang aku selalu buat


-bila marah tu fikir mungkin orang tersebut mempunyai masalah yang tersendiri

-marah hanya memenatkan diri je sedangkan orang tersebut just relax
-biar orang tak tahu apa yang telah kita buat , segala penat kita sebab ia mendidik kita jadi orang yang sentiasa          ikhlas dalam pekerjaan yang kita buat

And bila aku marah ni aku teringat kat syai (budak aras time kat matrik) ...."mira ni  marah tapi senyum"
dalam hati sape tau kan :)

Wednesday 19 October 2011

saya tak nak tamak lagi

Jujur aku kata time kat matrik aku sangat tamak ... bukan tamak dari segi benda tapi dari segi kawan .... dengan semua orang aku nak rapat .... dah ada roommate nak rapat lagi ngan budak kelas .... bila dah rapat ngan budak kelas nak rapat pulak ngan budak aras , budak blok sendiri , budak blok sebelah , budak surau ... and semua la aku nak rapat ...

Bila kat u ni boleh dikira ngan jari berapa je kawan yang aku rapat . Dekat u ni pula tak de sistem praktikum so aku tak de kawan kelas . Orang yang aku rapat just syu , sany , jemima , zarul , mira , ain ngan mawi je . Dan sejujurnya kat sini aku nak kata yang  aku langsung tak rapat ngan roommate sendiri (sorry jika korang baca tapi korang tau kan memang tu pun hakikat yang sebenarnya) . Mula mula tu memang rasa sedih sebab kat matrik pergi mana mana mesti jumpa ngan orang yang aku kenal .... tak kira la kat cafe ke , bilik tv ke or go toilet pun ada jumpa orang yang aku kenal . Kat sini budak aras sendiri pun tak tau . So kalau balik bilik tu just masuk bilik ... buka buku .... lepas tu tidur . Dah tak de lagi nak gaduh gaduh ngan roommate or budak aras yang suka jadikan bilik aku sebagai pusat kelab kaki kaki lepak sedunia . ....series memang aku rasa hidup aku sangat sunyi ...

And satu lagi kat sini aku tak de tempat untuk berkongsi rasa sedih or masalah . Tipu la kalau aku kata aku tak de masalah dan sekarang ni aku memang ada banyak masalah , masalah yang berkaitan dengan orang di sekeliling aku . Hidup ni kalau nak jaga hati orang je kan payah kan . So aku tak de sape nak cerita ,  tempat lepak untuk mententeramkan diri pun belum jumpa .

Kalau dulu dekat matrik aku hanya memerlukan hanya sebulan untuk melupakan kenangan kat sekolah tapi aku kat u dah nak masuk dua bulan tapi aku still rasa aku macam kat matrik . Kalau aku kata kawan baik tu maknanya kawan baik kat matrik la tu ... kalau aku kata roommate tu maksudnya roommate matrik la tu ....

Aku seorang yang percaya pada konsep "kita hanya akan dapat yang terbaik cuma sekali" ....dekat matrik aku sudah dapat segala galanya yang terbaik so kat sini aku perlu terima semua dengan hati yang terbuka . Antara hikmah yang aku dah dapat lihat ialah aku menjadi orang yang lebih kuat . Ada satu post yang aku cakap aku tak pernah menangis sepanjang aku duduk kat unimas ni ...and sampai sekarang aku still belum pernah lagi menangis baik kerana family or kawan . Aku tak tau dari mana aku dapat semua kekuatan ni tapi aku percaya apa yang aku alami sepanjang kat matrik ngan unimas ni la yang menjadikan aku seorang yang lebih kuat daripada sebelumnya 

Apa yang penting bagi aku ialah bukan apa yang terbaik dari seorang kawan tetapi apa yang terbaik untuk aku bagi kat kawan .... semua ni memerlukan proses and tak adil jika aku terus banding bandingkan unimas ngan matrik . Matrik adalah kenangan terhebat aku dan unimas pula merupakan platform untuk aku cipta satu kenangan yang lebih hebat


Sunday 16 October 2011

no tittle

Ni blog saya kan so saya boleh tulis apa je asalkan tidak melanggar peraturan kan ? So boleh tak kalau saya nak nyatakan kat sini yang saya tengah sangat rindukan seseorang ..... saya rindukan seorang yang selalu bercerita kat saya ... yang selalu temankan saya makan ... yang selalu lepak kat bilik saya .... yang selalu saya berkongsi masalah ..... SAYA RINDU KAT TIQA !!!!

Thursday 6 October 2011

berkampung di cais

Assigment ..... assigment ..... assigment .........

Bila belajar kat u ni lah satu satu nye perkara yang budak budak tak boleh lari . Baru tiga minggu belajar dah ada berderet assigmet yang kena buat . Assigment contemporary psychology , antropology , communication, gender , statistik , hubungan etnik , tmx ..... ha nak apa lagi ..... tak cukup group assigment tambah lagi individu ..... lepas tu kerja kerja sampingan ... tutor ..... 

Satu perkataan yang tak boleh lari ialah penat . Memang sangat penat . Bayangkan keluar gi kelas pukul 6.45 pagi lepas tu balik pukul 11 malam . Dengan jadual kelas yang ada hari padat , kena jalan jauh .... sememang nye mendidik aku untuk bersabar . Minggu ni direct aku stay kat cais or nama glamour nye library . Nak cari bahan kat cais pun memerlukan kesabaran yang tinggi . Cais ni merupakan library yang terbesar kat asia . So korang boleh bayangkan la betapa penat nye mencari buku . Walaupun ada web opec tapi bagi aku ia tak banyak membantu . Kena tawaf entah sampai berapa pusingan lepas tu naik turun tangga lagi . Mungkin aku akan terus bermalam di cais untuk dua bulan sampai la semua assigment tu siap or mungkin untuk selama 3 tahun  :)

Maju lah assigment untuk diri sendiri ..hehe

Wednesday 5 October 2011

saya tidak lemah

Orang selalu kata perempuan ni lemah , tak boleh buat tu buat ni . Lelaki pula kuat , berani , semua benda boleh buat . Tapi sedarkah anda sebenarnya masayarakat yang menyebabkan perempuan tu lemah atau tidak kuat seperti lelaki .

Lecture gender ada share cerita yang best untuk aku ceritakan balik . Seorang pendaki gunung averest Jem Morest telah menukar jantina nye dari lelaki kepada perempuan , Jen Morest . Die cerita apabila die jadi perempuan die rasa lemah tidak seperti time die lelaki padahal time die lelaki die mampu menawan puncak yang tertinggi di dunia . Jen kata bila die perempuan perlakuan die terbatas . Misal nye die nak angkat sesuatu barang yang berat pasti ada lelaki yang datang kepada nye dan menawarkan pertolongan sebalik nye time die lelaki . Jadi walaupun Jen hanya menukar jantina dan masih memiliki tubuh badan yang sama , Persekitaran nye yang membuatkan die menjadi orang yang lemah .

So perempuan bukan lemah tapi mereka telah dilatih tanpa sedar sejak dari kecil untuk menjadi kurang kuat berbanding lelaki . Dari sudut pandangan sosiology manusia bukan dilahirkan dengan terus memiliki jantina tetapi persekitaran yang menentukan jantina yang akan mereka miliki .

Tuesday 4 October 2011

no title

Apabila jangkaan kita terhadap sesuatu perkara tu sangat tinggi dan apa yang kita dapat tu tidak seperti yang kita inginkan pasti kita rasa kecewa kan ?

So pengajaran nye terima apa yang ada dan jangan suka membandingkan apa yang pernah kita dapat . Sorry sangat kepada group assigment saya , sya , senny , jemima , zarul ngan mawi . Jangkaan kte terhadap korang terlalu tinggi sebab korang semua budak stpm dan jika kte terlalu tegas kte minta maaf banyak banyak . And kepada senny ngan jemima kte akan cuba hilangkan sikit stail matrik kte tu supaya korang lebih mudah faham ok :)



Tuesday 20 September 2011

tak de kerja

Bila sampai kat unimas ni aku pernah cakap kat dalam hati "kalau aku jalan kaki dari kolej ke fakulti tu makna nye aku gile" sebab sangat jauh . Kak Siti kata lebih kurang 6 km . Dan semalam aku betul2 gile sebab aku berjalan kaki dari fakulti untuk balik ke kolej . Oh terlupa pula bukan aku sorang tapi ngan sya .

Cerita nye bermula macam ni . Lepas je habis kuliah dalam pukul 4 tu ...

aku :
kalau kte jalan kaki best gak kan

sya :
jom , kami dah biasa jalan kaki

aku :
betul ni ?

sya :
jom la

aku :
ok kalau betul kte jalan kaki sampai bilik kte belanja awak makan

Dan lepas tu kteorang pun jalan la kaki . Dari fakulti tu kteorang follow budak budak lelaki sebab kteorang tak berapa tau sangat jalan kat situ . Bila ikut budak lelaki ni biasa la jalan yang dieorang pilih biasa nye jalan jalan kesesatan  . Kteorang kena turun bukit yang menyeramkan bagi budak perempuan . Lepas tu ok la , jalan jalan ada bas lalu banyak lagi seat yang kosong tapi kteorang buat bodoh je . Kteorang pun meneruskan la pengembaraan yang giler tu .

Dalam masa 15 je kteorang dah separuh perjalanan . Lebih cepat daripada bas . Sepanjang jalan tu , ada dua kereta berhenti nak tumpangkan kteorang . Rasa nye orang luar . Mungkin dieorang rasa kesian kot kat kteorang sebab kolej kteorang tu memang jauh . Yang best tu kereta kereta yang berhenti tu kereta honda :) . Tapi kteorang tetap ngan misi .

Dah lepas beberapa  minit , hujan pun turun . Lagi la mencabar kan . Kteorang still relax . Beberapa minit kemudian hujan lebat pula turun . Sya dah agak menggelabah tapi aku biasa la just relax . Tengah jalan jalan dalam keadaan basah kuyup tu tiba tiba ada bas berhenti , suruh kteorang naik . Kteorang berat hati nak naik tapi memandangkan hujan sangat lebat ditambah pula petir so kteorang naik juga . Time kat dalam bas tu memang rasa kecewa sebab kteorang dah nak sampai kolej pun .

Bila balik kolej lagi best . Banjir ! Aku jenis yang tak sabar . Kalau budak budak lain duduk kat depo bas tunggu hujan reda , aku tak . Aku ajak sya balik kolej . Time kat jalan masuk kolej tu air dah paras separuh betis . Bila jalan tu rasa macam kat dalam sungai . Bila sampai je bilik terus tukar baju . Baju tu bila diperah keluar air . Kasut aku dah macam baldi penuh ngan air . Yang lagi best tu siap ada serangga melekat kat badan . Entah apa tah serangga tu tapi sakit la bila nak cabut kan tu .

So inilah pengalaman minggu kedua aku di unimas . Kalau nak rasa pengalaman yang best sekali sekala tu jadi lah budak yang giler giler tapi bukan gila :)

Saturday 17 September 2011

ilmu daripada seorang kawan

Anda pernah rasa tidak puas hati tak dengan diri anda sendiri ? Kulit aku ni gelap sangat la .... kenapa aku tak cantik macam die tu ... kenapa aku tak tinggi macam die tu .... kenapa rambut aku tak lurus macam die tu ... Hari ni aku nak share sesuatu agar saya dan anda dapat menghargai apa yang ada pada diri kita ni .

Dekat unimas ni aku dapat sesuatu yang sangat berharga yang tidak aku peroleh di tempat lain . Aku dapat seorang kawan oku (sebenarnya aku tak berapa suka guna istilah tu) . Nama die ain . Berumur 21 tahun , muka nye cantik dan tubuh nye kecil sedikit daripada aku . Die mengalami masalah penglihatan . Aku difahamkan mata kanan nye buta dan mata kiri tu tidak berapa jelas . Aku tidak pasti apa yang boleh dilihat oleh ain . Pada mula nye aku tengok die normal je sampai la sya beritau (roommate ain) . Setiap kali berbual die tidak lihat pun ke muka aku or kalau ambil gambar die tak pandang camera . Walaupun die ada kekurangan tapi kelebihan nye sangat banyak , melebihi orang normal . Die budak lepasan stpm and pointer die 3 ke atas , hebat kan .

Semalam kteorang (saya , sya , syu , ain , yana ngan kawan die) keluar gi kuching jalan2 sambil tengok reggatar . Sepanjang hari tu aku belajar pelbagai perkara yang membuatkan aku amat menghargai kehidupan ni . First , cara ain jalan sama je macam orang normal yang lain . Cuma bila ada jalan yang bertangga tu kte kena beritau la . Ain lagi cekap naik escalotar berbanding ngan aku . Aku start guna benda tu dari kecil tapi sampai sekarang aku rasa takut2 . Tapi ain cukup hebat . Die dengan selamba naik escalator and tak jatuh .

Kedua , ain makan sangat bersih . Semalam kteorang makan mcd . Ain beli sama menu ngan aku , ayam goreng . Die makan sampai tinggal tulang je sebalik nye aku yang terang penglihatan ni tidak sebersih tu . Ketiga , die cepat tanggap apa je perkara yang baru die belajar . Time nak makan tu die ajak aku temankan die basuh tangan . Bila sampai kat sinki tu die raba2 sinki and tak jumpa pun tempat buka paip . So aku tolong la buka kan . Bila lepas makan die sendiri bangun dan die berjaya basuh tangan tanpa bantuan sesiapa .

Ketiga , ain cukup pandai berkomunikasi . Kalau aku nak beli barang step2 nye ... pergi kedai ... pilih barang .... tengok harga lepas tu bayar . Berbeza ngan ain . Setiap barang yang die nak beli tu die akan tawar menawar dulu bahkan beli kasut kat bata pun die minta diskaun and akhir nye die dapat diskaun 10 % .

Sepanjang hari tu aku asyik memerhatikan tingkah laku die . Cara die pegang duit , cara die pilih barang ..and segala nye la . Bila aku berkawan dengan die baru lah aku rasa aku ni insan yang cukup sempurna . aku hanya manuasia biasa and aku tidak lari daripada perasaan tidak puas hati dengan diri sendiri . Aku ada masalah rabun yang agak teruk . Kadar kerabunan (or selalu orang sebut power) aku mencecah 500 . So memang mustahil la aku nak lihat dengan jelas tanpa cermin mata . Nak baca buku kena pakai , nak baring kena pakai , nak main fb pun kena pakai ... and semua benda la . Kadang2 tu aku merungut juga kenapa orang lain boleh melihat dengan jelas tanpa perlu bantuan apa2 alat tapi aku tak boleh .

Ain seorang yang mengalami masalah penglihatan tidak pernah pun merungut bahkan die sentiasa happy dengan hidup die . Die bangga tunjukkan barang2 yang digunakan oleh orang yang ada masalah seperti die . Time aku gi bilik die , ain asyik la tunjukkan calculator die yang boleh keluarkan suara . Tiada perasaan malu apatah lagi merungut dengan kekuarangan yang ada . So patut ke aku merungut dengan kekurangan aku yang tidak seberapa tu . Masalah kurang jelas dalam penglihatan aku boleh di atasi dengan memakai cermin mata tapi ain ? So ... sememang nye aku perlu bersyukur dengan apa yang ada.

Sedikit nasihat aku kepada peniaga2 . Cuba perhatikan customer2 anda . Tidak semua nye normal . Orang yang ada masalah seperti ain dieorang tidak nampak apa yang mereka pegang so jangan la menarik muka bila dieorang tidak letakkan barang ke tempat asal dengan betul . Kalau ada barang yang jatuh tapi tak merosakkan barang tu jangan la nak marah . tolong fahami orang seperti mereka ni .

Kepada para pelajar especially budak matrik yang selalu kena beli test pad , pen , highlighter , or apa2 je alat tulis jangan la merungut . Anda patut bersyukur sebab anda dapat menggunakan alatan2 moden tu . Ada orang yang tidak dapat menggunakan alatan2 tersebut .

syu :
ain dah beli semua barang2 , test pad , pen

ain:
saya mana guna benda tu


ain : lain kali saya tak nak ikut korang jalan la , rasa macam
menyusahkan korang je
sya : mana ada ain tak pernah susahkan saya pun


ain : mira cantik la gambar ni ambil gambar macam ni guna handphone saya


ain : ambil gambar saya kat sini pula

Kelebihan lain yang ain miliki ialah dia sangat pandai pilih angle yang cantik untuk ambil gambar . Kalau die jumpa tempat yang cantik mesti die suruh ambilkan gambar .

Jadi , kesimpulan nye kepada anda dan saya yang cukup sifat dan sempurna ni hargai la kehidupan yang kita miliki . Dan bila kita jumpa dengan orang kurang upaya ni jangan merendah rendah mereka kerana mereka lebih hebat daripada kita .



Thursday 15 September 2011

seminggu di unimas

Pertama tama sekali saya nak cakap yang saya still jaggal untuk sebut nama unimas , almaklum lah dah setahun kan sebut kmns .

Perasaan berada di unimas ?

Seronok , gembira ,terharu , sedih , bersyukur ..... semua bergabung menjadi satu . Satu perkara yang best untuk aku kongsikan ialah dari hari first daftar sampai la ke hari ni aku belum sekali pun menangis . Rasa rindu kat rumah tu normal la kan tapi tak de la rasa macam berhenti belajar and stay terus kat rumah . Mungkin sebab dah biasa kot . Sepanjang berada kat unimas ni aku rasa enjoy je .

Apa yang best kat unimas ?

Macam macam .... Firts tempat nye sangat besar . Mak kata lebih besar daripada skudai . Yang kedua ialah masa . Dekat sini waktu nya setengah jam lebih awal daripada semenanjung . Pukul 3.44 dah asar , 6.41 dah maghrib and kat sini kalau sebut lepas isyak tu ialah pukul 8 . Kalau pukul 6 pagi tu dah macam pukul 8 . Mula mula tu tak biasa juga , sembahyang pun selalu terikut time semenanjung and bila dah lama lama tu ok je .

Selain tu bahasa yang ada kat sini macam macam . Ada bahasa kelantan , kedah , terengganu , iban , melanau .....dan macam macam lagi . Bila berbual ngan kawan kawan tu dieorang guna loghat negeri masing masing . Yang best nye kalau ada yang tak faham nanti dieorang guna la bahasa bm yang betul tapi lepas tu sambung balik guna loghat sendiri . Roommate aku orang sarawak  , memang susah untuk aku tanggap apa yang die sebut tapi nasib baik la roommate aku yang sorang lagi tu boleh terjemahkan . Dekat unimas ni juga aku dapat kawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama . Ada dari kedah , kelantan , selangor , iban , sabah , terengganu . Makanan kat sini pun pelik pelik . Kalau kat johor terkenal dengan mee muar yang sedap yang bahan utama nye adalah udang , kat sini pun ada juga tapi ia di hidangkan dengan sate . Minuman pula aku dah jumpa yang pelik . Aku tak ingat apa nama nye sebab susah sangat nak sebut . Kawan sarawak yang kenalkan and rasa nye sedap la .

Masalah di unimas ?

Memang ada tapi aku tak nak cerita sekarang sebab sekarang ni aku nak enjoy je dulu .


first gambar ngan roommate semua macam malu malu
saya , yana (selangor) , yen (sarawak)


yon (sabah)


DeTAR , dewan baru yang baru siap seminggu sebelum pengambilan pelajar baru
kteorang menjadi kumpulan pelajar pertama yang merasmikan
dewan yang bernilai 6.8 juta ni :)



memandangkan kolej kteorang sangat dekat so kteorang kena naik bas



lebih kurang 3400 pelajar untuk sesi baru pengambilan 2011/2012
dan lebih kurang 1000 yang telah menolak tawaran untuk belajar di unimas


international students


malam rumpun budaya dan seperti biasa kolej yang aku tinggal menjadi juara :)
tapi disebabkan perbezaan satu markah dengan kolej cempaka kolej seroja tidak dapat
merangkul juara keseluruhan sekaligus gagal membawa pulang burung kenyalang
yang telah dipegang selama dua tahun berturut turut


menconteng muka untuk menghayati dan memenangi sorakan terhebat
seroja aok !! seroja aok !! seroja aok !! hahaha ko ada tek ?



Monday 5 September 2011

kitak di sarawak

Alhamdullilah .... saya sudah berada di kuching , sebuah tempat yang tidak pernah terbayang di benak . Aku bertolak jam 4.30 pagi sebab kena tunggu lebih kurang dua jam sebelum waktu berlepas . Lagi pula rumah aku jauh dari airport .Tepat jam 7.00 pagi aku berlepas .

Pengalaman pertama naik kapal memang best . Selalu jalan kat darat je kan . Bila naik kapal terbang tu rasa lain macam . Jakun pun ada juga . . Akak akak pramugari tu cantik cantik . Ramah tamah pula tu . Tak lokek dengan senyuman. Terbaik la krew fire fly .

Bila kat atas tu membuatkan aku rasa sungguh kagum dengan ciptaan Allah . First time dalam hidup aku lihat bandar senai dari atas , dapat tengok skudai , utm . Pandangan kat udara sangat cantik . Atas awan ada awan lagi  . Kadang kadang ada seperti lautan , gunung , padang yang penuh di selaputi salji dan ada juga bentuk awan yang seperti kapal lanun . Bak kata span kuning "kita hanya perlu guna imaginasi" . Bila guna imaginasi semua benda nampak menarik .

Sampai kuching lebih kurang jam 8.15 pagi . Kteorang (ayah , mak , ngan aku , adik tak ikut) terus check in kat hotel domani . Duduk kat bilk dulu sebab aku nak charge camera . Dah lepas hilang penat kteorang pergi ronda ronda bandar kuching .  Antara kuching ngan jb terlalu jauh beza . Bandar kuching ibarat bandar muar . Belum maju sangat tapi cantik la .

Kteorang jalan kaki . Entah ceruk mana yang kteorang pergi . Nak beli kek lapis la , gelang la . Macam macam yang di beli . Kalau gelang tu lebih kurang tiga puluh , key chain dalam dua puluh , beli tudung , kasut and ayah sempat beli handphone touch skirn . Yang pasti semua barang tu bukan untuk aku . Barang aku semua beli kat jb . Sabun ngan baldi je aku beli time nak daftar kat u nanti sebab ada jualan kat situ (ye la tak kan nak bawa baldi naik kapal kan hehe) .

Esok hari bermula la eposid baru dalam diari hidup aku sebagai seorang pengembara .Pengembara ilmu buku dan ilmu kehidupan .

Gambar nanti la upload sebab kat kuching ni internet sangat tenat :)




Friday 26 August 2011

kerja tu best

Semalam secara rasmi nya saya berhenti kerja (macam penguguman raya je hehe) . Diam tak diam aku dah berkerja selama 36 hari , kejab kan masa berlalu . Selama ni aku fikir kalau berhenti kerja tu best , happy ...tapi rupe nye tak . Sedih juga la lebih lebih lagi bila dengar ucapan "bye jumpa lagi nanti" . Aku memang cukup benci dengan perpisahan .

Orang kata bila kita dapat kaji kita rasa happy giler , rasa dunia ini macam ana yang punya . Tapi aku tak rasa pun perasaan macam tu . Mungkin sebab perkerjaan ini bukan aku nak kot . Lagi pun dari hari pertama aku kerja niat aku just nak tolong je , bukan nak kerja apatah lagi nak dapat gaji . Mak ayah aku cakap aku untung sebab kerja part time je tapi gaji boleh tahan . Ye la kot and aku memang bersyukur pun .

Macam mana kerja ?

Itulah yang selalu kawan kawan tanya . Kerja nye memang seronok tak tension cuma kadang kadang tu ada la penat standard la kan . Kerja aku just kira gaji orang . Masukkan gaji harian dieorang . Kadang kadang tu keep in data , laminat kertas , buat kad . Yang buat lagi best sebab ada kak malia (senyum sampai ke telinga kalau kak malia baca ni hehe) . Walaupun jarak umur kteorang jauh tapi kak malia pandai cari topik untuk di bual kan . Cara kak malia layan aku pun macam kawan kawan sebaya . Walaupun aku ada buat salah macam tersalah masuk data , tersalah kira gaji , tapi kak malia tak pernah marah pun (mungkin sebab kak malia takut aku report kat ayah kot hehe) . Tapi kalau kena marah pun aku tak kisah sebab tu kan satu proses pembelajaran .

Dekat ofis tu just aku ngan kak malia je yang melayu yang lain tu semua nye cina . So kalau dieorang berbual tu memang aku tak faham langsung la tapi kak malia habat sebab die faham cuma tak boleh nak bercakap je . Hebat kan .  Kawan kawan ofis yang lain (atau mungkin lebih sesuai dipanggil akak) ialah sin ee , auntie teo ngan kerlin . Mula mula tu memang tak bertegur sapa la tapi lama lama tu boleh la .

Ilmu yang aku dapat time kerja ni  memang cukup hebat . First orang selalu cakap kerja kat ofis best , ada kerusi pusing pusing , sejuk (memang pun kadang kadang suhu nye 18 degree) , tak banyak kerja . Buat kerja sikit sikit , bual bual lepas tu cukup time balik. Tapi hakikat nye tak macam tu . Susah dan memeningkan kepala . Bila time gaji je kaka malia ngan sin ee  dah sibuk . Buat tu la ini la . And kebiasaan nye orang ofis la yang selalu balik lambat daripada pekerja biasa .

Kedua , kilang tempat aku kerja ni kilang jahit so die orang mengamalkan gaji borong (kecuali orang ofis) . Kalau banyak jahit banyak la gaji kalau sikit sikt la gaji . Bila kira gaji dieorang tu memang sedih . Setengah bulan tu ada yang dapat cuma dua ratus je . Bayangkan je la duduk kat jb yang kos sara hidup lebih tinggi daripada kl , menyara hidup dengan gaji yang macam tu .

Yang ketiga , bila aku dah kerja baru aku menghargai and kadang kadang tu rasa kagum dengan pekerja asing . Kat kilang tu ada nepal , indon ngan vietnam . Ada yang baru berusia 18 tahun sudah merantau cari rezeki . Bukan sebarangan orang mampu lakukan tu . Hanya orang yang kuat je yang mampu .

So kesimpulan nya kerja tu memang best cuma terpulang kepada kita untuk mencorakkan nye . And bila kerja tu jangan hanya mengharap pada gaji . Cuba cari dan belajar apa yang terkandung dalam buku kerja itu kerana buku itu tidak dapat kita peroleh di libray hanya boleh dibaca apabila kita sendiri melalui nya .

Lastly , thanks kepada kak malai dah ajar kte macam macam perkara . Kalau dulu kte tak tau laminat kertas , sekarng kte dah tau . Kalau dulu kte tak tau guna mesin potostate yang besar tu , sekarang kte dah tau ..... and macam macam lagi la . Saya memang seronok kerja kat ofis tu walaupun pernah satu hari tu ada perkara yang membuat saya nak berhenti . Berkerja di melati fesyen memberi seribu kenangan untuk saya simpan sebagai satu lagi bab dalam nota kehidupan saya

Terima kasih sekali lagi kepada kak malia , kak aina , mak cik mak cik (oh tak lupa kepada madam yang bagi gaji hehe) and kepada semua warga melati fesyen :)





Sunday 21 August 2011

itu dan ini

Tinggal berapa hari je lagi nak pergi daftar u tapi banyak lagi benda yang belum settel . Check up belum ... pasport pun belum almaklum la sibuk kerja (macam banyak no kerja die tu) . Fasal check up tu tak berapa risau sangat sebab aku dah beritau kat hospital tu yang aku risau ni fasal pasport . Barang barang lagi la jangan cerita , semua belum di bela lagi .

Semalam and pagi tadi aku settel kan segala macam borang dan semua nya sudah di isi . Dua hari jadi kerani tak berbayar , print la , copy la . Dah siap tu rasa ringan sikit .


sibuk kan ...tapi cuba tengok kat kiri tu
sempat lagi berfb tu :)



merata tempat ada kertas
sorry ye ma sebab sepahkan rumah hehe

matrik vs rumah

Juadah buka puasa di matrik

1. nasi ayam or nasi tomato or nasi briyani
2. air jagung
3. popia coklat
4. donat coklat

Juadah buka puasa di rumah

1. nasi briyani
2. mee goreng
3. sambal goreng
4.rendang ayam
5. lepat pisang
6. kuih deram
5. roti jon
6. roti arab
7. bubur pisang

Haha ... best kan berbuka puasa kat rumah . Itu juadah semalam . Yang pasti ke semua juadah itu dibeli di bazar bukan di masak di rumah

Sunday 14 August 2011

kecemerlangan yang tiada nilai

Hari ini saya ingin berbangga diri . Kawan saya kata semakin banyak tingkap diri yang kita buka semakin orang mengenali kita dan saya rasa anda semua belum cukup mengenali saya . Saya tak nak cerita la fasal nama , umur or hobi tu macam soalan budak tadika tapi saya nak cerita satu kehebatan or lebih tepat dipanggil kebijaksanaa .

"PAKAR SEJARAH"

Itulah gelaran yang saya dapat time sekolah menengah dulu . Setiap kali exam result sejarah saya sentiasa hebat . Yang paling teruk pun B . JIka yang paling teruk B , anda boleh teka kan yang paling hebat tu apa .Kalau bahagian esei tu markah mesti 70 ke atas . Jika time kelas sejarah kawan kawan lain dah sangap sebesar besar alam , saya pula tekun mendengar apa yang cikgu ajar . Sampai ada sekali tu cikgu cakap "awak punya kertas periksa ni tak payah tanda pun tak pe comform banyak betul" . Dan saya dapat A+ untuk sejarah time spm . Bukan A solid bukan juga A - tapi A+ . Hebat kan

Selepas dua tahun berlalu .....

Saya masih ingat lagi  sukatan pelajaran sejarah dari form one sampai la form five . Perjanjian pangkor , sejarah naning , ciri ciri pra sejarah , zaman kegelapan , perjanian tanah melayu , rancangan malaysia , faktor faktor penjajahan , zaman renaissance , cara cara islam sampai ke asia tenggara , faktor faktor penentangan orang melayu terhadap sistem kerakyatan jusoli

Lagi ....

Apa perbezaan antara ciri ciri malayan union dengan perjanjian tanah melayu ? Apa itu rancangan briggs ? Apa faktor kedatangan jepun ke tanah melayu ? Apa itu perjuangan UMNO ? Apa itu pembentukan parti perikatan ? Kenapa dibentuk persekutuan malaysia ? Siapa penasihat british di negeri negeri di tanah melayu ? Apa itu SBUB ? Bagaimana pentadbiran brooke di sarawak ?

emm ....

Wah hebat nye seorang "pakar sejarah" hanya ingat tidak sampai suku daripada apa yang dia pelajari di sekolah ! Anda memnag hebat "tersangat la hebat " . Anda sering kata anda hebat sejarah kerana anda sangat cinta kan negara . Anda kata anda mempunyai semangat patrioti yang tinggi . Anda kata anda amat menghargai tokoh kemerdekaan . Tapi pada hakikat nya anda semakin melupakan sejarah negara anda sendiri .

Anda anda yang sedang membaca ni ,  saya yakin anda pernah ambil exam ,so cuba lah jawap soalan soalan di atas ...

Ye saya akui saya semakin lupa akan sejarah negara saya sendiri dan saya baru sedar yang selama ini saya bertungkus lumus membaca sejarah bukan semata mata kerana minat tetapi lebih kepada untuk mengekakalkan gelaran "pakar sejarah" dan mengekalkan huruf A dalam slip exam .

Sebab itu lah bagi saya kecermelangan dalam exam bagi subjek sejarah bukan lah satu  ukuran yang tepat untuk menguji tahap patriotisma rakyat . Saya sendiri akui ramai rakan rakan termasuk saya sendiri hanya menghafal fakta fakta sejarah tanpa memahami nya  . Ada juga dikalangan rakan yang buta buta menghafal skema jawapan . Maka tidak hairan lah bagi seorang pelajar yang sedang belajar sejarah tidak celik terhadap sejarah . Ini kerana mereka (atau lebih tepat jika digunakan kata ganti nama kami) hanya belajar untuk exam untuk membanyakkan huruf A dalam slip . Saya percaya jika ada 10000 calon spm yang dapat A+ untuk subjek sejarah tidak sampai suku daripada mereka yang masih ingat sukatan pelajaran itu sampai ke hari ini . Ilmu hanya dicurahkan time exam . Selepas satu atau dua jam ilmu itu akan dibuang jauh jauh .

Bersemparna ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 54 ini marilah kita cuba semai , tanam , dan baja semangat cinta akan tanah air agar benih itu dapat tumbuh menjadi daun yang menghijau lantas dapat menguntum bunga yang akan mewarnai negara yang tercinta ini . Meletakkan berpuluh puluh bendera di kereta , mengibarkan jalur gemilang yang sebesar alam di rumah tidak akan membawa apa apa erti jika di dalam diri itu sunyi daripada perasaan patriotik .Semangat patriotik itu bukan semata mata menyokong parti parti politik tertentu  dan mengundi mereka ketika pilihan raya tetapi perasaan mahu memelihara keamanan negara dan menjaga keharmonian yang telah dikecapi .

Hargai lah para pejuang kemerdekaan negara kerana perjuangan itu sebenarnya perit . Kita mungkin tidak faham atau kita memang tidak akan pernah faham perasaan mereka apabila melihat seorang demi seorang rakan tumbang di depan mata . Melihat rakan   menghabiskan nafas dengan parang yang masih terpacak didada . Ketakutan kehidupan mereka apabila melihat tentera penjajah lalu di depan mata . Kita memang tidak akan pernah faham kerana kita sudah terbiasa dibentangkan dengan tikar baldu . Ingatlah kejayaan , kemajuan dan kecemerlangan yang kita kecapi pada hari ini adalah bermula daripada darah yang tumpah dari tubuh seorang insan yang sudah dilupakan iaitu seorang insan yang digelar pejuang .

Belajar lah sejarah dengan penuh rasa minat . Minat untuk mengetahui susur galur negara agar kita generasi pelapis ini dapat mengekalkan kemerdekaan yang telah diberi kepada kita secara percuma dari generasi terdahulu . Ingat lah kata kata dari mantan pm , Tun Dr Mahathir  "sesuatu bangsa yang tidak mempelajari sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu" atau kata kata yang selalu kita dengar  "sejarah akan berulang jika kita melupakan nya" .


cintai lah tanah air kita


Friday 12 August 2011

saya sayang cikgu

Petang tadi lepas habis kerja singgah ke bazar ramadhan almaklum lah bila berpuasa ni dapur di rumah dah berpindah tempat ke bazar ...hehe... Lokasi bazar tu berdekatan dengan rumah cikgu tempat aku tuition dulu . Nama cikgu tu cikgu ani . Dah beberapa kali pergi bazar balik mesti lalu dekat depan rumah cikgu tapi tak singgah pun sebab cikgu tengah mengajar  . Kalau orang bercinta kata tak dapat tengok orang , dapat tengok bumbung rumah pun jadi lah . Terbalik pula aku , tak dapat jumpa cikgu , dapat tengok rumah pun jadi lah .

Petang tadi balik dari bazar lalu depan rumah cikgu tengok lengang je tak de budak budak so ayah pun cakap singgah la . aku pun turun kereta beri salam . Ayah cikgu yang jawap .

ayah cikgu :
masuk la dulu cikgu ani tengah sembahyang

Beberapa minit kemudian ....

cikgu ani :
amirah !


Happy nye aku . Cikgu ani still kenal ngan aku . Bagi seorang pelajar tiada perkara yang lebih mengembirakan selain daripada cikgu masih ingat nama anak murid nye kerana sepanjang kerjaya guru mereka telah mengajar beratus ratus pelajar . Apabila guru masih ingat nama kita walaupun dah lama tak jumpa itu sesuatu perkara yang cukup membanggakan .

Aku tuition dengan cikgu ani dari form 4 sampai form 5 . Cikgu ani ajar subjek add mt ngan physics . Aku start tuition dari darjah satu lagi tapi daripada ramai cikgu tuition , cikgu ani lah cikgu tuition yang paling best . Cikgu merupakan seorang guru yang cukup bertanggungjawab . Kalau tak tuition cikgu ani akan call kalau tak dapat cikgu akan hantar message lepas tu pesan kat kawan lain suruh beritau . Yuran nye murah tapi nota ngan latihan yang cikgu bagi sangat banyak . Tak macam pusat tuition yang pernah aku pergi . Dah la yuran nye sangat mahal tapi latihan nye asyik latihan yang sama sampai aku dah hafal jawapan . Yang cikgu nye pula ajar dua tiga patah je lepas tu pergi ofis tidur kalau tak pun lepak .

Cikgu ani tak pernah berkira . Kalau budak minta nota lebih cikgu akan bagi . Kalau budak budak tanya mt yang tak masuk pun dalam senarai subjek tuition pun cigu akan ajar dan die terang kan bukan cuma dua tiga minit tapi sampai lima belas minit . Kalau tak tuition cikgu akan gantikan ke hari yang lain . Pernah satu hari tu cikgu buat kelas tuition sebab ada trial spm pada waktu petang dan disebabkan tak de transport cikgu sanggup ambil aku dekat rumah . Walaupun rumah aku jauh tapi cikgu tak kisah pun .

Cikgu ani adalah guru yang terhebat . Cikgu menjadi pendidik kerana keihlasan yang menebal dalam diri . Mengajar tanpa mengharapkan duit yang berbukit . Mendidik tanpa mengharapkan balasan ucapan "terima kasih" . Mengorbankan hampir keseluruhan hari hanya untuk menyalurkan ilmu kepada anak bangsa dengan harapan anak anak yang masih berhingus ini dapat menjadi modal insan yang dapat berbakti kepada negara . Terima kasih cikgu kerana mendidik saya :)

Friday 5 August 2011

berpuasa di matrik

Alhamdulillah .... tahun ni aku dapat berpuasa dekat rumah bersama sama dengan mak ayah

mak :)
mungkin tahun ni je kite dapat puasa sama sama tahun depan
awak puasa kat sarawak , adik pula kalau ada rezeki
sambung belajar

Sedih pula dengar mak cakap macam tu . Kegembiraan berpuasa di rumah akan aku kongsi pada post yang akan datang . Hari ni aku nak cerita pengalaman manis aku berpuasa di perantauan . Bukan di uk tapi di matrik kuala pilah ...hehe . Perantau juga nama nye tu kan

Mendengar penguguman puasa di bilik tv C3 merupakan detik yang paling best . Habis sembahyang kat surau terus turun gi bilik tv dengan tak buka telekung terus duduk kat depan tv . Seronok sangat time tu . First time nak puasa kat tempat orang la katakan . Malam nye selain niat puasa , set alarm phone adalah perkara yang wajib almaklum lah orang liat nak bangun tidur .

Kisah bersahur ....

Hari pertama pagi pagi lagi dalam pukul 4 pagi dah turun gi cafe . Sorang sorang pula tu [aku kan suka ikut kepala sendiri] . Aku tak kejutkan pun roommate . Balik dari cafe baru aku nak kejutkan . "kau la orang pertama yang sahur kat matrik ni" ...tu la ayat abang nasi ayam ngan abang yang kurus kurus tu [tak tau nama] . Memang betul pun . Tak de orang pun kat cafe . Aku dah nak balik bilik baru ada dua orang kawan ni turun . Itu hari pertama la . Hari kedua lambat sikit . Pukul 4.30 paru turun cafe . Hari ketiga sahur kat bilik je . Seminggu puasa , sahur kat atas katil ...hehe . Memang payah nak bangun pagi . Sebelum tidur aku akan pesan kat yam suruh kejutkan sahur . Yam pula pesan kat tia dan tia pesan kat anney . Bila salah seorang tak bangun semua la tak bangun ... hehe . Itulah kehidupan ngan kawan kawan yang sekepala . Kalau bangun sahur pun just makan biskut ngan air masak je . Pagi pagi nak masak air memang tak la kan .

Yang kelakar nye yam ni teringin sangat nak bersahur kat cafe sebab nye cik midah ada masak sardin . Kalau juadah makan tengah hari tak de sardin ni . Dari awal puasa sampai la dah balik raya yam tak dapat nak sahur kat cafe . Aku ada juga plan nak ajak tiqa sahur kat cafe tu pun tak jadi . Semua orang sayangkan katil . Bangun bangun je dah azan nak sahur apa kan .... hehe . Kalau tak silap aku cuma tujuh hari je aku bersahur . Ok la tu kan . Tapi tak dinafikan tak sahur ni perut cepat lapar . Baru pukul 10 pagi  perut dah berghazal . La bilik aku tu hujung tanjung kena jalan jauh  . Tapi tu la yang dinamakan pengorbanan berpuasa kan ..

Kisah berbuka ...

Part berbuka ni yang best . Kat dalam kuliah dah fikir nak makan apa untuk berbuka . Juadah yang biasa aku beli ialah nasi ayam , nasi tomato , ngan nasi briani tapi semua nye hampir sama je yang beza nye colour nasi tu je . Nasi briani rasa macam nasi ayah . Tapi ok la kan sesuai dengan harga nye . Kuih pula wajib ada popiah coklat . Air pula air yang warna kuning [tak tau nama sintifik nye] . Berbuka dengan roommate memang best . Lagi best bila hujung minggu sebab tia akan bawa juadah yang mak die masak . Ada tiga kali kteorang budak budak aras berbuka sama sama . Sekali kat bilik aku , sekali kat bilik mira dan sekali kat bilik syai . Praktikum pun pernah berbuka sama sama kat cafe D .

Kisah terawih ....

Lepas je berbuka cepat cepat siap nak gi surau . Bilik jauh so jalan pun jauh la . Kalau aku nak pergi aku akan ajak ekin sebab die tu rajin gi surau . Kalau hari sabtu ngan ahad pergi saing ngan syai , tia ngan anney .Malam pertama tu memang ramai orang masuk seminggu puasa dah kurang orang .Yang best lepas terawih ada moreh tapi sekali je aku makan . Apa apa pun aku patut ucap thanks kat ekin sebab die la banyak mendorong aku untuk buat solat terawih . Tak dinafikan aku pun seorang manusia biasa yang iman nya naik dan turun .

aku
ekin malam ni kte tak gi la terawih
tutor banyak yang belum buat la

ekin
lepas kan sembahyang kan boleh buat

hari lain pula ....

ekin
mira gi tak surau malam ni

aku
tak kot ekin

ekin
jom la bukan lama pun

Thanks ekin ... Alhamdullilah banyak kali juga aku dapat buat solat terawih . Bukan jumlah yang jadi ukuran bukan juga bilangan rakaan yang jadi kebanggaan tapi tandaan keikhlasan yang menjadi titik aras kepada peningkatan pencapaian puasa .

Puasa kat matrik memang best . Dapat berbuka dengan kawan kawan dapat la menghilangkan rindu nak puasa ngan family .  Suasana blok perempuan yang tiada beza dengan hari hari lain , balik bilik seperti bukan bulan puasa , aras ada bau maggi  adalah saat saat yang pasti akan dirindui .









Sunday 31 July 2011

ramadhan

ahlan wah sahlan ya ramadhan
semoga ramadhan yang bakal menjelma ini akan dipenuhi keberkatan

ubat yang paling berkesan ?

Dah tiga hari demam . Memang lepak habis la . Balik kerja terus melengkor lepas tu tidur . Semalam pun kerja setengah hari je dan malam semalam mak ajar gi tesco nak beli barang dapur sambil tengok tengok baju raya . Sampai je tesco tengok baju baju terus hilang demam . Yang kelakar nye keluar je tesco demam balik .... hehe . Agak nye kalau nak betul betul sembuh kena tinggal terus dekat tesco ...hehe

Antara insan yang sama jenis ngan aku ialah mak ayah . Mereka ni kalau tengok barang baran hiasan rumah terus hilang sakit . Mak angkat aku pula walaupun sakit lutut ( sekarang ni dah sihat tiga tahun lepas buat pembedahan di kedua dua belah lutut ) tetap nak pergi angsana ( pusat membeli belah yang terkenal kat jb ni ) . Padahal bukan buat apa apa pun just jalan jalan kejap lepas tu beli roti .. tu je . Akak aku pun sama dah dekat waktu nak bersalin pun sempat shoping kat angsana tu . Anney roommate aku tu dapat fb je terus hilang sakit kepala . Kawan sekolah menengah aku pula dapat je kek terus sihat . 

Betul la cakap orang bijak pandai , setiap penyakit tu ada ubat nya dan ubat itu bukan semata mata ubat hospital ataupun ubatan kampung tetapi melakukan perkara yang kita suka juga merupakan ubat yang berkesan . Tapi kalau dah sakit tu berpada pada la melakukan aktiviti jangan sampai memudaratkan diri :) 

Sunday 24 July 2011

saya di kampung

Pagi tadi saya balik kampung ...

Memang perancangan awal minggu ni nak balik kampung tapi di batalkan sebab mak ayah banyak kerja . Dalam pukul 8 pagi nenek call suruh balik balik juga so aku , ayah dan mak balik juga kampung . Bila mak cakap nenek suruh makan durian aku terus bersemangat . Almaklum la hantu durian .

Dalam bulan ni je dah lima kali makan durian . Sekali ngadap tu lima enam biji . Nak balas dendam tahun lepas tak dapat makan durian . Cuma sekali je makan tu pun syai yang bawa . Kalau tak silap dua biji dan dikongsi satu aras . Time tu dapat rasa sebiji pun dah sedap sangat . Bila cuti sem musim durian dah habis pulak .

Tahun ni ayah cakap nak bagi aku makan puas puas . Kat sarawak durian mahal . Bila balik kampung tengok durian melambak ...fuhh tak tergambar la perasaan ni . Dalam lima biji juga la durian yang berjaya dihabiskan . Dah la besar sedap pula tu . Sehingga menjilat jari ...hehe  . Nenek kasi lebih kurang sepuluh biji durian untuk di bawa pulang ke jb . Thanks la nenek :)

Dah lepas puas makan durian petik pula rambutan . Papa tolong .... tolong tidur .... hehe .. Cik senon ngan sabri yang petik . Aku ?? Kena dua tiga ekor semut pun dah rimas . Aku just tengok dan makan je . "anak bandar"  nenek cakap .... hehe

Dekat kampung tu macam macam buah ada . Sebut je .... Itu lah indah nye kehidupan di kampung . Dekat bandar ada juga pokok lagi banyak daripada kat kampung . Pokok batu bata .....


mak ayah aku ni sampai je kampung terus gi pokok ...ish3 :)


cik senon petik rambutan 






 pulasan


duku


pokok rambutan

Saturday 23 July 2011

imbasan di perjalanan

Pagi tadi on the way nak pergi kerja aku nampak cikgu sekolah agama aku dulu . Dia membonceng motosikal yang mungkin ditunggang oleh anak die . Dah lama cikgu tu berkhidmat dekat sekolah agama tu . Die mengajar subjek tajwid time aku darjah empat lima dan enam . Time darjah khas pulak cikgu ajar munakahad kot [kalau tak silap la] . Aku dah lupa nama cikgu tu walaupun tinggal kat satu taman tapi dah tak pernah jumpa . Fizikal tubuh cikgu yang kecik dengan tudung labuh membuatkan cikgu nampak sangat comel . Kereta yang ayah aku pandu tersekat dekat simpang yang memang sesak pada setiap pagi . Dalam dok tunggu tu aku teringat la moment yang best kat sekolah agama tu . Pernah sorok kat dalam tandas , sorok kat bawah meja cikgu , time rehat lepak kat kantin , time cikgu mengajar aku dan diba kat belakang main bulat pangkah , kalau darjah khas tu pergi balik jalan kaki ngan diba dan macam macam lagi kenangan terindah yang tersimpan rapi di bangunan sekolah yang sedang dimamah usia tu .

Lepas tu lalu pula dekat depan kolej perubatan baru kat kawasan aku ni . Sekejab betul dah siap dan dah ada pun pelajar . Kolej ni sangat cantik dan besar [tapi tak sebesar kmns] . Time tengok tengok tu aku ternampak dua orang pelajar tengah main tenis . Teringat pula dekat matrik . Awe , tiqa , ain , kak as and tak dilupakan aku juga ...hehe ...kami  pemain harapan negara . Bawa raket macam handal je main

main kutip bola

Itulah ulasan yang standard . Kalau hari sabtu dan ahad tu ada je la plan budak budak ni . Nak main tenis la , nak joging la , gi taman la , lepak la . Kalau nak buat waktu pagi , awe la yang akan kejutkan aku . Kalau just aku ngan tiqa , tiqa la yang kejutkan . Dah lepas senam tu balik singgah kafe melantak . Sebab tu aku tak pernah kurus ... hehe . Balik bilik baring baring or sambung berbual topik yang tak habis time kat kafe .

Petang pula aku nampak budak budak kolej ni tengah berjalan nak pergi ke pasar malam yang tak berapa jauh dari kolej . Yang perempuan tu standard la pegang pegang tangan , ketawa , bercakap . Persahabatan yang cukup manis . Ada pula beberapa kumpulan pelajar yang just lepak dekat pagar kolej . Ada yang memerhatikan kereta yang lalu lalang , ada yang berbual dan ada juga yang sibuk bergambar . Ni lah kerja budak budak kolej . Bercerita fasal pasar malam , aku teringat kat asyura . Ada satu petang tu lepas habis latihan arobik , asyura ajak kawan kawan pergi pasar malam dekat kuala pilah . Dah la time tu dah lewat , hujan pula tu tapi si syura beria ia benar nak pergi . Last last dieorang pergi juga dalam keadaan hujan lebat tu .

Seronok betul masa lalu kan ? Kalau ada la aladin yang muncul kat depan aku sekarang ni aku tidak minta laptop baru or handphone baru or ipad yang sekarang ni menjadi idaman aku , tapi aku akan minta tolong la putarkan semula waktu yang sedang berputar ni . Kembalikan aku ke zaman tadika , sekolah rendah , sekolah menengah dan juga matrik . Jika aladin tu suruh pilih satu je , aku akan pilih matrik .

Beberapa minggu lagi aku akan membuka satu lagi helaian baru untuk aku lakarkan perkara perkara baru untuk aku penuhkan nota hidup ku .  Menyesuaikan kehidupan di tempat yang terlalu asing untuk aku . Mencari dan berkenalan lagi dengan kawan kawan baru . Sentuh mengenai kawan , aku tidak pasti sama ada aku mampu menemui seorang lagi sahabat . Kawan aku time sekolah menengah tidak sama dengan kawan aku dekat matrik dan sudah pasti kawan di u nanti tidak akan sama dengan kawan dekat matrik . Geng berlima yang terhebat , roommate yang terhebat , budak aras yang terhebat , dan praktikum yang terhebat . Bukan kebaikan kawan kawan yang perlu dibanding bandingkan tetapi sejauh mana aku mampu menjadi yang terbaik untuk mereka .

Masa lalu cukup indah tapi kita tidak boleh hidup selama lama nya dengan kenangan . Tiba waktu kita perlu menyimpan nya dan mencipta satu lagi kenangan untuk di kenang . Mempelajari kehidupan di tempat orang , mencari lagi kawan kawan yang lahir di pelbagai negeri .  Sejauh mana kita melangkah pasti satu saat kita akan berpatah untuk menggengam kenangan lalu . Kenangan yang pernah menyuluh kehidupan kita . Kenangan yang pernah membuat kita ketawa dan menangis . Kenangan yang menemukan kita dengan insan insan yang hebat . Kenangan yang mengajar kita nilai sebuah kehidupan . Kenangan yang menuntut kesabaran dan pengorbanan yang kadang kala tidak tertanggung  . Semua nya terhimpun dan tersimpan untuk dilabel sebagai NOTA KEHIDUPAN .


Friday 15 July 2011

syukur

Hari ni ada dua perkara yang membuatkan hari aku best dan yang paling best tentu lah result upu .


Alhamdulillah ... Memang impian aku untuk belajar kat sana . Time aku mohon dulu pun aku tak yakin akan dapat sebab keputusan aku tak memenuhi syarat kelayakan untuk course tu . Mungkin dah rezeki aku . Aku bersyukur sebab aku tak ditawarkan kursus lelong .

Orang yang paling gembira tentulah mak angkat aku sebab nye kak siti pun dulu belajar dekat situ . Jodoh aku dengan kak siti ni memang kuat . kmns tu pun bekas matrik kak siti and sekarang unimas pulak .. hehe .Reaksi mak ayah ..emm gembira bercampur dengan bermacam macam reaksi . Aku tau dieorang berat untuk  lepaskan aku . Dulu bila dapat matrik kat negeri sembilan yang dekat tu pun suruh tukar ke johor inikan pulak sarawak .

Aku ... gembira dalam sedih . Tapi time aku mohon dulu pun aku dah fikir masak masak . Aku pertimbangkan dengan keputusan exam aku yang tak berapa cemerlang tu dengan cita cita yang pernah aku tinggalkan . Siapa yang nak duduk jauh dengan mak ayah kan . Ini lah pengorbanan aku . Aku sedar kalau dah duduk kat sana nanti memang payah nak balik rumah . Mak memang cakap awal awal aku boleh balik setahun sekali je . Fuhh mampu ke aku ....

Seminggu sebelum result ni keluar , aku ada minta mak doakan aku dapat satu tempat dengan sorang kawan baik aku ni and dapat sebilik lagi dengan salah seorang roommate aku , tapi rupe nye semua terpisah . Roommate aku merantau satu malaysia . Sorang kat terengganu , perlis and yang satu lagi aku lupa .. hehe

Tak apa la ye . Ada rezeki kita akan berjumpa semula . Selamat menjalani kehidupan baru :)

Thursday 14 July 2011

kehidupan yang sukar ditafsir

Apa reaksi kita bila berhadapan dengan orang yang gedik , kuat marah , sifat ala ala manja , yang suka mengelenyah , suka melalak , suka meminta minta .... ataupun orang yang pernah buat kita marah , rasa sakit hati , sedih ataupun kecewa ?

Pasti kita rasa menyampah , rasa rimas , rasa nak tampar je muka orang tu kan ? Tapi sebenarnya mereka semua ini lah telah menambah perencah dalam kehidupan kita . Telah menjadikan kehidupan kita penuh dengan warna .

Bagaimana pula reaksi mereka bila berhadapan dengan sikap kita yang mungkin gedik or pemarah ..... ataupun kita pernah menyakitkan hati mereka , membuatkan mereka marah , rasa kecewa ataupun sedih ?

Tanpa sedar kita juga telah menambah rencah kepada kehidupan mereka . Menjadikan kehidupan mereka ada corak . Inilah kehidupan . Kita menyempurnakan kehidupan mereka dan mereka menyempurnakan kehidupan kita . Kekurangan mereka adalah kelebihan bagi kita dan kelebihan mereka adalah kekurangan kita .

Suami melengkapkan kehidupan si isteri . Abang menyempurnakan kehidupan si adik . Sahabat menyempurnakan kehidupan sahabatnya yang lain . Fitrah manusia memerlukan teman bahkan nabi adam sendiri meminta seorang isteri untuk menemani nya di tempat yang sudah cukup sempurna .

Pernah kah kita membayangkan jika hanya kita seorang saja di bumi ini . Pasti kehidupan yang senang ini akan bertukar sulit kan ? Tapi masih ramai yang ego untuk menyatakan "saya memerlukan kamu" . Seorang perdana menteri tidak akan mampu memimpin negara tanpa menteri . Seorang guru tidak akan dapat menyampaikan ilmu jika tiada pelajar . Seorang ibu tidak dapat menzahirkan naluri keibuan tanpa kehadiran seorang anak . Seorang teman tidak dapat menjalinkan persahabatan tanpa menghulurkan tangan dengan teman yang lain .

Berapa kali kita mengucapkan terima kasih kepada insan yang telah menceriakan kehidupan kita ? Berapa kali pula kita telah menceriakan kehidupan insan yang telah menceriakan kita ?

Kita tidak akan mengucapkan nya selagi kita berada di sisi mereka dan selagi mereka berkhidmat untuk kita . Apabila seorang ibu telah dikambus oleh tanah barulah anak akan memeluk sebuah objek yang kaku iaitu nisan sambil merenung ke tanah yang tiada erti . Itulah manusia hanya menghargai apabila sudah kehilangan .

Ucapan "sayang" adalah satu ucapan yang ringkas tapi sukar untuk dilafazkan . Jika kita ikhlas menerima kehadiran mereka dalam hidup kita maka ucapan itu mudah untuk dilafazkan . Dan sesuatu hakikat yang perlu kita sedar ialah apabila rasa sayang sudah disemai pasti akan ada perpisahan .

Perkara yang paling mahal di dunia ini ialah perpisahan . Sangat perit untuk membayar sebuah perpisahan . Lebih perit jika ia bukan suatu yang diminta . Adat kehidupan setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Setiap kejayaan pasti ada kegagalan . Setiap kemarahan pasti ada kemaafan . Setiap kekecewaan pasti ada kegembiraan . Setiap tangisan pasti ada senyuman .

Semua ini menjadikan kita insan yang lebih kuat . Mengajar kita redha dan tawakal . Hidup tidak akan indah jika hanya diwarnai dengan satu warna . Kehidupan juga tidak akan indah jika di isi dengan satu tubuh sahaja . Hargai mereka yang ada di sekeliling kita kerana mereka telah menjadikan kehidupan ini sesuatu yang indah yang penuh dengan rasa dan juga warna . Mereka juga telah melakarkan nota kehidupan kita yang indah untuk kita hayati di hari mendatang .

satu minit untuk berjumpa dengan kamu
sepuluh minit untuk berkenalan dengan kamu
seumur hidup untuk melupakan kamu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...