Monday 27 June 2011

henti merungut , lahirkan syukur

Sekarang ni tengah kecoh fasal gangguan bekalan air dekat selangor .... aku tak pasti area yang sebenarnya ... Dekat tv or paper penuh dangan kisah ke tidak puasan hati orang ramai terhadap masalah itu .

gangguan bekalan air ni menyusahkan rutin harian kami

kalau nak tutup bekalan ait tu beritahu la awal awal

gangguan selama tiga hari ni terlalu lama

Itulah antara suara suara tidak puas hati rakyat Malaysia ni . Makcik pakcik ganguan tu cuma beberapa hari je bukan nye setahun or sepuluh tahun . Sabar la . Dieorang tu bukan saje saje nak buat macam tu

jom kte putuskan bekalan air , kte gurau gurau dengan rakyat

Bukan macam tu kan .... Dieorang tu buat penyengaraan untuk kesenangan makcik pakcik juga so tak payah la nak merungut . Cuma tiga hari je pun dan sekarang ni pun bekalan air sudah seperti sedia kala kan ... so berhenti la merungut .

Untuk pengatahuan makcik pakcik yang kuat mengkomplen tu kteorang bekas bekas pelajar matrik negeri sembilan ni lagi teruk . Seingat saya la kteorang mengalami gangguan bekalan air ni sepanjang sem satu . Cuma time nak dekat exam tu bekalan air elok . Dekat blok saya tu cuma toilet aras satu wing A je yang ada air and kalau bernasib baik semua toilet dekat wing tu ada air . Itu nasib baik , bila nasib tak baik satu blok tak de air and ada satu masa tu semua blok C tu tak de air .

Kalau nak dicerita pengalaman saya tu memang la makcik boleh menangis . Kalau hari ada kelas tu perlu bangun seawal 5 pagi untuk mandi dekat blok sebelah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas . Kalau nasib baik dapat la mandi dekat aras bawah , kalau tak perlu mendaki sampai tinggat empat . Kalau setakat bawa baldi yang berat yang dipenuhi dengan baju yang baru basuh dari tinggat empat blok 2 ke blok 3 tu dah biasa sangat dah . Pukul 3 pagi pergi blok  sebelah sorang sorang semata mata untuk membuang hajat pun dah biasa . Makcik pakcik pernah ambil air sembahyang menggunakan air mineral or cuma menggunakan se gayung air ?? Saya pernah . Makcik pakcik pernah mandi cuma menggunakan sebaldi air ?? Saya pernah . emmm cukup la tu saya ceritakan pengalaman saya , nanti banjir pula negara ni dengan air mata makcik tu . Dan sekarang ni pun saya dah tak kisah kalau dengar cerita fasal air tak de ni . Kami dah biasa dengan kehidupan tanpa air .

Macam mana ?? Lebih dasyat kan pengalaman saya yang berbulan bulan tu kalau dibandingkan dengan pengalaman makcik pakcik yang cuma tiga hari tu kan . Oleh itu jangan la hanya tau merungut je . Pihak air tu buat macam tu pun untuk kesenangan kita bersama . Untuk pengetahuan makcik and pakcik tarif air di Malaysia ni adalah yang paling rendah di dunia dan setiap titik air tu telah di subsidi . Kerajaan telah mensubsidikan separuh daripada jumlah penggunaan air di setiap rumah so jika bil air yang perlu di bayar adalah RM 50 tetapi jumlah sebenar yang perlu di bayar ialah RM 100 . Baik kan kerajaan ??

So berhenti la merungut dan bersyukur dengan apa yang dimiliki . Jika hendak diukur dengan jumlah yang dibayar , kita tidak layak untuk mendapatkan bekalan air yang cukup sempurna ini .

Saturday 25 June 2011

coretan minda 1

living means giving


kebijaksanaan tidak boleh menggantikan
persahabatan


kenangan boleh ditinggalkan tetapi tidak boleh dilupakan


hanya kejayaan menentukan pertemuan


orang yang paling bodoh adalah orang yang sentiasa mengejar
kebijaksanaan
tetapi meninggalkan teman


dicintai oleh orang yang benar benar mencintai
adalah lebih bahagia
daripada mencintai orang yang tidak benar benar
mencintai


jika anda kagum melihat keistimewaan seseorang
percaya lah yang anda sebenarnya
jauh lebih istimewa dan lebih ramai yang mengagumi anda


akal melahirkan fikiran
perasaan melahirkan nafsu


saya beruntung mengenali kamu
dan kamu juga beruntung kerana mengenali saya


persahabatan itu adalah cantuman
keikhlasan


jika diberi pilihan antara harta dan kamu
sudah tentu saya memilih
harta
kerana saya telah memiliki kamu terlebih dahulu


dari mata fizikal saya melihat
kecantikan kamu
tapi dari mata hati saya melihat
keikhlasan kamu


saya ini dan begini ... kamu itu dan begitu


pengorbanan itu ada harga nya walaupun kita
tidak tahu
sama ada kita sebenarnya berjaya atau tidak


 yang saya tahu saya memerlukan kamu
tetapi
 yang saya tidak tahu ialah sama ada kamu memerlukan saya atau tidak


sahabat adalah juga teman dan juga kawan
teman adalah juga kawan
kawan adalah juga
........










Thursday 23 June 2011

seronok ke

Entah kenapa tadi time tengok tv ayah tetiba cakap

"seronok kan orang bercinta"

Aik lain macam je bunyi nye pa :)

Bukan tentang ayah yang ingin aku cerita dekat sini tapi aku tertanya tanya seronok ke bercinta ni . Aku tidak mendapat jawapan nye sebab aku belum pernah bercinta dan aku tak tau apa rasa nye bercinta tu .... aik lain macam je nada tu .... ada terniat ke ...hehe

Banyak kali juga aku bertanya dekat kawan2 macam mana rasa cinta itu wujud dan bagaimana kita boleh terasa hendak bercinta , tapi tiada seorang pun yang memberikan jawapan yang boleh memuaskan hati aku . And ada satu lagi soalan yang masih aku simpan and aku teringin sekali bertanyakan tetapi setiap kali hendak buka mulut pasti tak jadi sebab aku rasa soalan ni terlalu sensitive untuk ditanya . Mungkin pada masa yang sesuai aku akan bertanya .

Berbalik pada topik asal , seronok ke bercinta ni ? Dari kecil aku berkawan dengan yang lebih berusia dari aku and mereka ni semua nya telah "berpacaran"  dengan insan yang berlainan jantina [mesti la kan] ada yang dari sek rendah lagi . Dan apa yang dapat aku lihat pada awal nya semua nya baik tapi bila lama2 tu sedih dan akhirnya kecewa .

Dah macam2 perkara yang aku lihat . Ada yang tidak bertegur sapa dengan kawan sekelas hanya kerana berebut seorang lelaki yang juga sekelas . Ada juga yang hilang mood belajar kerana gaduh dengan pakwe . Ada juga yang ponteng sek semata mata  kerana pakwe . Awal2 tu memang seronok . Macam2 la gelaran yang couple ni dapat . sweet la .... padan la .... dan ape ape la . Tapi semuanya sekejab je . Bila gaduh sikit mula la buat hal and akhirnya putus .

Wajarkah seorang perempuan itu mengalirkan air mata hanya kerana lelaki ... aku tidak boleh menjawab soalan ini kerana aku belum merasa apa erti sakit nya putus cinta . Tapi aku mengaku kadangkala aku merasa benci dengan lelaki kerana mereka , ramai kawan2 aku menderita . Bila kawan2 cerita fasal lelaki yang buat hal , aku rasa sangat sakit hati . Melihat kawan menangis adalah satu perkara yang paling aku tak suka .

Bercinta adalah satu perkara yang indah jika kita ikut landasan yang betul . Bercinta lah dengan insan yang membawa kita lebih dekat dengan Dia . Bagi aku , sebelum aku berendut [istilah orang  johor yang membawa maksud couple] biarlah aku sempurnakan cinta yang lebih penting dahulu .

Cinta ku kepada pencipta belum sempurna .... cinta ku kepada kekasihNya belum sempurna .... cinta ku kepada agama belum sempurna ...... cinta ku kepada ibu bapa belum sempurna ... cinta ku kepada adik belum sempurna .... cinta ku kepada sahabat belum sempurna ..... cinta ku kepada teman belum sempurna ..... cinta ku kepada kawan belum sempurna ...

Dan banyak lagi cinta yang masih belum sempurna dan ia nya lebih bernilai untuk disempurnakan daripada cinta kepada lelaki yang belum tentu dapat memimpin ku ke syurga hakiki . Antara cinta kepada lelaki dan juga cinta kepada sahabat , aku terlebih dahulu akan menyempurnakan cinta kepada sahabat kerana ia menjanjikan seribu satu kemanisan dan juga keindahan yang tidak ternilai .

Menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki walaupun pada tempoh masa yang agak lama bukan lah kayu ukur yang sesuai untuk aku menilai seseorang yang sedang bercinta kerana perhubungan aku itu hanya semata mata untuk menutup mulut dan menjaga hati sesetengah kawan . Aku tidak memandang serong kepada mereka yang bercinta . Aku harap kawan2 dan yang lebih utama sahabat , akan menemui cinta hakiki , cinta yang mampu membahagiakan mereka dalam erti kebahagiaan yang sebenar dan kepada insan yang bernama lelaki jangan lah menjadi penyebab kepada air mata seorang wanita .

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela

Sunday 19 June 2011

ayah

Ayah , abah , abi , walid , papa , daddy , cik , .......

Bermacam-macam gelaran yang diberi tapi tetap membawa satu makna yang sama ...

Apa makna nya bagi aku ?

Seorang insan yang tidak hanya bermandi peluh untuk mencari rezeki tetapi juga seorang insan yang memenuhkan hati seorang insan yang lain dengan kasih sayang

Inilah makna seorang bapa bagi aku .

Papa terima kasih kerana menjadi guru terawal yang mengajar kte ABC ... terima kasih kerana menyebelahi kte time cikgu marah walaupun time tu mama menyokong tindakan cikgu tu .... terima kasih kerana memujuk kte time kte kena marah dengan mama ataupun dengan papa sendiri ... terima kasih kerana setia menghantar kte ke tuition dari darjah satu lagi  .... terima kasih kerana menjadi wakil penjaga pada hari terbuka sekolah walaupun ada ketika result kte teruk ... terima kasih kerana time matrik papa masukkan duit setiap bulan kadang kadang tu sampai tiga kali sebulan dan nilai nya bukan sedikit ..... terima kasih kerana menjadi nadi kekuatan ketika kte jatuh ...

Papa seumur hidup kte , kte tak pernah rasa susah walaupun pada hakikatnya papa pernah merasa susah . Terpaksa mencari kerja di merata tempat . Tapi semua itu papa tidak pamerkan kepada kte hanya kerana mahu anak anak merasa senang . Kte tak pernah merasa susah untuk mendapatkan apa yang kte mahu . Tidak perlu bersusah mengumpul duit untuk membeli barang yang diinginka . Semua barang yang kte miliki adalah hasil kerja papa ....Terima kasih papa

Mama pernah merajuk dengan kte sebab mama rasa kte lebih sayangkan papa .... Tetapi percaya lah mama mahupun papa kedua dua nya penting .

Pengalaman setahun hidup jauh dari papa sudah cukup mengajar kte erti panggilan ayah . Jika selama ini apa yang kte nak segera kte dapat ke mana kte hendak pergi segera sampai .... tapi bila hidup di sana cukup mengajar kte makna berdikari dengar erti kata yang sebenar ... Kehidupan jadi sukar tanpa papa ... Terima kasih papa

Walaupun berjuta perkataan terima kasih kte lakar , ia masih tidak cukup untuk membalas segala jasa papa . Kte tau papa mungkin tidak akan baca apa yang kte tulis ... tak pe kte tak kisah pun . Apa yang lagi penting kte sangat sayangkan papa

Pepatah melayu ada menyebut "pengorbanan ibu melahirkan dan mendidik anak , pengorbanan ayah mencari rezeki untuk keluarga" tapi bagi kte papa bukan hanya mencari rezeki tetapi juga seorang bapa yang rajin melayan kerenah anak anak .

Papa adalah ayah yang terhebat dan juga kawan terbaik kte ... LOVE YOU PAPA

luv you papa :)

Saturday 18 June 2011

saya belajar masak

Minggu ni aku sibuk sangat .... haha yo la tu ... hari rabu and khamis tolong abah buat kek and semalam pulak tolong mak ayah buat agar agar coklat . Apa yang menarik nye ialah aku ni macam orang baru dekat rumah ni sebab segala peralatan dapur aku tak tau dekat mana . Sikit2 tanya abah dekat mana tu dekat mana ni . Almaklum lah dah setahun tinggalkan rumah and bila dah balik ni "rajin sangat " lah pergi dapur tu kan .

And semalam aku belajar semula guna blander ... hehe ... Aku tau guna tapi tahun lepas mak aku beli yang baru so janggal la kan .... kalau blander lama pun jarang jarang guna inikan yang baru lagi la tak pernah guna . Barang barang sekarang ni kan makin canggih ...hehe ... Inilah padah nya kalau rajin sangat tolong mak dekat dapur . Nasib baik mak aku tu penyabar , berulang ulang kali ajar aku . Tapi ni tak bermakna yang aku tak tolong mak langsung dekat dapur ye . Tiap tiap hari aku basuh pinggan and kemas dapur tapi kalau hari sabtu ahad or time cuti sek tugas tu akan diserahkan kepada adik . Aku ada banyak lagi kerja yang perlu diuruskan ... hehe

Dan semalam juga aku berjaya membuat agar agar coklat ....hehe .... padahal cuma tolong kacau adunan je ... Tapi ok la tu kan belajar juga nama nya tu .... Mak suruh aku belajar masak lauk pauk and segala macam lauk la ... tapi aku tak nak .... aku lebih suka belajar buat kuih .... sebab nya aku lebih suka makan kuih ....emmm kenapa ayat banyak berulang ni ....Nak lihat kiuh yang aku buat tu .... lihat gambar dekat bawah ni ..


sedappp !!!
nak tau macam mana nak buat ...jom belajar
dengan kte :)



* Setakat ni aku dah belajar buat kek coklat and bermacam jenis agar agar ... hehe ... hebat hebat
* Lepas ni aku boleh tukar cita cita .... menjadi chef yang hebat ... haha ....gelak besar kalau ayah baca ni :)

Tuesday 14 June 2011

sokmo gelak

Anda pernah gelak sorang2 bila tengok gambar ? ... Tak pernah ..... Oh tu makna nya anda seorang yang tiada perasaan ... hehe ... sorry gurau je .... Ni nak cerita semalam dah bosan yang teramat sangat duduk dekat rumah ni , dah tak tau nak buat ape .... dok fikir lama2 .... buka lp la ..... tengok gambar2 dekat kmns .... dah lama rasa nye tak tengok .... Di totalkan semua gambar2 tu ada dalam 3492 gambar tak termasuk yang kawan2 bagi

So bila tengok gambar tu rasa seronok yang semacam ... Ada je peristiwa2 yang diingat .....  Sememangnya setiap gambar tu ada cerita nya yang tersendiri and ada gambar yang membuatkan aku gelak sorang2 [memang la sorang dah tak de orang lain dekat rumah tu ... hehe] . Itu baru 3 folder kalau semua gambar tu aku tengok lagi gelak besar la jawab nya :)

Jom tengok antara gambar tu . Kalau anda tau cerita disebalik gambar tu pasti anda juga akan gelak :)










gambar ni yang buat aku gelak besar ...haha





*tip untuk rasa seronok bila tengok gambar ialah jangan selalu tengok .... kalau boleh sebulan sekali or tiga bulan sekali or nak effect yang lagi hebat lima tahun sekali ... hehe
*saya sedang mencari gambar birthday kak as yang hilang entah kemana .. huhu ..sedih nya :(

Saturday 11 June 2011

mira kita same je

Tadi lepas habis buat karangan aku buka fb kejab . Tengok2 gambar orang . Dalam dok syok2 tu terjumpa la satu gambar ni


Aku ingat lagi punya la mira ni marah dekat aku lepas aku tulis dekat baju die tu .

oh pandai ye cakap orang
sombong , garang , belagak , poyo pulak tu
bila part baik semua macam die

Memang itulah ayat die and aku ingat sebiji-sebiji . Malam tu die buat sesi luahan perasaan . Macam mana ? Apa lagi ketuk dinding la :) Saya ni memang jujur orang nye lebih2 lagi bab menconteng ni ....haha..... Jangan la marah mira kita tulis apa yang kita rasa je. Tu kira ok daripada yang kte tulis dekat baju orang lain :) And time tu kte agak puitis sikit tu yang keluar ayat2 macam tu ....  hehe

Actually apa yang kte tulis tu sebenarnya tentang pendapat orang terhadap kte juga . Setakat ni kte belum pernah dengar la orang cakap

mira ni first2 jumpa
dah nampak peramah , happy

Kebiasannya

mira ni first2 jumpa
nampak garang pendiam pulak tu
muka macam nak makan orang hahaha

Memang itu pun sikap aku . Kalau orang tu pandai layan and paling penting penyabar ....haha...aku pun lama2 ok sebabnya aku sangat payah untuk berkawan [ada cerita disebaliknya] . So mira kita ni same je kan .....mirasquared ....    :)



*nanti kte share tulisan dekat baju kte pulak :)

photography

Aku memang suka ambil gambar especially gambar candid . Kalau setakat kena marah dengan kawan2 ,  or gambar yang baru diambil tu kena padam memang dah biasa sangat  . Kadang2 tu sampai nangis bila ada orang padam gambar yang aku ambil tu huhu :) Sebab nya aku menilai gambar bukan dari segi kecantikan nya tapi dari segi nilai gambar itu sendiri .

Sekarang ni bila dah jadi tokey anggur [haha ....bak kata mira abas] aku ada banyak masa terluang . So aku suka la duduk dekat depan lp ni on9 mencari web2 yang berkaitan dengan photography . Antara fb dengan google image , aku lebih suka layan google image . Dari situ juga aku dapat tau web2 yang ada gambar2 yang cantik . And sekarang ni aku tengah belajar guna photoshop untuk mencatikkan gambar yang tak berapa cantik tu haha .

Ada beberapa web yang aku telah selongkar . Kalau rajin singgah la :)







Wednesday 8 June 2011

through a lens











Rindu nye dekat group bi . Memang best satu group dengan tiqa , adah , and pidot ni . Tak de yang tak puas hati [tapi tak tau la dieorang] . Ade dua assigment yang kteorang yang kena buat first fasal product and second fasal cafe . So bila dah dekat tarikh nak hantar or present , memang tiap2 malam la keluar gi tutor . Kalau setakat kena marah dengan teacher tu dah biasa . Memang penat discussion ni tapi best :)


Monday 6 June 2011

susah nye die ni

Malam tadi lepas habis balas message dengan tiqa [dah lama tak message dengan die ..hehe] , ain pula message

ain :)
kawan2 jom pose sok

aku replay :)
insyaallah , nanti kalau bangun kejutkan kte sekali ye

Lepas replay tu aku terus off handphone sebab batery low [syok sangat main game kerete ...hehe] . And pagi tadi lepas charge phone aku on kan balik . Ada 2 message

maxis :)
you have 2 missed call since 4:32 am

ain :)
mira off nset mcm mana kita nk kejot
emm BANGUN2 sahur mira

Adoi terharu aku dibuat nye . Tak sangke die ingat . Thanks ain . So dekat sini aku nak say thanks la kepada roommate2 yang selama ini setia kejutkan kte pagi2 . Kalau tak de dieorang ni  memang tak pergi kelas la aku jawap nye . And jika tiga2 roommate aku ni balik rumah ekin budak aras tu yang akan kejutkan . Aku memang tiap2 malam on alarm siap set macam2 lagu ni ...hehe ...Tapi tak bangun2 juga . Aku on alarm yam yang off kan :)

Yam pernah beritahu aku time hari pendaftaran matrik tu ayah aku ada cakap something dengan die

anak pakcik ni memang susah bangun pagi
nanti maryam tolong kejutkan die ye

Ha ... ayah siap pesan tu and memang sepanjang setahun tu yam tak pernah lupa kejutkan aku . Thanks la yam and kepada ain dengan tia juga ye . And sekarang ni aku memang rindu nak dengar suara dieorang kejutkan aku :) .  Dieorang ada gaya yang tersendiri ...hehe . Kalau ain kejut die suka goyangkan kaki , yam pegang badan and tia .... suara die tu la ..... ala2 manja .... feminin la katakan :)

Sememang nya aku payah nak bangun pagi tapi bila dah bangun tu payah nak sambung tidur balik . Kepada yang ada pengalaman tu faham la kan ....hehe ... Thanks kepada sesape yang pernah kejutkan kte tidur :)


alarm aku yang sebenar :)



*yam kata kalau nak senang bangun pagi , alarm tu set lagu2 rancak mcm lagu korea or kalau nak side effect yang lagi hebat set kan zikir2 yang syahdu [tapi bagi aku dua2 cara ni tak berkesan cuma yang zikir tu kalau terjaga memang meremang bulu roma] , korang cuba la tips yam ni ye
*rindu lagu alarm anney :)

Friday 3 June 2011

hormati lah ia

Hari ini aku dibawa mengembara ketika azan maghrib sedang berkumandang di corong masjid . Tiba di sebuah rumah aku melihat gelagat ahli2 rumah itu . Ada yang sedang tekun membuat kerja dan ada pula yang sedang lena dibuai mimpi indah . Mereka langsung tidak mengendahkan suara yang mengagungkan tuhan pencipta alam . Dengan rasa sedih aku menyuruh kaki ini untuk melangkah semula . Sedang aku berjalan aku terlihat sebuah tempat yang cukup terang lantas menyuruh kaki untuk berhenti . Aku melihat makhuk2 di situ amat menghormati laungan azan . Dari baring mereka duduk , dari sedang asyik bercakap mereka diam . Indah sungguh suasana si situ . Setelah puas melihat gelagat mereka aku mengatur langkah semula . Tiba di sebuah perhentian aku melihat seorang anak muda sedang asyik melayan benda yang diberi nama "muka buku" . Entah apa yang menarik sehingga dia langsung tidak mendengar suara azan apatah lagi untuk menyahut seruan itu .

Setelah selesai azan berkumandang aku kembali semula ke pengkalan . Dalam perjalanan pulang aku melihat anak muda itu masih tekun dengan "muka buku" nya . Aku melintas pula di tempat yang bercahaya tadi . Aku melihat makhluk di situ menadah tangan membaca doa selepas azan . Seusai itu mereka sama2 bangkit menunaikan solat bersama sama . Di hujung perjalanan aku melihat semula rumah yang pertama sekali aku lihat . Ahli2 di dalam nya masih dengan aktiviti tadi .Yang bekerja terus bekerja yang tidur terus tidur . Entah bila mereka akan menunaikan solat . Mungkin di penghujung waktu . Bila ditanya mengapa mereka tidak berhenti seketika dari pekerjaan itu , jawapnya tidak cukup masa . Bila ditanya pula mengapa masih tidur , jawapnya badan terlalu penat .

Aku bukanlah orang yang bertudung labuh ataupun ahli kopiah sedunia yang layak untuk melafazkan kata2 yang berunsur dakwah tetapi aku hanya berkongsi rasa duka tentang dunia hari ini . Manusia yang semakin hilang rasa hormat terhadap laungan azan , laungan yang mengesakan Allah .


Thursday 2 June 2011

teman

dalam masa kejayaan kawan kawan mengenali kita
dalam masa kesusahan  kita mengenali kawan kawan


kawan baik
ibarat tanah yang terdampar luas
teman baik
ibarat pohon yang memperindahkan taman
sahabat baik
ibarat awan yang sentiasa memayungi bumi
tanah akan terhakis
pohon akan tumbang
tetapi awan akan sentiasa megah diangkasa
tidak kira siang mahupun malam
itulah indahnya sahabat baik


memiliki seorang teman lebih bermakna
daripada memiliki seribu kawan yang hanya mementingkan diri


proses daripada teman kepada sahabat
amat rumit
kadangkala merimaskan
perlu menjaga hati
hendak menegur pun dengan cara yang sangat terhormat
tidak mahu walau sedikit pun calar di hati
memang ada ketika mengasihi sahabat melebihi kasih
kepada diri sendiri
tetapi sedikit pun tiada rasa kesal
kerana sahabat adalah anugerah terindah
hadiah yang tidak semua mampu miliki
tanya lah pada diri
siapa sahabat anda dan anda sahabat kepada siapa




*entah kenapa hari ni puitis sangat ....dah lama tak mengarang ...best pulak rasa nye ....  :)

Wednesday 1 June 2011

birthday

Memandangkan aku masih dalam mood birthday so aku nak cerita la sambutan birthday dekat matrik . Satu pengalaman yang seronok bila dapat celebrate birthday orang . Roommate aku ade satu perangai pelik . Bila hari tu salah sorang punya birthday dieorang ni takkan tegur orang tu [aku pun pernah kena] . Dieorang akan wish time nak potong cake . Sepanjang hari tu dieorang akan buat bodoh je .Aku memang tak terlibat dengan dieorang ni . Tak sampai hati sebab nye dekat matrik tu kita cuma ade kawan2 je kan . Aku akan start cerita dengan birthday aku dulu [sebab awal tahun ...lagipun time sem satu kteorang tak de sambut birthday sape2] . Dalam sambutan ni budak aras pun terlibat untuk memeriahkan suasana .. thanks korang

A'mira  5 january [aku la ni ..hehe]

Petang tu geng berlima termasuk syura celebrate birthday aku dekat cafe D . Dieorang beli cup cake . Tapi time tu aku memang tak de mood langsung .

Bila balik bilik lagi sakit hati roommate ni buat bodoh je . And malam tu dalam pukul 9 kot yam dengan tia keluar . Lepas tu si ain ni pulak tetiba ajak aku ronda2 block sampai naik tingkat 4 . Time tu aku memang dah agak dieorang nak sambut birthday aku sebab aku ada satu kelebihan yang orang tak ramai tau . Aku boleh membaca isi hati orang . Tapi kebiasaan nya aku akan buat bodoh je walaupun dah dapat agak .

Satu perkara yang menguatkan lagi andain aku tu bila ain campak kunci dari tingkat 4 tu ke bawah tapi die tak bagi aku ikut die sebab dekat bawah tu ada yam dengan tia . Adoi korag ni tak cekap la buat plan . tapi aku still buat bodoh .. hehe ... Ape2 pun seronok la first time tiup lilin dalam gelap ....hehe ...



Maryam 14 february

Time birthday yam kteorang sambut petang sebab malam ain sibuk dengan projek usahawan and aku pulak ada discussion bi [tapi tak jadi] . Buat petang ni kurang seronok la berbanding malam . Kteorang plan nak baling bedak time die masuk bilik lepas die siap mandi . Memang jenuh la tunggu die siap mandi ... lama sangat ...  Bila yam buka je pintu ... apa lagi serangan bedak bermula ...Kesian yam baru mandi dah kotor balik . hehe .....best2



Syai and linda 20 Mac

Dieorang bukan kongsi tarikh yang sama tapi memandangkan tarikh nye tak jauh so sambut sekali . Simple je dieorang punye . Just panggil dieorang datang bilik aku . Bile dieorang dah dekat depan bilik tu kteorang hulur kek lepas tu nyanyi :)



Atteya 25 Mac

Birthday tia paling sedih . Kenapa ?? Malam tu epi [kawan baik ain and tia] ada dekat bilik . Tia dengan epi tengok movie santau . Time dieorang baring2 tu tia ada cakap dekat epi

"dieorang macam tak nak buat apa2 je dah malam ni"

Lebih kurang macam tu la . Bukan lupa tapi kteorang ada plan baik punye :) . Memandangkan dieorang tengok movie seram so epi konon2 takut la nak pergi toilet sorang2 [padahal dah berpakat] . Bile tia masuk toilet je kteorang [roommate + budak aras] siram air sabun dekat tia [air sabun tu aku yang buat ..hehe ...habis sabun yang aku baru beli ...huhu] . Bila tia lari dekat tangga tengah block tu kteorang pun ikut lari siap bawa baldi yang berisi air sabun lagi . Kesian ....menggigil-gigil ...macam baru mandi dekat ulu bendul ...hehe .. Seronok kan ....



Anney 15 april

Ni yang aku tak sabar2 nak cerita ni . Birthday ain ni memang kteorang buat plan baik punye . Almaklum la birthday terakhir ....dah nak habis matrik pun time tu ... and paling penting nak balas dendam dekat taiko yang suka membuli ni . Yam dengan tia ni baik dieorang tak nak buat benda jahat2 so aku plan dengan budak aras . Ape yang kteorang plan ??

Kteorang plan ni lebih kurang seminggu . Syai beli tepung sebungkus and lapan biji telur .Aku ....biasa  la buat perkara yang paling aku terre ... buat air sabun 3 botol . Mira abas tolong plan bila nak main . Plan berjalan dengan lancar . Tapi pada hari yang di nanti2kan si anney ni sakit kepala pulak . Sampai nangis2 hehe . So aku , mira , and syai ni dah serba salah . Bukan apa time tu minggu exam . Takut2 fasal kteorang die tak dapat jawap dengan baik . Petang tu kteorang buat mesyuarat dekat bukit ..hehe.. [berdekatan dengan cafe c] . Atas persetujuan yang dicapai [fuhh ayat buku] kteorang akan buat pada hari selasa sebab pada hari tu tak de paper .

Pada malam nye kteorang plan nak potong kek je . Thanks kepada yam yang pergi kopsa dalam keadaan hujan . Semua budak aras dah kumpul dekat depan tangga tengah block . Syai jadi umpan untuk ketuk bilik aku . Kteorang jangka ain yang buka pintu sebab dah tak de sape dekat bilik . Nak tau ape yang si ain ni buat ? Die buka pintu sikit je lepas tu die duduk balik dekat kalit . ergggg geram nye ... orang suruh die keluar . Aku yang pegang kek ni dah mengggigil sebab marah . Ok tak pe la kteorang mengalah . Kteorang masuk bilik .Lepas tu potong la kek .

Ain boleh cakap apa "korang tak pandai buat plan la aku dah tau aku budak asrama tau" . Aku memang cukup pantang orang cakap aku tak pandai buat plan jika aku memang dah plan dengan baik . Dengan rasa penuh marah [betul2 marah ni] aku message syai "syai kte main malam ni juga time ain basuh pinggan nanti kte serbu die" . Lepas tu aku bermonolok "oh siang tadi sakit ye lepas dapat fb terus baik siap awak kejab lagi"

Time ain basuh pinggan tu kteorang prepare secepat yang mungkin . Ain ni pantas buat kerja setakat tiga empat pinggan tu senang sangat . Nasib baik tia pandai ajak ain borak2 . Time die nak keluar dari toilet apa lagi kteorang buat serangan!!!!! Kteorang baling tepung dengan penuh perasaan . Mengeluarkan segala perasaan marah yang terbuku ni :( . Si ain dah menyerah . Die terus duduk dekat depan shower tu . Setelah serangan pertama selesai serangan kedua pula menyusul . Telur !!!! Puas dapat pecah dua biji telur and keseluruhan telur yang terkorban ialah 8 biji . SERONOK !!!! Serangan diteruskan dengan simbahan air sabun dan saki baki tepung yang ada . Dalam serangan ni aku turut menjadi mangsa ... huhu ..

Memang best walaupun kena marah dengan cik na .....huhu ....nasib baik cik na tak tau kteorang main telur kalau tak lagi teruk kena . Tapi time hari last matrik tu aku ngaku juga dekat cik na [aku tak takut pun dengan cik na sebab cik na baik dengan aku ..hehe ..] .Apa2 pun sorry ye ain ....hehe ...  :)





  • Kteorang buat semua ni bukan untuk membuang masa dan jauh sekali untuk membuli sesama insan ...hehe .... kteorang buat ni atas niat yang yang suci lagi murni ....kami buat semua ini berlandaskan kepada 3 sebab
1. untuk mengeratkan silaturahim sesama insan
2. untuk menghilangkan sterss
3. untuk merasai pengalaman tinggal di asrama

betul tak ain ?? ..hehe...
kalau nak tau itulah jawapan yang diberikan oleh ain bila cik na
suruh senaraikan 3 kebaikan main tepung ..haha..

  • Apa2 pun thanks kepada korang yang sporting kepada yang tak tu cuba2 la sporting sebab nye BEST !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...