Sunday 31 July 2011

ramadhan

ahlan wah sahlan ya ramadhan
semoga ramadhan yang bakal menjelma ini akan dipenuhi keberkatan

ubat yang paling berkesan ?

Dah tiga hari demam . Memang lepak habis la . Balik kerja terus melengkor lepas tu tidur . Semalam pun kerja setengah hari je dan malam semalam mak ajar gi tesco nak beli barang dapur sambil tengok tengok baju raya . Sampai je tesco tengok baju baju terus hilang demam . Yang kelakar nye keluar je tesco demam balik .... hehe . Agak nye kalau nak betul betul sembuh kena tinggal terus dekat tesco ...hehe

Antara insan yang sama jenis ngan aku ialah mak ayah . Mereka ni kalau tengok barang baran hiasan rumah terus hilang sakit . Mak angkat aku pula walaupun sakit lutut ( sekarang ni dah sihat tiga tahun lepas buat pembedahan di kedua dua belah lutut ) tetap nak pergi angsana ( pusat membeli belah yang terkenal kat jb ni ) . Padahal bukan buat apa apa pun just jalan jalan kejap lepas tu beli roti .. tu je . Akak aku pun sama dah dekat waktu nak bersalin pun sempat shoping kat angsana tu . Anney roommate aku tu dapat fb je terus hilang sakit kepala . Kawan sekolah menengah aku pula dapat je kek terus sihat . 

Betul la cakap orang bijak pandai , setiap penyakit tu ada ubat nya dan ubat itu bukan semata mata ubat hospital ataupun ubatan kampung tetapi melakukan perkara yang kita suka juga merupakan ubat yang berkesan . Tapi kalau dah sakit tu berpada pada la melakukan aktiviti jangan sampai memudaratkan diri :) 

Sunday 24 July 2011

saya di kampung

Pagi tadi saya balik kampung ...

Memang perancangan awal minggu ni nak balik kampung tapi di batalkan sebab mak ayah banyak kerja . Dalam pukul 8 pagi nenek call suruh balik balik juga so aku , ayah dan mak balik juga kampung . Bila mak cakap nenek suruh makan durian aku terus bersemangat . Almaklum la hantu durian .

Dalam bulan ni je dah lima kali makan durian . Sekali ngadap tu lima enam biji . Nak balas dendam tahun lepas tak dapat makan durian . Cuma sekali je makan tu pun syai yang bawa . Kalau tak silap dua biji dan dikongsi satu aras . Time tu dapat rasa sebiji pun dah sedap sangat . Bila cuti sem musim durian dah habis pulak .

Tahun ni ayah cakap nak bagi aku makan puas puas . Kat sarawak durian mahal . Bila balik kampung tengok durian melambak ...fuhh tak tergambar la perasaan ni . Dalam lima biji juga la durian yang berjaya dihabiskan . Dah la besar sedap pula tu . Sehingga menjilat jari ...hehe  . Nenek kasi lebih kurang sepuluh biji durian untuk di bawa pulang ke jb . Thanks la nenek :)

Dah lepas puas makan durian petik pula rambutan . Papa tolong .... tolong tidur .... hehe .. Cik senon ngan sabri yang petik . Aku ?? Kena dua tiga ekor semut pun dah rimas . Aku just tengok dan makan je . "anak bandar"  nenek cakap .... hehe

Dekat kampung tu macam macam buah ada . Sebut je .... Itu lah indah nye kehidupan di kampung . Dekat bandar ada juga pokok lagi banyak daripada kat kampung . Pokok batu bata .....


mak ayah aku ni sampai je kampung terus gi pokok ...ish3 :)


cik senon petik rambutan 






 pulasan


duku


pokok rambutan

Saturday 23 July 2011

imbasan di perjalanan

Pagi tadi on the way nak pergi kerja aku nampak cikgu sekolah agama aku dulu . Dia membonceng motosikal yang mungkin ditunggang oleh anak die . Dah lama cikgu tu berkhidmat dekat sekolah agama tu . Die mengajar subjek tajwid time aku darjah empat lima dan enam . Time darjah khas pulak cikgu ajar munakahad kot [kalau tak silap la] . Aku dah lupa nama cikgu tu walaupun tinggal kat satu taman tapi dah tak pernah jumpa . Fizikal tubuh cikgu yang kecik dengan tudung labuh membuatkan cikgu nampak sangat comel . Kereta yang ayah aku pandu tersekat dekat simpang yang memang sesak pada setiap pagi . Dalam dok tunggu tu aku teringat la moment yang best kat sekolah agama tu . Pernah sorok kat dalam tandas , sorok kat bawah meja cikgu , time rehat lepak kat kantin , time cikgu mengajar aku dan diba kat belakang main bulat pangkah , kalau darjah khas tu pergi balik jalan kaki ngan diba dan macam macam lagi kenangan terindah yang tersimpan rapi di bangunan sekolah yang sedang dimamah usia tu .

Lepas tu lalu pula dekat depan kolej perubatan baru kat kawasan aku ni . Sekejab betul dah siap dan dah ada pun pelajar . Kolej ni sangat cantik dan besar [tapi tak sebesar kmns] . Time tengok tengok tu aku ternampak dua orang pelajar tengah main tenis . Teringat pula dekat matrik . Awe , tiqa , ain , kak as and tak dilupakan aku juga ...hehe ...kami  pemain harapan negara . Bawa raket macam handal je main

main kutip bola

Itulah ulasan yang standard . Kalau hari sabtu dan ahad tu ada je la plan budak budak ni . Nak main tenis la , nak joging la , gi taman la , lepak la . Kalau nak buat waktu pagi , awe la yang akan kejutkan aku . Kalau just aku ngan tiqa , tiqa la yang kejutkan . Dah lepas senam tu balik singgah kafe melantak . Sebab tu aku tak pernah kurus ... hehe . Balik bilik baring baring or sambung berbual topik yang tak habis time kat kafe .

Petang pula aku nampak budak budak kolej ni tengah berjalan nak pergi ke pasar malam yang tak berapa jauh dari kolej . Yang perempuan tu standard la pegang pegang tangan , ketawa , bercakap . Persahabatan yang cukup manis . Ada pula beberapa kumpulan pelajar yang just lepak dekat pagar kolej . Ada yang memerhatikan kereta yang lalu lalang , ada yang berbual dan ada juga yang sibuk bergambar . Ni lah kerja budak budak kolej . Bercerita fasal pasar malam , aku teringat kat asyura . Ada satu petang tu lepas habis latihan arobik , asyura ajak kawan kawan pergi pasar malam dekat kuala pilah . Dah la time tu dah lewat , hujan pula tu tapi si syura beria ia benar nak pergi . Last last dieorang pergi juga dalam keadaan hujan lebat tu .

Seronok betul masa lalu kan ? Kalau ada la aladin yang muncul kat depan aku sekarang ni aku tidak minta laptop baru or handphone baru or ipad yang sekarang ni menjadi idaman aku , tapi aku akan minta tolong la putarkan semula waktu yang sedang berputar ni . Kembalikan aku ke zaman tadika , sekolah rendah , sekolah menengah dan juga matrik . Jika aladin tu suruh pilih satu je , aku akan pilih matrik .

Beberapa minggu lagi aku akan membuka satu lagi helaian baru untuk aku lakarkan perkara perkara baru untuk aku penuhkan nota hidup ku .  Menyesuaikan kehidupan di tempat yang terlalu asing untuk aku . Mencari dan berkenalan lagi dengan kawan kawan baru . Sentuh mengenai kawan , aku tidak pasti sama ada aku mampu menemui seorang lagi sahabat . Kawan aku time sekolah menengah tidak sama dengan kawan aku dekat matrik dan sudah pasti kawan di u nanti tidak akan sama dengan kawan dekat matrik . Geng berlima yang terhebat , roommate yang terhebat , budak aras yang terhebat , dan praktikum yang terhebat . Bukan kebaikan kawan kawan yang perlu dibanding bandingkan tetapi sejauh mana aku mampu menjadi yang terbaik untuk mereka .

Masa lalu cukup indah tapi kita tidak boleh hidup selama lama nya dengan kenangan . Tiba waktu kita perlu menyimpan nya dan mencipta satu lagi kenangan untuk di kenang . Mempelajari kehidupan di tempat orang , mencari lagi kawan kawan yang lahir di pelbagai negeri .  Sejauh mana kita melangkah pasti satu saat kita akan berpatah untuk menggengam kenangan lalu . Kenangan yang pernah menyuluh kehidupan kita . Kenangan yang pernah membuat kita ketawa dan menangis . Kenangan yang menemukan kita dengan insan insan yang hebat . Kenangan yang mengajar kita nilai sebuah kehidupan . Kenangan yang menuntut kesabaran dan pengorbanan yang kadang kala tidak tertanggung  . Semua nya terhimpun dan tersimpan untuk dilabel sebagai NOTA KEHIDUPAN .


Friday 15 July 2011

syukur

Hari ni ada dua perkara yang membuatkan hari aku best dan yang paling best tentu lah result upu .


Alhamdulillah ... Memang impian aku untuk belajar kat sana . Time aku mohon dulu pun aku tak yakin akan dapat sebab keputusan aku tak memenuhi syarat kelayakan untuk course tu . Mungkin dah rezeki aku . Aku bersyukur sebab aku tak ditawarkan kursus lelong .

Orang yang paling gembira tentulah mak angkat aku sebab nye kak siti pun dulu belajar dekat situ . Jodoh aku dengan kak siti ni memang kuat . kmns tu pun bekas matrik kak siti and sekarang unimas pulak .. hehe .Reaksi mak ayah ..emm gembira bercampur dengan bermacam macam reaksi . Aku tau dieorang berat untuk  lepaskan aku . Dulu bila dapat matrik kat negeri sembilan yang dekat tu pun suruh tukar ke johor inikan pulak sarawak .

Aku ... gembira dalam sedih . Tapi time aku mohon dulu pun aku dah fikir masak masak . Aku pertimbangkan dengan keputusan exam aku yang tak berapa cemerlang tu dengan cita cita yang pernah aku tinggalkan . Siapa yang nak duduk jauh dengan mak ayah kan . Ini lah pengorbanan aku . Aku sedar kalau dah duduk kat sana nanti memang payah nak balik rumah . Mak memang cakap awal awal aku boleh balik setahun sekali je . Fuhh mampu ke aku ....

Seminggu sebelum result ni keluar , aku ada minta mak doakan aku dapat satu tempat dengan sorang kawan baik aku ni and dapat sebilik lagi dengan salah seorang roommate aku , tapi rupe nye semua terpisah . Roommate aku merantau satu malaysia . Sorang kat terengganu , perlis and yang satu lagi aku lupa .. hehe

Tak apa la ye . Ada rezeki kita akan berjumpa semula . Selamat menjalani kehidupan baru :)

Thursday 14 July 2011

kehidupan yang sukar ditafsir

Apa reaksi kita bila berhadapan dengan orang yang gedik , kuat marah , sifat ala ala manja , yang suka mengelenyah , suka melalak , suka meminta minta .... ataupun orang yang pernah buat kita marah , rasa sakit hati , sedih ataupun kecewa ?

Pasti kita rasa menyampah , rasa rimas , rasa nak tampar je muka orang tu kan ? Tapi sebenarnya mereka semua ini lah telah menambah perencah dalam kehidupan kita . Telah menjadikan kehidupan kita penuh dengan warna .

Bagaimana pula reaksi mereka bila berhadapan dengan sikap kita yang mungkin gedik or pemarah ..... ataupun kita pernah menyakitkan hati mereka , membuatkan mereka marah , rasa kecewa ataupun sedih ?

Tanpa sedar kita juga telah menambah rencah kepada kehidupan mereka . Menjadikan kehidupan mereka ada corak . Inilah kehidupan . Kita menyempurnakan kehidupan mereka dan mereka menyempurnakan kehidupan kita . Kekurangan mereka adalah kelebihan bagi kita dan kelebihan mereka adalah kekurangan kita .

Suami melengkapkan kehidupan si isteri . Abang menyempurnakan kehidupan si adik . Sahabat menyempurnakan kehidupan sahabatnya yang lain . Fitrah manusia memerlukan teman bahkan nabi adam sendiri meminta seorang isteri untuk menemani nya di tempat yang sudah cukup sempurna .

Pernah kah kita membayangkan jika hanya kita seorang saja di bumi ini . Pasti kehidupan yang senang ini akan bertukar sulit kan ? Tapi masih ramai yang ego untuk menyatakan "saya memerlukan kamu" . Seorang perdana menteri tidak akan mampu memimpin negara tanpa menteri . Seorang guru tidak akan dapat menyampaikan ilmu jika tiada pelajar . Seorang ibu tidak dapat menzahirkan naluri keibuan tanpa kehadiran seorang anak . Seorang teman tidak dapat menjalinkan persahabatan tanpa menghulurkan tangan dengan teman yang lain .

Berapa kali kita mengucapkan terima kasih kepada insan yang telah menceriakan kehidupan kita ? Berapa kali pula kita telah menceriakan kehidupan insan yang telah menceriakan kita ?

Kita tidak akan mengucapkan nya selagi kita berada di sisi mereka dan selagi mereka berkhidmat untuk kita . Apabila seorang ibu telah dikambus oleh tanah barulah anak akan memeluk sebuah objek yang kaku iaitu nisan sambil merenung ke tanah yang tiada erti . Itulah manusia hanya menghargai apabila sudah kehilangan .

Ucapan "sayang" adalah satu ucapan yang ringkas tapi sukar untuk dilafazkan . Jika kita ikhlas menerima kehadiran mereka dalam hidup kita maka ucapan itu mudah untuk dilafazkan . Dan sesuatu hakikat yang perlu kita sedar ialah apabila rasa sayang sudah disemai pasti akan ada perpisahan .

Perkara yang paling mahal di dunia ini ialah perpisahan . Sangat perit untuk membayar sebuah perpisahan . Lebih perit jika ia bukan suatu yang diminta . Adat kehidupan setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Setiap kejayaan pasti ada kegagalan . Setiap kemarahan pasti ada kemaafan . Setiap kekecewaan pasti ada kegembiraan . Setiap tangisan pasti ada senyuman .

Semua ini menjadikan kita insan yang lebih kuat . Mengajar kita redha dan tawakal . Hidup tidak akan indah jika hanya diwarnai dengan satu warna . Kehidupan juga tidak akan indah jika di isi dengan satu tubuh sahaja . Hargai mereka yang ada di sekeliling kita kerana mereka telah menjadikan kehidupan ini sesuatu yang indah yang penuh dengan rasa dan juga warna . Mereka juga telah melakarkan nota kehidupan kita yang indah untuk kita hayati di hari mendatang .

satu minit untuk berjumpa dengan kamu
sepuluh minit untuk berkenalan dengan kamu
seumur hidup untuk melupakan kamu

Monday 4 July 2011

aku ingin kembali

ketika lagi sebulan hendak berpisah
aku kata perpisahan ini tidak membawa apa apa makna
ketika lagi seminggu hendak berpisah
aku kata perpisahan itu hanya kesedihan yang bersifat sementara
ketika lagi sehari hendak berpisah
aku berkata pada masa tolong lah berhenti daripada terus berputar
ketika lagi sejam hendak berpisah
aku ingin menghabiskan masa dengan melihat wajah mereka
ketika lagi seminit hendak berpisah
terlalu payah untuk aku melepaskan pelukkan dari tubuh mereka
ketika lagi sesaat sebelum berpisah
aku benci dengan perkataan selamat tinggal 
dan setelah perpisahan itu berlaku hati ku merayu
agar aku dapat kembali ke sana
bersama semula dengan mereka
dan tiada apa yang dapat diungkapkan pada ketika ini selain daripada
"aku amat merindui mereka"







*thanks syai sebab dapat kembalikan kte kepada keadaan yang normal semula tapi sorry kacau awak time tengah tengah hari :)

coretan minda 2

sesetengah perkara hanya perlu difahami
tanpa perlu diberitahu


cinta boleh berlaku berkali kali
tapi cinta sejati hanya sekali


saya berkawan dengan awak tanpa sebab
kerana setiap kali saya bertanya kepada hati
jawapannya hanya
"awak amat menyanyagi dia"


yang biasa bagi anda
adalah yang istimewa bagi saya


adil ke jika manusia itu dihukum
kerana kesalahan yang dilakukan ketika dia sedang jahil ?


kasih sayang itu tidak boleh diukur
kerana ia sesuatu yang hanya boleh dirasai


saya tidak mengenali kamu walau sesaat
saya tidak menyukai kamu walau sesaat
saya tidak mencintai kamu walau sesaat
tetapi
saya mengenali menyukai dan mencintai kamu
sepanjang hayat



tidak perlu lah pujian melambung
memadailah dengan menghargai


engkau mencairkan harapan yang beku



benci memerlukan
 sebab tapi sayang tidak perlu


rindu hanya hadir apabila wujudnya cinta


kerana satu perkara kita mencintai
dan kerana satu perkara kita membenci


terima kasih kerana menghulurkan tangan
ketika ramai yang menyembunyikan


tiada kejayaan tanpa keluarga dan sahabat


lebih mudah menerima kekurangan manusia
daripada menerima kelebihan manusia


kegagalan adalah tapak
kepada kejayaan gemilang di masa hadapan


keegoan boleh dilunturkan dengan keikhlasan


tanpa teknologi
manusia akan lebih menghargai alam


pandangan terakhir lebih diingati
daripada pandangan pertama


kita selalu fikir yang kita memiliki ramai kawan
tapi bila kita ditimpa masalah
barulah kita sedar yang kawan kita cuma beberapa orang saja


mengasihi lah dia selagi terdaya
dan mencintai lah dia selagi hati berkata ikhlas
kerana mengasihi dan mencintai
memerlukan pengorbanan dan ia juga menyajikan
hidangan yang mungkin terlalu pahit untuk ditelan


sejujur nya saya payah untuk mengasihi kawan
apatah lagi untuk mengatakan "saya sayang awak"
hendak menulis ayat itu pun terlalu sukar
tetapi sekali saya menyatakan nya maka selama nya lah
saya menyanyangi


pelukkan yang ikhlas
mampu menzahirkan seribu satu luahan hati


kenangan yang tiba tiba terlintas
mampu menghadirkan gelak


pengenalan singkat dan dipenuhi dengan keindahan
adalah lebih bermakna
daripada perkenalan yang panjang yang hanya dipenuhi dengan
kesuraman


cinta itu indah
jika dilakarkan dengan lukisan ketaqwaan


percaya lah tika kamu sedang merindui nya
dia juga sedang merindui mu


saya tidak akan pernah melupakan cikgu


biar saya hilang harta yang berharga
tapi jangan sampai saya hilang kawan baik saya


hanya orang yang bertuah saja
yang akan dapat kasih sayang daripada orang lain


cuba lah memahami perasaan orang lain
jangan hanya mahu ikut angin badan saja
kerana orang lain pun ada hati yang perlu dijaga















Sunday 3 July 2011

seronok nye

Semalam saya jumpa mel .... semalam saya jumpa mel !!! ... hehe .... happy nye ?? ... Mestilah . Tak de yang lebih best selain dapat jumpa orang yang kita rindu ... Betul tak ?? ... Kteorang terserempak dekat nagoya textile . Mel yang tegur dulu almaklumla aku ni kalau masuk kedai kain je mata ni jadi ngantuk semacam ... hehe .... Patut la semalam aku rajin nak ikut mak ayah keluar padahal dah tiga hari berturut turut mak ayah ajak keluar tapi aku tak nak , rupa rupanya rezeki aku nak jumpa dengan mel . Dapat la berborak ,  walaupun sekejap tapi berharga kan ??

Kteorang satu prak dan satu blok . Mel rajin juga datang kat bilik aku . Kalau die lepak dekat bilik tv tu die singgah la dekat bilik tengok tengok aktiviti aku dekat bilik tu ... hehe .... SAYANG MEL :)


muka malu malu mel
entah sejak bila la mel ni malu nak bergambar .. hehe

Friday 1 July 2011

subuh yang terakhir

Anda pernah dengar lagu subuh yang terakhir nyanyian rabbani ? Tak pernah .... kalau tak pernah search je dekat youtube . Cuba dengar dan hayati .... bukan hayati melody tapi hayati bait bait lirik lagu tu . Lagu nye bukan la sayu sayu or sedih , lagu nye rancak tapi mempunyai maksud yang tersurat dan yang tersirat . First time dengar memang menyentuh perasaan and tanpa sedar aku menangis ... hehe ... betul la cakap tiqa , aku ni kuat nangis .... hehe ...

subuh yang terakhir

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir


Bila dengar lagu ni teringat aku tentang subuh terakhir aku dekat kmns . Memang sayu time tu dengar cikgu mengejutkan pelajar untuk bangun menunaikan solat subuh yang terakhir di kmns . Dan buat pertama kalinya aku menyahut seruan agung itu dengan air mata . Sememangnya itulah kali pertama aku sembahyang dengan rasa yang benar benar sayu . Solat subuh aku pada 19.4.2011 adalah subuh dan juga solat terakhir aku di bumi kmns .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...