Tuesday 3 December 2013

.....

kalau you nak jadi leader, please responsible and accountable. jangan tinggal kan kerja macam tu je and bagi beban kat orang lain. and tolong  jangan la nak  cakap orang lain yang always jadi leader tu gila kuasa and ss. bukan nak mengungkit tapi nak mengajar kalau nak jadi leader buat kerja dengan betul.

Saturday 16 November 2013

....

student life sangat best...tak perlu fikir kena bayar duit kereta, duit rumah, segala macam bill...tapi bila ingat semua problem ngan kawan kawan rasa macam nak konvo esok and tinggal kan semua orang...kalau yang baik tu baik sangat.. rasa nya skang ni ego aku dah tak da langsung tapi still ada orang yang tak puas hati...solution yang paling senang... SABAR je la... kalau dah tahan buka youtube tengok upin ipin :)

Monday 4 November 2013

project

actually sekarang ni aku involve ngan kerja kerja kraftangan dan kesenian ..... hahaha yup mirah yang nampak garang and tak kreatif tu kan actually ada la kreativiti sikit.. should thanks to syuhaini... haha yang always share benda benda kreatif and suruh buat benda benda kreatif. semua nye bermula ngan idea nak buat birthday party yang glam and gempak. first kteorang celebrate birthday ain (tapi malas nak share gambar). and tiba tiba kawan si syamira tu berminat and nak suruh buat tok candlelight die ngan bf. so sekali lagi kami busy dok buat prop. and finally malam ni semua dah selesai dengan jaya nya :)






























walaupun nampak macam biasa je tapi bagi orang yang tak kreatif macam aku ni rasa ok sangat :) and selepas habis event ni la yang kteorang selalu bawa balik sebab tak boleh nak sepahkan kedai yang exclusive ni kan :)




:)

Wednesday 30 October 2013

...

hari ni aku realise satu nikmat yang tak pernah aku terfikir. nikmat memiliki mak dan ayah. nikmat merasa mak and ayah membesarkan with full of love. tak ramai yang dapat nikmat ni. ramai kawan kawan yang dah takde mak or ayah. ada yang ayah meninggal since 2 tahun. ada yang dah tak ingat pun muka ayah macam mana. and hari ni aku realise yang selama ni aku bukan just dapat nikmat ada parent and family but nikmat 21 tahun dapat hidup ngan parents. 

satu lagi nikmat yang aku realise ialah kawan. isnin lepas sorang  student unimas telah meninggal dunia. syi cerita ada sorang lecturer buat perumpaan "datang unimas ngan kawan but balik sorang sorang". since that day aku always hope aku dapat study sama sama ngan kawan kawan and dapat graduate sama sama. 

tarikh kematian adalah rahsia Allah and kte tak boleh minta untuk panjang kan umur seseorang. aku tahu satu hari nanti aku juga akan kehilangan parents and friends  but i always  hope  aku yang pergi dulu sebab aku tak mampu hidup tanpa dieorang. 

Wednesday 23 October 2013

al-Fatihah

tarikh kematian seseorang itu rahsia Allah
 hari selasa lepas sepupu yang baru form 4 meninggal dunia sebab penyakit paru-paru. and pagi tadi sedara belah mak meninggal. kematian tak kenal usia so just prepare. peringatan tok diri sendiri yang always lalai.

al-Fatihah
and semoga roh ditempatkan di kalangan orang yang beriman

Thursday 10 October 2013

memang betul kata kawan aku ni just tau nak orang dengar cakap aku je. tak pernah nak dengar pandangan orang lain. always paksa paksa orang. always bergaduh ngan kawan just sebab idea tak diterima. always bertengkar ngan lecturer sebab dok kutuk asimen. and hari ni again dok gaduh ngan lecturer. so try dengar dari cakap.

Wednesday 25 September 2013

Tuesday 13 August 2013

RAYA 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)

alhamdulillah....lepas puasa sebulan sempat beraya sebulan lagi kat rumah. tahun ni raya sama je macam tahun tahun lepas cuma tahun ni mak ayah sangat busy so semua kerja kemas mengemas cuci mencuci dibuat oleh saya. adik balik sehari before raya. so adik macam datik la balik dan terus beraya. 

tahun ni adalah tahun mak. makna kata tema rumah tahun ni dipilih oleh mak selepas berpuluh tahun ikut selera kteorang...saya, adik, and ayah. kami satu kepala suka waran merah  tapi mak tak suka. so tema tahun ni ialah biru. hoho macam rasa kat tepi pantai....







and for the first time ayah mengembalikan nostalgia raya zaman dulu. gantung kad raya tapi dimodenkan (tak sure apa yang modern). and ni hasil creativiti nur amirah :)

and disebabkan tahun ni tahun mak so kami beraya kat kampung selama 5 hari. ni paling lama dalam sejarah. agak bosan la dok lama lama kat kampung tak tau nak buat ape. kat bandar kalau bosan boleh pi jusco, tesco, giant, tlc..... tapi layan je la






bergambar before balik kampung




berhari raya di kampung




kalau family lain sibuk bermaaf maafan kteorang pulak sibuk nak bergambar


so tu je la cerita raya kami. beraya ngan family satu kenikmatan. so hargai selagi dieorang masih ada. maaf zahir batin atas segala kesalahan saya. and  finaly SELAMAT HARI RAYA :)

Thursday 20 June 2013

yeaaa !!!!!!
finally exam habis
selepas 6 minggu dok bertapa kat bilik study and satu papan panadol habis
and sekarang time tok 
BALIK :)

Thursday 16 May 2013

saya tak tau II

entri ni kesinambungan entri sebelumnya...bersiri tajuk ni ok ..maybe ada siri ke 3

ok ape yang tengah berlaku ni semua salah kte. salah kte sebab tak ajak buat asimen. salah kte sebab mendiamkan diri. and ape lagi problem....semua salah kte. tapi adil ke kalau put all thing kat kte tapi korang sendiri tak tengok ape salah korang. takkan la kte nak pi ketuk bilik setiap orang just tok ajak buat asimen. takkan la every asimen kte kena push everbody. one more thing. yang penting tok buat asimen ialah effort bukan pandai. kalau semua takde effort asimen tu takkan berjalan. oh salah kte sebab takde effort tok ajak korang ? kte dah penat la dengan semua ni. tolong group salah. tak tolong lagi salah. ok hangpa kata hangpa jumpa kte dengan cara baik tapi korang still letak semua kesalahan  kat kte. buat muka kat kte. ape ni ? kte try very hard tok masuk kelas ngan muka yang happy. try tok senyum. try tok jawap every soalan lecturer. try tok gelak ngan kawan. tapi yang sebenar nye kte rasa sangat kosong. korang tak rasa bersalah ke merosakkan mood kte ? kalau tak puas hati sangat buat balik asimen tu. start from zero. tapi bila kte dengan baik nak discuss korang lari. tu still salah kte ke ? entah. kte dah tak tau la nak buat ape lagi. and tolong la jangan kaitkan asimen ngan friendship. sebab asimen nak putus kawan. sedih. seriously  sangat sedih. 

saya tak tau

pengajaran yang paling utama sem ni ialah : ASIMEN INDIVIDU MUST BE DONE BY INDIVIDUAL & ASIMEN GROUP MUST BE DONE BY GROUP

asimen group maksudnya by group ok. so setiap member perlu take part. aku betul betul tak faham ape yang tengah berlaku sekarang ni. salah ke kalau ada orang yang nak tolong membuat draft asimen lepas tu pi jumpa lecturer tujuk betul ke tak and than discuss dalam group apa yang lecturer tu kata betul and salah. atau memang suka buat benda yang tak betul. salah ke aku kalau tak ajak every member member and member tu tok buat asimen. aku ni bukan setiausaha tok plan everthing. kalau selalu dok arah tu arah ni ada yang tak puas hati and bila diam diri pun salah juga ke. salah ke aku kalau everyone tak tunjuk effort tok buat asimen sebab tak di bagi arahan. perlu ke tunggu arahan tok buat kerja. dah tau tu group work so preper la awal awal. and asimen tu kena buat just dalam masa semingggu je kot. memang tak cukup ok kalau nak tunggu everbody move. nak digest article. nak fahamkan ape yang article tu cakap. nak kaitkan ngan approach. nak cari buku kat cais yang besaq tu. nak taip lagi. nak semak ayat lagi. nak buat oppinion lagi. tu semua take time. kalau hari rabu baru nak buat from zero ingat sempat ke. kami yang dah start hari ahad pun dok lagi  bergaduh betul ke point tu point ni. suka ke kalua kena stay up sampai pukul 6 pagi and kalau asimen tu ke submit pukul 5 petang pukul  4.49 still tok taip. suka ke macam tu. mungkin la salah aku sebab tak ajak kan. tapi kalau everybody buat tak tau je  tu pun salah terbesar aku ke. 

ok moral of the story...mirah you memang kena tentukan hari yang kena buat discussion tok setiap asimen. mirah kena gerakkan member member tok sama sama baca artikle. mirah kena tolong translet kan satu artikel tu. mirah kena terangkan satu artikel tu. and mirah kena marah member member yang tak buat kerja. buat baik secara tersembunyi ni memang orang tak tau and tak akan eppreciate.

betul la kata tiqah : kalau mirah tolong orang lain dalam diam orang tak kan tau and tak kan hargai. so mirah kena ikhlas. 

Sunday 12 May 2013

Saturday 4 May 2013

PRU 13

esok hari mengundi selepas kali terakhir time tahun 2008. saya bukan nak menukarkan blog ini kepada blog politik ye just nak menasihatkan je anda anda supaya tak mengupdate status kat fb tentang politik sedangkan anda takde knowledge pun tentang politic. banyak status kat fb tak kisah la yang sokong ruling party or  opposition, kebanyakannya lari dari fakta yang sebenar. saya yang dah kaji politic malaysia selama setahun ni pun tak berani nak update status tentang politic sebab politic kat malaysia sangat complicated . 

so moral of the story (as usually kan)...........kalau anda just baca tentang politic menggunakan sumber kat internet....or just dengar dari orang....stop la dari membuat andaian andaian yang bukan bukan. anda hanya boleh menganalisis politic and mengatakan orang tu betul or salah jika anda membaca buku buku buku buku dari sumber yang betul (nak lagi bagus  baca buku yang dibuat oleh penganalisis politic luar negara).

kepada yang balik mengundi....selamat mengundi. mengundi bukan satu tanggungjawap kepada negara tetapi sebagai penentu nasib negara (lecturer dick). selamat mengundi :)

Tuesday 30 April 2013

Wednesday 24 April 2013

:)

the best part bila kita buat asimen and present kat dalam kelas ialah apabila lecturer sendiri puji hasil kerja kita and kita menjadi satu satu nya group yang lecturer berpuas hati compare ngan other. 

and  kepuasan ini hanya kita rasa apabila kita buat asimen and menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada group asimen kita. so kalau nak rasa kepuasan macam ni please setiap kali ada asimen group buat betul betul supaya anda tidak rasa disisihkan.

Tuesday 23 April 2013

SAYA TIDAK FAHAM KENAPA TERLALU RAMAI ORANG YANG MENJADIKAN
KELEMAHAN DIRI
SEBAGAI BATU PENGGALANG YANG SANGAT BESAR DALAM HIDUP

Saturday 20 April 2013

asimen saya

start akhir bulan 3 sampai la ni tersangat la busy. time bulan 3 tu sibuk nak program hari wanita. walaupun just ajk biasa tapi busy nye dah macam pengarah projek. lepas tu asimen pula bertimbun timbun. sampaikan cuti mid term pun dihabiskan ngan buat asimen (tapi alhamdullilah separuh asimen dah siap tinggal lagi 9 asimen je...hoho). tak cukup...tambah lagi ngan mid term. 

kebanyakan masa dihabiskan ngan buat asimen. no more tengok movie or dok baring sambil dengar lagu. but semua perkara ni menjadikan saya seorang yang sangat kuat.hebat kan. semalam demam teruk. biasa la temperature kat sarawak ni kan sama macam kat afrika. so bagi orang yang ada migrain macam saya ni panas merupakan musuh utama. and disebabkan panas plus kerja yang banyak tu jawapan nya ialah demam. but part yang paling best sekali ialah saya tak mengalah ngan demam tu. still buat muka selamba and lepas habis kelas terus  buat asimen and berjaya habiskan baca article walaupun separuh dari bab tu tak faham. 

so moral of the story yang saya nak bagitau ialah kalau kita ada banyak kerja or asimen jangan lah dok merungut (walaupun kadang kadang tu ter juga especially bila rasa macam dibuli). adat la study kat u kan. kalau rasa nak dok relax je pi  balik rumah tanam aggur. and bila kita always busy, kita akan sangat menghargai waktu free. so kalau anda rasa nak menjadi seorang yang kuat dalam hidup ni pi la busy kan diri :)

now i proud to show you my multimedia asimen :)



individual poster



client poster



cd cover tok project montaj



ni poster tok montaj 
oh montaj tak dapat di upload sebab besaq 

Wednesday 27 March 2013

kelemahan saya.....
saya tidak mampu untuk marah kawan baik sendiri
kerana rasa hormat saya terhadap mereka sangat tinggi

Saturday 23 March 2013

masa

Tun M pernah cakap "orang melayu boleh beli jam yang sangat mahal tapi orang melayu tak boleh nak menepati masa". personally saya sangat setuju. selalu kalau ada perjumpaan mesti separuh dari ahli  or semua ahli datang lambat. kalau 5 or 10 minit tu boleh dimaafkan lah tapi kalau dah sampai sejam lambat.... tu ape cerita ? alasan yang biasa terlajak tidur malam tadi banyak progam, tertinggal bas, busy ngan benda lain.  tapi  orang yang datang awal ni tak busy ke, tak tidur lambat ke. 

ni semua bermula dengan sikap. pada pandangan saya orang yang selalu sangat tak menepati masa ialah orang terlalu mengambil  mudah dalam hidup. setiap orang ada aktiviti tersendiri. kalau dah dipersetujui masa secara bersama tolong patuhi. jika anda tak menghormati orang, so orang pun tak akan menghormati anda. kita kan 1 MALAYSIA....JANJI DITEPATI :)

Tuesday 19 March 2013

jadi manusia tolong la jangan malas sangat
setiap orang ada tanggungjawap
jangan kerana you sorang  semua orang susah
gi u bukan dok nak cari makwe or belagak hansome
please la jadi orang rajin

Wednesday 13 March 2013

too tired

hari ni saya mengalami kepenatan yang melampau...haha hebat kan. start jumaat lepas and sampai la petang tadi aktiviti tak stop stop. and ni la hasil nye :)




~entri yang sangat pendek sebab sangat penat nak menaip

Tuesday 12 March 2013

jatuh, berdiri dan berlari

kita selalu dengar kata motivasi tak ada kejayaan tanpa kegagalan kan. yup its true. harga sebuah kegagalan tu lebih mahal daripada harga sebuah kejayaan. and sepanjang hidup ni saya dah alami terlalu banyak kegagalan. gagal dalam exam kat sekolah contohnya kalau addmth tu sangat selalu la dapat 11 or 12 mark. tak berapa nak berjaya time kat matrik. and yang terbaru kejatuhan kat u (hebat kan ayat). 

start sem 4 ni saya hilang semua confident. gi kelas tu just pergi je dengar lecturer tu bercakap lepas tu lepak ngan kawan kawan and balik bilik baring tanpa melakukan apa apa. setiap kegagalan tu ada punca nya and setelah dikaji berminggu minggu akhir nya saya temui jawapan. yup saya telah melakukan yang terbaik time sem 3. every asimen jumpa lecturer tanya pendapat. lepas tu time final exam dok hafal semua point, hafal semua law, sejarah sejarah negara. tapi saya lupa satu perkara. ALLAH penentu nasib manusia. saya tak tawakal selepas berusaha. saya hanya percaya kepada usaha yang kuat je. lepas solat berdoa tanpa rasa merendah diri. 

and hari ni saya telah dapat semula semangat lepas kelas public policy. hanya kerana jawapan yang saya beri , lecturer kata its good.  saya sedar kegagalan sem 3 bukan pengakhiran tapi satu permulaan kepada perjalanan yang still sangat jauh. and sehebat mana kita berusaha and merancang, ALLAH tetap planner yang maha hebat. tiada kegagalan yang sia sia. and saya tahu saya seorang yang sangat kuat kerana setiap kali saya jatuh saya mampu berdiri dan berlari lagi. 

Tuesday 26 February 2013

apabila anda menolong rakan dalam kesusahan
jangan mengharapakan mereka mambantu anda semula
kerana belum tentu mereka dapat melakukan perkara yang sama kepada anda

Saturday 23 February 2013

teganu

atas permintaan ramai, saya upload la gambar percutian singkat ke teganu.

gi teganu cuma 2 hari tiga malam. dua malam dalam bas satu malam kat rumah makcik. naik bas memakan masa 8 jam. lagi cepat pi sarawak so sape cakap sarawak tu jauh ? bagi individu yang dah biasa naik flight ni kan    memang rasa patah tulang belakang la dok kat dalam bas tu. nak buat macam mane takde flight dari jb ke teganu. holiday ni agak bosan sebab adik tak ikut tak de cuti.


 hari first gi  shoping kat pasar kepayang 










 dua hari hujan so pergerakan terbatas


tempat makan kat belakang airport ni pakcik kata popular
nak tau die jual ape ?





 ni die udang, sotong, ikan and segala seafood di goreng macam goreng pisang
bagi peminat tegar ayam, saya tak berapa suka 
tapi rasa nye sedap.tak caye cuba la sendiri ye :)


second day pi taman tamadun islam






































 round pulau tengok masjid kristal






saya rasa ni la part yg paling best sepanjang 2 hari kat teganu 
konvoi motor ngan kereta mengibarkan bendera parti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...