Saturday 23 July 2011

imbasan di perjalanan

Pagi tadi on the way nak pergi kerja aku nampak cikgu sekolah agama aku dulu . Dia membonceng motosikal yang mungkin ditunggang oleh anak die . Dah lama cikgu tu berkhidmat dekat sekolah agama tu . Die mengajar subjek tajwid time aku darjah empat lima dan enam . Time darjah khas pulak cikgu ajar munakahad kot [kalau tak silap la] . Aku dah lupa nama cikgu tu walaupun tinggal kat satu taman tapi dah tak pernah jumpa . Fizikal tubuh cikgu yang kecik dengan tudung labuh membuatkan cikgu nampak sangat comel . Kereta yang ayah aku pandu tersekat dekat simpang yang memang sesak pada setiap pagi . Dalam dok tunggu tu aku teringat la moment yang best kat sekolah agama tu . Pernah sorok kat dalam tandas , sorok kat bawah meja cikgu , time rehat lepak kat kantin , time cikgu mengajar aku dan diba kat belakang main bulat pangkah , kalau darjah khas tu pergi balik jalan kaki ngan diba dan macam macam lagi kenangan terindah yang tersimpan rapi di bangunan sekolah yang sedang dimamah usia tu .

Lepas tu lalu pula dekat depan kolej perubatan baru kat kawasan aku ni . Sekejab betul dah siap dan dah ada pun pelajar . Kolej ni sangat cantik dan besar [tapi tak sebesar kmns] . Time tengok tengok tu aku ternampak dua orang pelajar tengah main tenis . Teringat pula dekat matrik . Awe , tiqa , ain , kak as and tak dilupakan aku juga ...hehe ...kami  pemain harapan negara . Bawa raket macam handal je main

main kutip bola

Itulah ulasan yang standard . Kalau hari sabtu dan ahad tu ada je la plan budak budak ni . Nak main tenis la , nak joging la , gi taman la , lepak la . Kalau nak buat waktu pagi , awe la yang akan kejutkan aku . Kalau just aku ngan tiqa , tiqa la yang kejutkan . Dah lepas senam tu balik singgah kafe melantak . Sebab tu aku tak pernah kurus ... hehe . Balik bilik baring baring or sambung berbual topik yang tak habis time kat kafe .

Petang pula aku nampak budak budak kolej ni tengah berjalan nak pergi ke pasar malam yang tak berapa jauh dari kolej . Yang perempuan tu standard la pegang pegang tangan , ketawa , bercakap . Persahabatan yang cukup manis . Ada pula beberapa kumpulan pelajar yang just lepak dekat pagar kolej . Ada yang memerhatikan kereta yang lalu lalang , ada yang berbual dan ada juga yang sibuk bergambar . Ni lah kerja budak budak kolej . Bercerita fasal pasar malam , aku teringat kat asyura . Ada satu petang tu lepas habis latihan arobik , asyura ajak kawan kawan pergi pasar malam dekat kuala pilah . Dah la time tu dah lewat , hujan pula tu tapi si syura beria ia benar nak pergi . Last last dieorang pergi juga dalam keadaan hujan lebat tu .

Seronok betul masa lalu kan ? Kalau ada la aladin yang muncul kat depan aku sekarang ni aku tidak minta laptop baru or handphone baru or ipad yang sekarang ni menjadi idaman aku , tapi aku akan minta tolong la putarkan semula waktu yang sedang berputar ni . Kembalikan aku ke zaman tadika , sekolah rendah , sekolah menengah dan juga matrik . Jika aladin tu suruh pilih satu je , aku akan pilih matrik .

Beberapa minggu lagi aku akan membuka satu lagi helaian baru untuk aku lakarkan perkara perkara baru untuk aku penuhkan nota hidup ku .  Menyesuaikan kehidupan di tempat yang terlalu asing untuk aku . Mencari dan berkenalan lagi dengan kawan kawan baru . Sentuh mengenai kawan , aku tidak pasti sama ada aku mampu menemui seorang lagi sahabat . Kawan aku time sekolah menengah tidak sama dengan kawan aku dekat matrik dan sudah pasti kawan di u nanti tidak akan sama dengan kawan dekat matrik . Geng berlima yang terhebat , roommate yang terhebat , budak aras yang terhebat , dan praktikum yang terhebat . Bukan kebaikan kawan kawan yang perlu dibanding bandingkan tetapi sejauh mana aku mampu menjadi yang terbaik untuk mereka .

Masa lalu cukup indah tapi kita tidak boleh hidup selama lama nya dengan kenangan . Tiba waktu kita perlu menyimpan nya dan mencipta satu lagi kenangan untuk di kenang . Mempelajari kehidupan di tempat orang , mencari lagi kawan kawan yang lahir di pelbagai negeri .  Sejauh mana kita melangkah pasti satu saat kita akan berpatah untuk menggengam kenangan lalu . Kenangan yang pernah menyuluh kehidupan kita . Kenangan yang pernah membuat kita ketawa dan menangis . Kenangan yang menemukan kita dengan insan insan yang hebat . Kenangan yang mengajar kita nilai sebuah kehidupan . Kenangan yang menuntut kesabaran dan pengorbanan yang kadang kala tidak tertanggung  . Semua nya terhimpun dan tersimpan untuk dilabel sebagai NOTA KEHIDUPAN .


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...