Monday 30 January 2012

meriah nye nak balik

Dah dua minggu kat rumah baru nak cerita fasal kemeriahan nak balik jb kan . Almaklum lah sibuk ....hehe . Ni nak cerita sikit la perbezaan time nak balik rumah time study kat pilah ngan kat sarawak . Time kat pilah tu bila nak balik just bawa buku tutor , pen , pensil , test pad ngan dua tiga helai baju , tu je . Tapi bila study kat sarawak ni lagi sebulan nak balik dah sibuk fikir nak beli apa untuk di bawa balik . 

Seminggu sebelum study week pergi serikin (tak pasti ejaan ni sebab ada dua sarikin tapi berbeza ejaan) . Serikin ni dah sempadan ngan indonesia . Kat situ ada jual baju baju and penjual nye semua warga indonesia . Kalau orang yang suka shopping tu memang giler la . Macam macam ..  blouse , kebaya , seluar , tshirt , jam ..... dan yang paling best harga sangat murah . Kalau blouse harga standard kat kedai RM 40 tapi kat situ harga paling murah RM 10 and yang paling penting cantik . Sama kualiti kat kedai . Kalau kebaya yang full sulam tu RM 100 and kalau half RM 30 pun ada . Kat jb mana dapat harga macam tu . Nasib baik aku jenis yang tak suka shopping kalau tak , dua ratus tak cukup (ada yang terasa tak ..hehe) .  Aku just beli sepasang kain untuk mak , kopiah untuk ayah ngan 5 gelang (yang ni just beli je , terpulang kat mak nak bagi kat sape) ...oh lupa , beli jam untuk diri sendiri ...sekarang ni mira dah low profile , dah boleh pakai jam kat kaki lima ...hehe


Dua hari sebelum balik , pergi kuching . 


Beli tshirt sarawak . Baju yang aku pakai tu baju sarawak tu ..nampak tak ...hehe . Beli kan adik dua helai tapi kesian kat budak tu , baju nye besar . Akak nye ingat yang adik die tu dah besar , rupa nye tak ... pakai baju macam baju pinjam ...sorry la ye . Mira ni memang fail bab beli baju . Tu yang aku ambil satu tu . And nasib baik aku ada sorang je adik so tak payah la nak beli banyak banyak macam kawan kawan aku yang lain tu ....untung nye :)


And satu benda yang memang wajib di beli bila dah duduk kat sarawak ialah kek lapis . Memang syok dapat makan kek lapis sebab kat semenanjung kek lapis ni mahal tapi kat sarawak just RM 20 je .

So tu je la ole ole yang aku bawa pulang . Sebenar nye ada satu lagi buah tangan yang wajib tapi aku tak beli iaitu ikan terubuk masin . Tempat yang popular yang banyak jual ikan ni ialah kat sarbaskan . Sehari sebelum balik tu ada pergi sebab syu ngan mira nak beli ikan terubuk masin tapi aku tak beli . Mira nak beli benda benda macam tu ? Yang buat aku terkejut ialah ikan tu bukan nye kering macam yang selalu aku tengok tapi ikan biasa yang macam kat pasar tu or kata mudah nye ikan basah , just kat tengah tu ada garam . Tapi jangan risau , time kte beli tu penjual dah balut ngan kotak so memang tak de bau and lepas la kalau nak bawa naik kapal . Time pergi kat pasar tu pun aku tak masuk just tunggu kat kereta sebab aku tak suka pergi pasar .


Bila nak balik dokumen yang paling penting ialah pasport . Kalau tertinggal jawap nye kena patah balik ke u la . Sebab nye selepas check in kena lalu immigration  and kalau tak lepas memang nangis la . And seminggu sebelum balik tu sibuk dengan urusan pass pelajar and pass pelajar aku tak siap so terpaksa pergi immigration    kalau tak , tak balik la jawap nye . Yang paling best nye first time berurusan kat airport seorang diri sebab kawan kawan aku semua nye orang timur . Cuma nur sorang je kawan aku yang asal jb tapi hari tu die check in lambat .


Apa apa pun best balik sorang sorang , baru rasa betul betul seorang perantau ..hehe :)

Friday 27 January 2012

fikir dan berfikir

Anda pasti pernah menghadapi situasi seperti ini :

Lecturer menyuruh anda and group member memikirkan satu tajuk untuk assigment . Time discuss tu mesti group member berbisik bisik supaya group lain tak dengar apa yang sedang anda bincangkan . And bila dah fikir tajuk tu sesuai anda akan terus berjumpa dengan lecturer supaya tiada group yang mempunyai tajuk yang sama . 

Kenapa mesti berahsia tentang idea and kenapa terlalu takut jika orang lain mengetahui idea anda . Cuba lain kali tidak kira kerja group or individu , biarkan orang lain mendengar idea anda . Kalau mereka bertanya tentang idea anda beritahu aje . Dan jika mereka ambil idea anda jangan marah . Cari idea lain . Ini akan menjadika anda orang yang kuat berfikir .  Orang yang meniru idea anda akan terus menjadi orang yang pasif dalam berfikir . Berfikir dan terus berfikir dan belajar untuk berfikir di luar kotak .Kreatif itu akan menghasilkan idea dan idea itu perlukan kreativiti .  

Tuesday 17 January 2012

sayang ke ?

Ada orang yang terlalu sukar untuk mengucapkan sayang . Apabila anda bertanya kepada dia "awak sayang saya ke tidak ?" , dia tidak akan memberi sebarang respond . Kenapa ada yang bersikap sebegitu padahal ucapan sayang itu terlalu senang di ungkapkan just cakap tiga perkataan "saya sayang awak"

Mungkin orang tu jenis yang tidak suka menunjukkan rasa sayang kepada orang lain . Dia mahu orang tu tahu sendiri . Macam mana nak tahu ? Ada beberapa tanda yang boleh kita kenal pasti . First , bila kita tanya "awak sayang saya tak" , dia akan menukar topik lain or dia akan bertanya balik soalan yang sama . Second , bila berjauhan dia akan message tapi message dia tu just perkataan pendek je macam "hai" , "apa khabar" , tapi maksud yang sebenar dia adalah untuk menyatakan bahawa dia rindu kat orang tersebut . Ketiga , bila berjumpa dia jadi seorang yang pendiam dan bila dah setengah jam lepas tu dia akan mula cari topik untuk bergaduh . Mungkin anda akan rasa orang tersebut tidak sayang kan anda , dah la nak jumpa susah tapi bila jumpa gaduh pula . Dia berdiam diri kerana dia mahu awak memulakan perbualan , cerita segala macam cerita dan apabila dia mula mencari gaduh sebenarnya dia mahu melihat keletah awak tu . Kalau anda demam or sakit dia tak akan tanya secara lembut tentang kesihatan awak , dia just akan tanya "dah sihat ke" or "gi la klinik" or "gi la makan ubat" tapi maksud yang sebenarnya dia sangat risau tentang kesihatan awak cuma dia tidak pandai berkata kata . 

So sebenarnya orang yang jarang menyatakan perasaan sayang ni lah orang yang amat sayangkan kita . Setiap perbuatan dia terhadap kita itulah bukti sayang dia . Walaupun kita jauh tetapi dia sentiasa mengingati kita , selalu berpesan kepada angin "oh angin sampaikan lah rindu ku kepadanya" ... haha ... itu just sedutan filem je ye saya bukan jenis yang jiwang . 




~entri ini untuk rakan rakan yang selalu bertanya "mira sayang kte tak" tetapi tidak mendapat sebarang respond ...hehe 


Thursday 5 January 2012

saya dah matang ...haha

Haha ... saya dah tua . Dah tak de angka 1 kat pangkal nama . Pada tahun ini aku akan menggunakan angka 20 ...haha . Tapi saya still muda dalam kalangan kawan kawan ... haha ...

Orang first wish , anney lepas tu mel , tiqa , syu .... and thanks yang teramat sangat kepada sany , syu , mira , ain , syima , fina , jemima , shi ngan roommate fina atas celebrate birthday tadi ye . And kte dah tau dari awal lagi . Korang kena ingat kte selalu menjadi ketua dalam bab bab plan sambut birthday ni . Kte dah kesan dari awal lagi ..

1. mira tetiba berbisik kat sany time kteorang nak gi di , lepas tu sany pandang semacam je 

2. malam tadi time kat bilik study , syu sangat mengantuk sampai tertidur beberapa kali . kebiasaannya syu akan terus  balik tidur tapi tadi die still kat bilik study dengan muka yang selenger tu (tau apa maksud selenger tu ? )

3. syu asyik dok ulang yang kte akan masuk umur 20 sambil senyum senyum kat fina ngan syu 

4. tepat jam 12 tengah malam , sorang sorang hilang . first fina lepas tu syima and syu 

5. tetiba sany muncul yang entah dari mana cakap handphone hilang , tapi muka langsung tak de tanda tanda risau

Apa apa pun thanks la korang . Kte sangat menghargai nya . Thanks syima ngan fina sebab beli kek , thanks sany sebab belikan hadiah , buat special movie ngan beli macam macam makanan , and thanks syu , mira , ain , syi , jemima , ngan roommate fina :)

And di seballik kegembiraan tu ada kesedihan yang tersembunyi yang tak mampu di ucap ... kesedihan terhadap insan yang sering menjadikan aku seperti tunggul

Harap umur 20 ni  penuh dengan keberkatan .... amin 


Wednesday 4 January 2012

dalam sejarah

Untuk pertama kali nya  , aku rasa betul betul berada dalam study week . Seumur hidup tak pernah aku study sampai pukul 3 ke 4 pagi . Biasa nya pukul 11 malam dah menyerah . Tapi untuk study week sem 1 ni mencipta sejarah yang tersendiri .

pagi : 10 - 12         study
petang : 2 - 4          study
malam : 8 - 3 or 4   study

and semalam study dari pukul 1 petang sampai 5 petang and sambung dari pukul 10 malam sampai la ke 5.30 pagi ....

So , study ...study ...and ..... study

Ni semua mungkin sebab perasaan takut yang teramat sangat . Bukan sebab takut kat subject yang susah tu , or masa yang singkat tetapi takut akan pengalaman yang pernah dilalui . Time sem 2 kat matrik , study week aku pulun habis , tapi result teruk . So aku buat kesimpulan aku kena double or may be triple kan usaha .

Banyak la perkara yang aku rasa time study week kat matrik yang salah , so aku dah tak buat kat u ni .

First , study kat library . Tiap tiap hari ni gi library ni  , tak dengan mira , dengan roommate kalau tak pun kat osc ..... tapi result teruk ..... so aku dah tak study kat library , just study kat bilik study 24 jam kat block je . Kedua , study tak boleh ikut mood , mesti paksa diri untuk study . Ketiga , kalau siang tu banyak main (macam gi tengok mi kat the spring tu kan) so malam kena tambah masa study . Yang keempat , masa yang belajar yang berkualiti , jangan dok asyik nak study sampai berpuluh puluh jam sehari tapi tak de ape yang masuk . And banyak lagi la ....

And sekarang ni aku just berserah kepada takdir .... aku dah berusaha semaksimum mungkin dan harap sejarah lama tak berulang lagi ....

saya sangat takut akan kegagalan 
kerana kegagalan itu amat menyakitkan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...