Thursday 26 April 2012

ramai vs x ramai

bila kte tengok orang yang ada ramai kawan mesti kte berkata dalam hati "best nye orang tu ada ramai kawan , mesti hidup die tak bosan setiap masa ada kawan yang boleh temankan" . dan selepas itu anda akan bandingkan dengan diri anda yang hanya mempunyai sedikit kawan . tapi sedarkah anda kenyataan yang sebenar di sebalik apa yang anda lihat .

tidak semestinya orang yang mempunyai ramai kawan tu hidup die happy dan tak semestinya anda yang hanya ada beberapa kawan tu tak happy . tidak semua kawan tu ada time kte susah . mungkin orang yang ramai kawan tu hanya menemani time  senang . time nak gelak . or time dah tak de kawan lain nak di ajak berbual . bila time susah tak de sape yang datang menghulurkan tangan untuk meringankan beban .

tidak seperti orang yang hanya memiliki  beberapa orang kawan . anada pernah terfikir kenapa sesetengah individu tu hanya ada beberapa kawan je . sana sini dengan orang yang sama je . sebab die telah memilih hanya yang terbaik yang die yakin yeng beberapa itulah yang akan menemankan die time senang dan susah . time ketawa dan menangis . time berjaya dan gagal . sebab itulah kebiasaanya orang yang memiliki kawan yang sedikit itu lebih bahagia daripada orang yang ada ramai kawan . 

so jika anda hanya ada beberapa orang kawan , jangan sedih kerana orang yang berada diseliling anda itulah teman yang sentiasa di sisi anda tanpa mengira masa . hargai mereka selagi anda mampu untuk menghargai . sayangi lah mereka selagi anda mampu untuk menyanyangi . dan berkawan lah dengan mereka selagi Allah memberi masa untuk anda bersama dengan mereka . 

Thursday 19 April 2012

maafkan saya

mungkin saya seorang yang terlalu ego untuk menyatakan kesilapan saya dan sebab ego saya sering mengeluarkan soalan "apa salah saya" . sejujurnya saya dah puas fikir apa salah saya dan saya tak menemui satu jawapan yang kukuh untuk menyatakan bahawa awak patut marah kat saya . 

kalau betul apa yang berlaku ni semua salah saya . SAYA MINTA MAAF . saya haya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan . yang fasal malam tu saya minta maaf kalau saya buat awak rasa sakit hati . awak rasa saya bagi awak banyak kerja ke sampai menggangu awak nak buat assigment history or kacau time awak nak study economy . kalau itu antara sebab awak marah kat saya , saya nak tanya balik , antara member lain dengan awak sape yang lebih banyak kte bagi kerja . kerja yang kte bagi kat awak tak sesusah mana dengan apa yang dieorang kena buat . 

mungkin juga awak tak suka  kte always act macam ketua kot . asyik kte yang nak arah and bagi kerja kat group . kte bukan gila kuasa tapi kte just nak kerja tu perfect tu je . mungkin sebab tu juga awak dah tahan ngan kte kot always complain kerja yang awak buat . awak kena tau satu perkara kte arahkan korang buat kerja dan pada masa yang sama kte juga buat kerja yang sama banyak dengan korang . so apa masalah nye kat sini sampai awak nak marah sebab kte bagi kerja kat awak ? 

kte dah terlalu penat untuk minta maaf setiap kali awak buat perangai . kte dah terlalu penat nak taip message "awak kte minta maaf" , "awak saya ihklas kawan ngan awak" , "awak saya nak kawan yang bukan untuk u or assigment tapi nak kawan yang sampai akhirat" . kte dah nak penat nak taip ayat tu berpuluh kali . kte dah penat untuk senyum kat depan awak tapi kat belakang awak kte menangis . kte dah penat untuk gelak time ngan awak tapi dalam hati rasa sangat marah kat awak . kte dah penat nak jaga hati awak tapi awak sikit pun tak jaga hati kte . kte dah penat untuk update blog menceritakan kesedihan kte terhadap awak . kte dah penat buat movie untuk meluahkan kesedihan kte terhadap awak . dan kte terlalu penat untuk membenci awak . 

mungkin lepas ni kte dah tak akan minta maaf or pujuk or berlakon baik bila awak buat perangai sebab kte dah terlalu letih dengan semua ni . kte just ikut apa yang awak buat . kalau awak rasa kte ni terlalu teruk untuk jadi kawan awak , jangan tegur kte lagi . kte minta maaf sebab menjadi kawan yang teruk untuk awak dan kte harap ni entri terakhir tentang kesedihan kte terhadap awak .

sekali lagi kte minta maaf ......

Saturday 7 April 2012

saya nak balik jb


cuti sem dah mula tapi saya still kat sarawak ....... mahal nye tiket nak balik ...... kalau tau pilih utm je ,  balik rumah jalan kaki :(



*untung lah amira abas rumah kat belakang u je

:)

dalam hidup ni kte mesti ada someone yang kita sayang . yang kita rasa kita tak boleh hidup tanpa die . kalau sehari tak tengok muka rasa sangat rindu . persoalan nye kenapa perlu ada rasa sayang dalam hidup ni ? cuba bayangkan korang tak de satu pun orang yang anda sayang ? tak de orang yang nak di call or hantar message , tak de orang yang boleh kte ajak makan ? ...... BOSAN kan ? every time , everyday , every way  alone ...... jalan sorang sorang , cakap sorang sorang , main sorang sorang ..... 

Sebab itulah kte memerlukan orang yang kita sayang supaya kita dapat buat aktiviti bersama and supaya hidup kita tak always bersendiri . dan sejujur nya saya tak boleh hidup bersendiri . hargai lah mereka yang anda sayang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...