Tuesday 31 May 2011

sang juara

Ain Amerrrudin anda menang :)
dan seperti yang telah dijanjikan kte akan lakarkan
kemenangan tu di blog kte ni :(

Apa cerite nye ni .....

Cerita nya bermula pada hari jumaat lepas [ayat buku] . Malam tu kte call ain [kte memang suka dengki ain sebab die tak suka orang call die .... kata nye message lagi best ... tapi ape kte peduli ....  hehe] .  Macam2 la yang ain ni cerita and cerita punya cerita tetiba terkeluar la sebuah idea yang bernas dari kotak akal kecil kte ni .

"ain ape kata kte lawan sape wish paling last
time birthday mira abas"

ain pun jawab :)
"ok kte lawan sape wish paling last sebelum 12 tengah malam"

Birthday mira abas semalam 30 Mei . Kteorang plan nak wish dekat fb biar ada bukti la dan jika ain menang kte akan tulis kemenangan tu dekat blog [sebab time tu yakin menang ..huhu ] . Tapi tetiba malam tadi internet dekat rumah ni tak dapat connection . Kte sempat buka fb 5 minit je lepas tu sangkut .Tunggu sampai pukul 11 tak ok2 lagi . Lepas tu tutup je terus [kte ni pun bukan jenis penyabar sangat kalau dengan orang tu ok tapi kalau dengan benda memang tak sabar] .

Pukul 11.12 mlm tu kte terus message mira wish birthday [sebab kte pasti ain dah wish] .Set reminder pukul 6 pagi tapi wish tengah malam ... kelakar betul ... Lepas tu message ain cakap internet ada problem . So ain pun balas

"kte message je ye sebelum pukul 12 sape
yg last wish kat mira abas"

Lepas tu aku cakap la yang aku dah wish mira . Nak tau ape yang die balas


"haha kalah ! kte xwish lg hehe"

ergggggg .... geram nye .... Salah pasang stategi  . Tak pe kali ni awak menang mana tau next game nanti kte menang ... Kte memang saje nak bagi awak menang sebab dulu time main bulat pangkah awak selalu kalah ..haha ...Nanti kte lawan lagi untuk birthday orang lain lagi ye . Ape2 pun tahniah la buat anney roommate tersayang ni .. hehe ...  :)

Moral of the story bukan semua yang last tu mudah untuk kte dapat sama seperti first . Lawan wish birthday yang paling last ni pun syura dengan tiqa yang ajar . Dieorang kata wish paling last tu yang paling bermakna . Maksud nya di sini tak kira first or last ia tetap membawa makna yang tersendiri bagi yang mahu mengerti . Jika kita menjadi orang first jangan la kita mengina orang yang last kerana mereka juga telah berusaha cuma rezeki tidak memihak kepada mereka [nasihat untuk diri sendiri juga]

trophy untuk anney :)



* Harap2 kte tak lupa wish birthday kawan2 yang akan datang ni :)

Saturday 28 May 2011

rindu part2

Hari ni aku nak sambung balik la perkara2 yang aku rindu dekat kmns tu :)

11. Rindu nak berebut-rebut time nak masuk dewan kuliah . Kalau time kteorang [geng berlima] jadi budak baik , kteorang akan duduk barisan depan sekali tapi bila time jadi budak jahat , kteorang akan duduk barisan paling belakang ... hehe ...

12. Rindu nak belajar dekat bilik tutor and dekat lab . Kalau dekat lab tu ain dengan kak as duduk depan aku so selalu la tengok dieorang ni gaduh tapi kalau baik tu macam couple .Oh tak lupa juga kepada awe yang setia duduk dekat sebelah aku sejak dari sem 1 ... hehe...

13. Rindu nak buat experiment . Experiment physics yang paling best sebab ada adah and p-dot . Dieorang ni sweet sangat [tapi just kawan je] . P-dot cuma dengar kata adah je . Kalau adah marah , p-dot akan diam tapi kalau syafi marah , bising . Experiment chemist pun best sebab aku tak de buat apa sangat . Tiqa yang banyak buat . Aku just tolong ambil2 barang ... hehe ....

14. Rindu masakkan cik midah . Masakan die memang terbaik and murah . Lauk yang paling sedap semesti nye ayam masak kicap ... fuhh ... sampai menjilat jari ..

15. Rindu dekat block C3 . Kalau hujan aku suka lepak dekat tingkat 4 wing B depan bilik mel [budak prak] . Memang syok dapat rasa angin and tempias hujan . And kalau time boring2 tu aku akan naik sampai ke tingkat 4 lepas tu turun balik sampai entah  ke berapa kali . Naik guna tangga wing B and turun guna tangga wing A [tak de kerja betul ...]

16. Rindu nak sembahyang dekat surau block . Selalu nye yang jadi imam syaidatul , kak shasha , kak ain , and lagi sorang tu aku lupa name nye :)

17. Rindu nak dapat message yang berbunyi begini "salam . malam ni ada kelas mt dekat tutor" or "salam . malam ni ada discussion bi dekat tutor" :)

18. Rindu nak lepak dengan budak aras . Kteorang selalu lepak2 , makan2 , ngumpat2 , gaduh2 and bilik aku la yang jadi pusat kepada kelab kaki2 lepak sedunia tu  almaklumlah ada taiko :) . Kalau hujung minggu tu dieorang layan movie .

19. Rindu nak lepak dengan syai dekat bilik aku . Syai ni sebenar nye secara tidak rasmi dah jadi roommate aku sebab nye setiap hari die lepak dekat bilik aku . Kadang2 tu belajar dengan ain or layan korea dengan yam . Memang best la lepak dekat katil dengan syai :) and satu lagi memang "best sangat" time mandi syai ketuk2 pintu shower tu :) . Kalau aku and syai mandi dekat shower sebelah-menyebelah , kteorang akan borak macam dekat bilik [tak sopan betul ... hehe]

20. Rindu nak belajar dengan mira abas . Time aku malas study pun die ajak belajar . Kteorang akan belajar dekat bilik aku sebab aku malas nak pergi bilik die :) Cara mira belajar ialah dengan menyebut setiap apa yang die tulis and kalau die dah faham sesuatu tu die akan terangkan dekat aku . Yang paling aku rindu , nak dengar mira ketuk2 dinding bilik ... hehe ..

Banyak lagi sebenar nye perkara2 yang aku rindu . Aku rasa 100  helai paper pun tak cukup sebab setiap saat yang berlalu merupakan detik terindah . Kalau dekat matrik bila gaduh dengan kawan or kecik ati dengan roonnate kte rasa stres sangat tapi sekarang ni kalau diingat balik perkara tu jadi kelakar . Benda kecik pun nak dibesarkan . Walaupun dekat matrik aku tak dapat keputusan yang cemerlang , aku tak rasa menyesal pun pilih matrik tu kerana kecermelangan tu bukan diukur dengan slip exam sahaja .

Bagi aku , aku dah dapat ilmu yang menjangkaui ilmu integration , resistance , or polymer . Terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat . Dan apa yang lebih penting aku dah temui apa yang aku cari selama ini . Itu lah yang paling bermakna ..

Ikhlas dari hati ... kte rindu roommate ...  geng berlima .... budak aras :)












* ain nanti kte nak cerita fasal birthday tu ye and bagaimana seorang taiko boleh kena buli dengan anak buah die ....  hehe ... tunggu ...  :)

Tuesday 24 May 2011

kehilangan

Nenek belah ayah meninggal sebelum mak dan ayah kahwin lagi , atuk pula meninggal kira2 9 tahun yang lalu , atuk belah mak yang paling aku sayang pulak meninggal time aku form 5 and aku pernah hampir2 kehilangan ayah sebab penyakit buatan orang . Bukan kehilangan ni yang aku nak kongsikan tapi sebuah kehilangan yang mungkin kte tak pernah terfikir or tak pernah terlintas di benak kte . Kehilangan seorang sahabat ....

Semalam dekat paper ada satu artikel yang menarik perhatian aku . Kisah seorang kanak2 berusia 10 tahun yang kehilangan seorang kawan akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku dekat selangor baru2 ni .

"saya berkawan rapat dengannya sejak setahun
lalu ketika belajar di kelas yang sama .  arwah seorang yang sangat baik .
kami sangat rapat sering pergi kemana-mana
bersama dan ketika rehat pun kami makan sama-sama"

Dia mungkin tidak faham erti kematian yang sebenar tapi pada usia yang begitu mentah dia sudah memahami erti persahabatan yang sebenar .Sejujurnya aku memang tidak pernah terfikir akan kehilangan seorang rakan untuk selama-lamanya . Mungkin sebab dieorang selalu ada dengan aku . Keikhalsan persahabatan antara budak tu dengan arwah kawannya memang cukup jelas sedangkan ada di antara kita yang sudah dewasa ni berkawan beralaskan sebab .

Ada diantara kita yang berkawan berlandaskan kepentingan peribadi . Berkawan dengan die sebab die cantik ...berkawan dengan die sebab die pandai .... berkawan dengan die sebab die anak hartawan .... berkawan dengan die sebab die rapat dengan orang yang kita minat ...Aku tidak menafikan setiap orang ada impian tapi jangan jadikan sahabat sebagai batu untuk kita mencapainya .

"kalau kak ya ikhlas berkawan dengan orang tu
percaya la ciri2 kawan yang kak ya impikan sebenarnya ada pada dia"

Itu merupakan nasihat kawan aku ketika aku menzahirkan kerisauan aku ketika hendak sambung belajar dekat matrik . Aku pegang kata2 die dan benar apa yang die cakap . Aku mendapat kawan2 yang lebih daripada seorang kawan .

Memang tiada manusia yang sempurna dan tiada seorang pun kawan yang dapat memenuhi semua ciri2 kawan idaman kita . Apa yang penting ialah bukan ciri2 kawan tu tapi sifat diri kita sendiri . Adakah kita sudah menjadi kawan yang terbaik untuk dia ? Adakah kita telah membantu dia seperti dia membantu kita ketika susah ? Berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk dia tanpa mengharapkan balasan . Jika kita ikhlas berkawan dengan dia maka dia akan ikhlas berkawan dengan kita . Salah satu tanda dia tu ikhlas berkawan dengan kita ialah dia sentiasa ada di hati kita walau sejauh mana dia berada .

Jika ditakdirkan aku akan kehilangan kawan untuk selama-lamanya , aku redha kerana aku sedar mereka bukan milik aku . Dari dia kita datang dari dia juga kita kembali . Mengenali mereka walaupun untuk beberapa ketika sudah cukup bermakna .

Berkawan lah dengan ikhlas tanpa niat yang tersembunyi . Ia akan menjadikan persahabatan itu lebih bermakna .

"sesungguhnya aku mengasihimu sahabat kerana
Allah"

"aku menyayangi sahabat di jalan
 Allah"


gambar ni tiada kaitan dengan post 
ni gambar time orentasi ...hehe... sorry ye ain :) 







Monday 23 May 2011

rindu part1

Bila dah habis matrik ni macam2 la benda yang dirindu . Kalau dekat matrik  sesetengah perkara tu dianggap kecil je tapi sekarang ni ia menjadi sesuatu perkara yang amat bermakna . Meh aku senaraikan perkara2 yang aku rindu ....   :)

1. First sekali mesti lah aku rindu dekat bilik C318 and ahli2 nye . Rindu sangat dekat roommate aku yang giler tu . Rindu nak baring dekat katil yang embuk and bantal yang "sangat lembut" tu . Memang menjadi hobi aku kalau balik dari kelas or time rehat or time nak tidur aku akan baring sambil dengar lagu guna earphone and menggoyang-goyangkan kaki ...hehe...

2. Rindu nak makan dengan roommate . Kalau petang2 tu semua free kteorang akan makan dekat bilik and salah seorang kena turun pergi cafe beli makanan . Yang selalu jadi mangsa ialah yam tapi kalau die pergi tia akan temankan tapi kalau aku pergi tak de sape temankan ...kesian ...Kteorang mengamalkan prinsip "sharing is caring" . Kalau ada makanan yang orang bagi or salah seorang bawak balik makanan kteorang akan kongsi and yang best nye kteorang akan saling suap-menyuap . Roommate aku ni memang rajin suapkan orang . Kadang2 tu tengah belajar tetiba tia datang suapkan buah . Ain yang nampak brutal tu pun suka suapkan orang .....sweet nye roommate aku ...

3. Rindu nak tengok roommate aku bergaduh . Bukan gaduh tumbuk2 tu tapi gaduh mulut . Kalau aku dengan yam suka lawan mata .  Ain , tia , and yam memang suka berperang mulut .Ade je benda yang tak puas hati . Dieorang ni fanatik korea so dieorang akan gaduh artis mana yang paling hensem la , artis tu sape punya la ... and dll .

4. Rindu nak basuh baju guna mesin kmns tu . Aku selalu basuh baju dengan tia . Aku basuh baju and tia sidaikan baju . Pernah la sekali tu aku terlalu sibuk [ye ke] sampai tak de masa nak basuh baju . So tia ni baik hati die kumpulkan baju kotor aku yang melambak dekat ampai dengan dekat baldi and lepas tu die basuhkan . Malu nye aku , walaupun basuh guna mesin tapi still malu giler [faham2 je la]. Basuh baju dengan roommate ni bagus sebab aku tak payah beli sabun , basuh baju guna sabun dieorang ... hehe..

5. Rindu nak tengok keletah roommate . Ada je gelagat dieorang yang mencuit hati . Macam2 ragam . Ain sibuk belajar , tia tergelak-gelak baca komik and yam nyanyi macam tengah buat konsert . Esok nye lain pulak gelagat nye . Ain baring2 dekat katil sambil main message , tia tersengeh-sengeh tengok artis pujaan die and yam tergelak-gelak tengok cerita korea . And begitu la sampai habis matrik . Bermacam-macam ragam , bermacam-macam keletah.

6. Rindu nak lepak dengan tiqa . Tiqa ni rajin lepak dekat bilik aku . Kalau dalam seminggu die tak datang bilik aku tu makne nye ada lah something yang tak kena [tapi rase nye tak pernah kot  ... hehe]

7. Rindu nak dengar tiqa cerita . Tiqa ni ada macam2 cerita and die akan cerita tanpa mengira masa , time demam pun masih larat nak cerita . Jika kte hayati betul2 cerita die memang ada message yang tersirat . Aku memang suka dengar orang bercerita sebab ayah aku pun kaki bercerita . 

 8. Rindu nak lepak dengan geng berlima . Dengar dieorang cerita , gaduh2 , makan sama2 , main tenis , jogging ....

9. Rindu nak lepak and tidur dekat bilik kak as . Bilik kak as ni dekat tingkat 3 so kalau malam2 sejuk giler . Memang lena tidur sampai tak nak bangun ...  hehe ...

10. Rindu nak lepak dekat bukit . Tengok matahari terbenam sambil perhatikan tingkah laku budak kmns .




katil aku
yang sentiasa bersepah

Friday 20 May 2011

hikmah di sebalik nye

Beberapa jam yang berlalu ni fikiran ku hanya tertumpu pada satu perkara saja . Rasa kecewa yang masih menebal dalam jiwa ni . Aku singkap kembali sejarah pejalanan aku di sana . Mencari-cari jawapan bagi segala persoalan yang terbuku di minda . And kerana terlalu banyak sarang yang telah terbina maka muncul  beberapa perkara yang tidak patut dipersoalkan . Pernah tetiba terlintas di benak aku ... apa guna aku belajar macam nak mati jika result aku lebih kurang sama dengan orang yang tak belajar ... Aku menolak ajakkan roommate untuk tengok movie semata-mata nak siapkan tutorial ... Aku sanggup menahan diri untuk balik jb semata-mata nak buat preparation untuk exam .... Kadang2 habis saje waktu kuliah aku terus ke library untuk study ... Time gap aku pergi unit untuk bertanyakan soalan .... And kadang2 tu tutorial aku lebih banyak siap drpd orang lain ... Tetapi kenapa aku masih tidak boleh menggapai kejayaan yang cemerlang ..

Segala persoalan yang muncul ni menunjukkan aku seperti menyalahkan takdir . Pada malam rabu tu aku ada berbalas message dengan syahfi [ budak prak ] . Ada satu messsage die yang membuatkan hatiku tetiba menggetar . Ringkas tapi penuh makna ..

ok dr fail  .... syukor .....

Tersentap aku bila baca message die . And time tu la baru aku sedar  sejak dari petang yang aku tahu keputusan hingga la ke malam tiada satu pun perkataan syukor yang meniti di bibir mahupun terlintas di hati , and jauh sekali untuk aku mengucapkan kalimah "alhamdullilah". Jika selama ini walau seberat mana pun ujian yang aku hadapi aku masih mampu mengucapkan kalimah itu tetapi kenapa sekarang aku tidak mampu mungucapkan nye . Apabila orang bertanya fasal result , jawapan aku cuma satu .. "teruk"

Ya Allah betapa kejam nye aku ... Aku tidak mensyukuri segala nikmat yang engkau berikan . Bukan ke kegagalan itu juga sebahagian drpd nikmat . Aku tidak sedar yang sebenar nye engkau sedang mengajar aku untuk belajar bersyukor ketika susah . Belajar mengucapkan "alhamdullilah" walaupun sedang menghadapi kekecewaan . Aku tidak gagal sebenar nye . Aku cuma tidak secemerlang seperti orang lain . Jika selama ini aku sudah merasai nikmat kejayaan , so sekarang ini aku perlu belajar merasai nikmat kegagalan . Kau sepatut nye bersyukur kerana ramai orang di luar sana hanya merasai kejayaan sepanjang hidup nye  tanpa diberi kesempatan untuk merasai kegagalan .

Mak ayah aku tidak marah and jauh sekali untuk rasa kecewa dengan result aku .Ini kerana mereka hanya melihat pada huruf "B" yang tertulis di atas slip and pada mereka huruf "B" sudah cemerlang . Tetapi sebalik nye bagi aku . Aku melihat pada pointer yang tersembunyi di sebalik huruf and kerana terlalu memikirkan pointer la membuatkan aku rasa sangat kecewa walaupun sebenar nye ada peningkatan pada beberapa subjek .

Aku pernah cakap dekat kawan aku ... "sebenar nye time fail ni la kte boleh mengukur kesetiaan kawan terhadap kte . Bila kte fail kte boleh  lihat sape yang akan lari drpd kte and sape pula yang terus setia dengan kte" ...And aku rasa inilah masa nye untuk aku praktikkan nasihat aku tu . Sekarang ni memang aku dapat rasa ada la orang yang seperti menjauhkan diri dari aku [ entah tu mungkin perasaan aku je kot ] . Tapi aku nak ucap thanks pada kawan2 yang memberi nasihat ..... tiqa , awe , ain , mira abas , syafi ... Kte boleh mengukur keikhlasan seseorang tu walaupun  melalui message ...

awe :)
don't giveup ..hidup kt masih pnjang , nie bru pemulaannye
mgkin at u nnt mira dpt best student ..bnyk2an bedoa .. mira pasti bley

ain :)
sume orang ade rezki masing2 termasuk mira jugak
mira tetap kene besyukor , tuhan da tetap kan takdir kte
so mira tak bole sedih3..jauh lagi perjalanan kite lepas ni rezeki mira tetap ade
mungkin lambt sikit , asalkan jangan putus asa ..oke =)


Kepada mira abas ... thanks ye .. lepas call awak kte rasa bersemangat balik ..Kte pernah sama2 cemerlang time pspm1 , pernah sama2 jatuh untuk ups2 and sama2 bangun untuk pspm2 . Memang sakit bila jatuh esspecially bile kte dah berusaha semampu mungkin untuk rawat luka tu . Sebulan sebelum exam tu memang kte berdua bermati-matian study . Kte masuk bilik awak and awak masuk bilik kte ... semata-mata nak tanya soalan . Awak cikgu kte and kte cikgu awak . Lebih nak mati bile lagi 3 minggu nak exam . Habis kelas terus lepak dekat library or unit . Balik bilik kadang2 tu pukul 7ptg and pukul 8mlm keluar balik gi osc or library . Time study week kte banyak kali study same2 dekat bilik kte and kalau rajin turun gi library . Kalau nak study dekat luar tu awak akan kejutkan kte tidur and kte kejutkan awak .Sama2 tolong untuk berjaya tapi rezeki belum tertulis untuk kte kan . Tahniah la untuk awak sebab result awak lebih sikit drpd kte .. hehe ... kalau kte dapat u yang same nanti kte study same2  lagi ye .... sama2 kejar cita-cita yang sama ...amirakuasadua ....hehe...  :)

Sekarang ini aku cuba bangun semula setelah jatuh entah untuk kali keberapa . Aku tidak pasti sama ada aku mampu untuk berdiri tegak lagi atau tidak . Sememang nya sakit ... amat sakit ... tapi takkan nak terus sakit kan ...  :)

Wednesday 18 May 2011

tahniah

Kte nak ucap tahniah kepada kawan2 yang dapat result yang cemerlang
Ni semua berkat usaha korang
Tahniah !!!


Melihat kejayaan orang lain sudah cukup  untuk membuatkan aku tersenyum pada masa ni ....

macam mana

Hari ni result untuk budak matrik dah keluar . Baru tadi aku check .
 Macam mana result ? Gembira ke tak ?

Entah la .... Yang pasti result aku tu teruk . Sekarang ni aku bertanya pada diri .... Apa yang kau buat dekat matrik dulu ? Kau belajar ke tak ? Yang kau pergi dekat osc , libary tu betul ke kau study ? Apa yang kau buat dekat bilik ? Kau tidur je ke ?

Sekarang ni kau rasa menyesal ? Kau tak kesian ke dekat mak ayah kau ? Kau tak kesian ke dekat pensyarah2 kau ? Kau tak rasa kesian ke dekat kawan2 kau ? Penat dieorang ajar kau tapi semua tu macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri ...

Sekarang ni kau nak buat apa ? Jadi penunggu setia dekat rumah ? Or nak ambil diploma ? Ke nak repeat ? Nak masuk u ? Lagi ramai orang yang pandai dekat luar sana tu ...

Aku tanya sekali lagi .... Kau menyesal ? Dah tak guna penyesalan kau tu . Nasi dah masak pun . Sekarang ni fikir la masa depan kau . Selama ni kau asyik fikir masa depan orang lain je kan so dah tiba masa kau fikir masa depan kau .

Ingat kata2 mak angkat kau ... "mak nak adik ada gambar konvo macam kak ngah . kak miah , kak siti . abang boy . Belajar rajin2 mak nak tengok kau masuk u"

Entah la...

Tuesday 17 May 2011

balloon



kawan ibarat sebuah balloon
jika kte melepaskan die pergi die tidak
akan kembali lagi
so saya akan ikat kamu di hati
supaya saya tidak kehilangan kamu ..hehe..

Monday 16 May 2011

kembali ke sekolah

ha... hari ni aku melangkah semula ke sekolah yang dah lama aku tinggalkan . Thanks la kepada asmira sebab call and ajak kte ke sekolah yang banyak menyimpan memori yang indah . Best , lagi pulak hari ni kan hari guru so semua cikgu free . Dapat la berbual dengan cikgu and wish .

asmira and syeeren


c.salimah , c.kaw, c.koh

Kteorang ronda2 sek and salam2 dengan cikgu . Yang paling best aku dapat jumpa cikgu kaw sebab selalu nye aku pergi sek mesti tak jumpa cikgu ni ... always busy . Aku tanye cikgu "cikgu ingat saya lagi tak?" ....and cikgu jawab "mesti la saya ingat awak selalu tanye addmt , berulang2 kali saya terangkan awak tak faham2" ...hehe ... Betul la tu . Aku memang lambat faham . Kadang2 tu aku kesian dekat cikgu sebab terpaksa menerangkan perkara yang sama je , tapi cikgu ni sangat penyabar . Cikgu akan terangkan sampai la aku faham . Pernah sekali tu aku tahan cikgu drpd balik semata-mata nak tanye soalan . Cikgu marah kejab je tapi lepas tu cikgu terangkan juga . Time spm tu aku janji nak dapat A untuk addmt sebagai hadiah untuk cikgu and alhamdulillah aku dapat .

Tapi time dekat sekolah tu ada la perkara yang membuatkan aku malu . Bukan apa ada cikgu ngadu dekat aku fasal perangai adik aku dekat sekolah . Die bukan nye jahat or nakal tapi perangai die tu je . "awak dengan adik awak sangat jauh berbeza . Awak pendiam tapi adik awak tu ...." . Bukan sorang cikgu yang cakap macam tu tapi dah ramai . Bila cikgu cakap macam tu aku bukan rasa bangga sebalik nye aku rasa kasihan dengan adik aku tu  . Die selalu dibanding-bandingkan dengan aku tapi bukan juga salah cikgu .

perlawanan bola jaring antara cikgu

cikgu razana

Tengok betapa sempoi nye aku . Orang lain pergi sekolah pakai baju cantik2 tapi aku just pakai baju koko kmns je ....hehe...dah terbiasa dekat matrik macam tu nak buat macam mana ...hehe...


Time nak balik tu kteorang jumpa kawan2 lama ni . Aku pun dah tak ingat nama dieorang tapi dieorang still ingat nama aku .....terharu nye ...


Sabtu lepas mak ayah aku ada pergi sebuah sekolah sebab dapat tender dekat sekolah tu . Mak aku cerita la "cantik sek tu ....library besar ... dataran perhimpunan pun besar ...." .Lepas mak aku cerita2 tu aku pun cakap dalam hati ...walaupun sek aku tu bukan sekolah harapan ...bukan sekolah cemerlang ...bukan juga sek pemantauan khas ... tapi di sek yang "cemerlang" dengan rekod disiplin tu la yang berjaya membentuk aku menjadi "orang" ...

terima kasih cikgu

Hari ni tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi semua cikgu . Sepanjang 19 tahun aku hidup dah banyak guru yang telah memberi ilmu kepada aku . Tanpa guru otak kecil aku ni kosong . Guru telah banyak menumpahkan jasa kepada insan kerdil ni . SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu2 ... c. latifah (sek rendah) , c. syukor (sek rendah) , c. ain (sek rendah) , c. ruzila (sek rendah) , c. wan (sek men) , c. razana (sek men) , c. koh (sek men) , c. yati (sek men) , c. salmiah (akak aku) and semua cikgu . Kepada kawan2 yang pernah ajar kte tu , korang pun cikgu bagi kte . So selamat hari guru juga la kepada eja , tiqa , amira abas , ekin , awe ....hehe ...

Guru bukan la seorang insan yang dijari nye sentiasa terselit sebatang kapur ... guru juga bukan la seorang insan yang sentiasa membimbit buku teks di tangan nye ... guru juga bukan la seorang insan yang berdiri di dalam bilik darjah untuk beberapa ketika ... tetapi setiap insan yang memberi kte ilmu itulah guru ... bukan hanya ilmu buku tetapi juga ilmu yang di luar sempadan buku ... ilmu kehidupan .. ibu bapa adalah guru ... adik-beradik adalah guru ... rakan juga adalah guru ... bahkan pengemis di jalanan juga adalah guru ... kerana setiap insan itu mempunyai ilmu yang boleh dikongsi bersama ....

Terima kasih cikgu ...


cikgu yati
oh ... lupa pulak nak wish good luck kpd tiqa , hari ni awak start kerja kan ? Kerja elok2 jangan lawan cakap boss ...hehe ...[pandai la kasi nasihat dekat orang diri sendiri tak nak kerja ...hehe ..]

dah tua ...

Happy birthday kepada adik aku sorang ni . Hari ni genap la usia die 17 tahun . Dah besar rupa nye .So orang harap awak bahagia selalu and jangan la terlalu matang sangat ... ok ... hehe...

Sunday 15 May 2011

glamor ke

Pagi tadi adik and papa keluar pergi beli sarapan . And bila adik aku balik die cerita time die beli paper dekat stesen minyak tu ada orang tegur die  "eh awak adik kak ya [nama panggilan aku time sek] ye ?" .  Adik cerita la dekat papa "kte popular kan papa semua orang kenal kte" . Lepas tu ayah aku balas "bukan awak yang popular tapi akak awak tu" ...hehe ...Adik aku selalu juga cerita cikgu2 dekat sek tu selalu tanya die "awak ni adik mira ye?" ... "kak ya tu akak awak ye ?" ..hehe...Sebab tu la adik aku kata dekat sekolah die popular sebab ramai cikgu kenal die . Die patut berterima kasih dekat akak die ni ....hehe.. Ini lah salah satu kelebihan jika kte baik dengan cikgu .. rajin menolong cikgu ... hehe ...[macam puji diri sendiri je ...hehe...] ..Aku bersyukur cikgu2 masih ingat aku ....

Wednesday 11 May 2011

lafazkan

Post aku kali ni tak ada kaitan dengan sesiapa pun and aku nak minta maaf dulu la takut2 ada yang terasa nanti . Aku just nak berkongsi pendapat aku and beberapa soalan yang masih terbuku di otak kecil aku ni .

Susah ke nak melafazkan rasa sayang kepada kawan ???

Sekali lagi aku tegaskan perkara ni tiada kaitan dengan sesiapa pun atau aku sendiri . Bukan apa seumur hidup aku , aku dah banyak tengok cerita yang berkisar fasal sahabat and kawan nye tu sangat payah untuk cakap yang die sayang dekat kawan2 die .

Aku tertanya2 kenapa ada orang yang sangat mudah melafazkan kata sayang kepada kekasih walaupun baru beberapa hari kenal tapi payah untuk melakukan perkara yang sama kepada kawan yang dah bertahun jumpa . Adakah kerana kawan tidak sebaik kekasih nye tu ? Jika kawan tu tidak setanding dengan kekasih kenapa bila gaduh dengan kekasih or ada masalah peribadi die still cari kawan ?Adakah kawan tu tidak sebest kekasih ?



Adakah kawan tidak mempunyai hak yang sama ? Cuba fikir sejenak ....Siapa yang anda cari ketika anda ada masalah family ? Siapa yang anda cari ketika anda ada masalah dengan kawan ? Siapa yang anda cari ketika anda tidak cemerlang dalam test ? Jika orang yang anda cari tu kekasih ok ... Tapi jika orang yang anda cari ketika itu adalah kawan and anda tak pernah cakap yang anda sayang dekat die ... Pergi la lafazkan nye dengan segera atau anda akan menyesal .

Bukan aku orang yang anti-kekasih . Aku juga pernah melalui zaman itu . Walaupun time tu aku ada ***** tapi aku stilll cari kawan . Kerana bagi aku walaupun die memahami diri aku tapi kawan juga yang terbaik . Aku pernah rasa menyesal kerana tak pernah cakap sayang dekat kawan yang aku anggap teman sejati sampai la die pindah sek and sekarang ni dah hilang jejak . Padahal die selalu cakap sayang kepada aku .



Anda rasa geli nak cakap sayang kepada kawan ? Jika itu yang anda rasa bermakna anda berkawan dengan die hanya pada masa senang and bila kawan anda tu susah anda akan tinggalkan nye ? Betul ?? Kalau tak kte minta maaf ....

Percaya la perkataan keramat "i love you" ..."i miss you" bukan hanya boleh membuatkan kekasih anda bahagia tetapi juga mampu membuatkan kawan tersenyum bukan untuk seminit , bukan untuk sehari , bukan juga setahun , ... tapi untuk selama-lama nye kerana die tau yang die mempunyai sahabat sejati ...

Aku sayang semua kawan2 aku .... tiqa , ain , tia , yam , syai , mira abas , kak as , awe , ain , adah , yusra , e-ja , yan , peqa , fifi , farahin , lela , asmira ......and semua nye ......kawan untuk selamanya ......  :)







e-ja


yan

langit kmns

Melihat awan merupakan hobi aku time study dekat matrik . Ni pun sebab kak as yang ajar . Sangat seronok kalau petang2 dapt duduk dekat bukit sambil melihat matahari terbenam . Lagi best kalau dah senja angin bertiup sepoi2 je and kalau surau or blok dah pasang kaset ayat al-Quran lagi best sayup je dengar . Kadang2 tu aku lepak dengan geng berlima aku tu or dengan tiqa or syai .



Bila kte melihat awan tu bergerak kte rasa tenang sangat . Rasa segala masalah yang bersarang dekat minda ni hilang untuk seketika . Almaklum la kehidupan dekat matrik ni tak sunyi dari masalah . Kadang2 tu masalah dengan kawan kalau tak pun dengan pelajaraan . And ada satu masa tu aku tak boleh sangat kawal emosi aku sampai aku termarah cikgu sya . Sorry cikgu ...



Hidup dekat matrik banyak mengajar aku cara mengendalikan masalah . Jika time sek tu aku rasa aku la orang yang paling hebat sebab dapat setelkan masalah tanpa bantuan orang  tapi bila dekat matrik baru aku tau tak semua masalah aku dapat selesaikan sendiri . Tapi aku merupakan orang yang sangat payah untuk berkongsi masalah and aku tak pernah sekalipun ceritakkan masalah aku dekat roommate . Cuma ada sorang je sahabat yang aku boleh meluahkan masalah aku . Tu pun kadang2 yang aku cerita tu bukan masalah utama aku . Bukan apa aku tak mau die turut merasai apa yang sedang aku alami . Aku sanggup merasa sedih dengan masalah yang menimpa kawan aku tapi aku tak suka sahabat aku turut berasa sedih dengan masalah aku . Aku lebih rela tanggung sendiri asalkan sahabat aku terus tersenyum . Bukan ke membahagiakan orang tu lebih best ...



Kalau malam2 tu aku suka duduk dekat kaki lima depan tangga tengah blok . Seronok dapat ambil udara malam . Dekat situ juga la pot aku untuk call mak ayah aku . Malas nak call dekat dalam bilik nanti ada je background music " alahai lembut nye suara macam cakap dengan pakwe" ...And lagi satu tak de la terkantoi kalau2 lepas call tu nanges .. hehe ... Entah la bila call mak ayah je mesti rasa sayu . Selalu juga la aku terbayang time aku call tu mak ayah aku muncul dari phone ..ye la selama 17 tahun jadi anak manje tetiba jauh dari family ... mau tak sedih ...



And ada satu masa tu aku rasa sunyi sangat .... sangat sunyi ... Walaupun aku ada roommate yang always happy , kawan yang ramai , tapi aku rasa macam aku sorang2 . Tak ada kawan nak diajak berborak . Masalah tu berlarutan sampai 2 minggu . Memang time tu aku tak de mood , nak pandang muka kawan pun aku rasa malas . Aku rasa dieorang tu hanya kawan untuk gelak je . Ada sahabat aku yang perasan perubahan aku tu lalu die pun berikan la nasihat yang percuma . "kadang2 tu kte tak boleh harap yang orang akan beri apa yang kte nak ...kadang2 tu kte yang perlu memberi ...kalau kte tak memberi macam mana kte nak menerima ... kawan sentiasa ada di sekeliling kte ..."



Time dekat matrik tu kawan adalah segala-gala nye .Mereka la ibu mereka la bapa mereka juga la adik-beradik . Kalau tak ada kawan memang aku jadi giler . Sebab nye di matrik tu setiap hembusan nafas kte tu akan diselami dengan masalah . Sebab tu la kalau ada masalah aku suka duduk dekat bukit . Kalau lepak sorang2 tu mesti nanges [sikit2 nanges...hehe] .

Kepada student matrik especially warga blok C kalau korang tak pernah lepak dekat bukit tu korang adalah manusia yang paling rugi . Nikmat tidur petang2 dekat bilik tak setanding dengan nikmat melihat matahari terbenam di langit kmns .


Gambar yang dekat atas ni adalah gambar sehari sebelum habis matrik . Gambar langit kmns terakhir yang aku ambil . Time ni aku ngan tiqa keluar bilik seawal 6.30 pagi semata-mata mahu melihat matahari terbit . Itu la kali pertama and kali terakhir aku melihat matahari terbit di bumi kmns .....

Thursday 5 May 2011

terharu...

Kte tengah terharu ni .....hehe... bukan apa tadi syira ketua aras kte call ...engg.... biasala rindu hehe ... tak sangka ni.... thanks la syira call lepas rindu nak dengar suara ketua aras kte ni yang selalu cover kesalahan yang dibuat oleh anak buah die ni ...hehe..

Yang diri pakai tudung coklat tu la syira

berlima


Inilah geng berlima aku . Kak asa , awe , tiqa , and ain . Kteorang memang rapat sejak awal lagi terutama sekali awe . Lepas tu baru di susuli dengan kak as , ain and tiqa . Kteorang macam belangkas [betul ke .. entam je la] . Kemana pergi semua nye sama2 . Dalam kuliah duduk sebelah menyebelah dalam lab and tutor pun sama .


baik nye pakai card matrik



Dieorang ni semua kepala giler2 . Kalau semua ada lagi haru dibuat nye . Happy memanjang . Dieorang juga la tempat aku meluahkan segala masalah . Pernah sekali tu aku lari pergi bilik kak as malam2 sebab gaduh dengan roommate .Memang bilik kak as tu tempat mengadu masalah ...hehe... Kalau aku bosan ke aku pergi la bilik kak as . Baring2 cerita2....Bilik kak asa ada nama panggilan nye .... bilik untuk tidur ....sebab sape yang masuk bilik tu mesti rasa ngantuk and akhir nye tidur [terutama sekali tiqa and syura ..hehe]





Pernah satu malam tu sebelum tidur [dekat bilik kak as] kteorang buat sesi luahan perasaan . Time tu cuma ada aku , awe and kak as [tiqa pergi dinner and ain tak join] . Ada la yang dieorang tak puas hati dekat aku and aku pun ada juga yang tak puas hati dengan dieorang . Adat la tu mana ada manusia yang perfect . Cuma yang aku terharu adalah rupa2 kak as and awe sangat ambil berat fasal aku . ..hehe ...thanks la ye ....And malam tu juga aku ngaku dekat kak as sape lelaki yang aku suka dekat matrik tu ...hehe...





Dieorang banyak mengajar aku untuk jadi matang ...Apa yang dieorang buat ??? And apa aktiviti yang selalu kteorang buat ??? ?Nanti la aku share ....







Tuesday 3 May 2011

Ponteng assembly

Tadi aku tengok video budak aras aku fasal kteorang ponteng assembly restu ilmu . So aku pun nak rakam la kenangan ni dalam bentuk tulisan . Kejadian ni pada 5 April 2011 hari Selasa time study weak . Aku memang tau hari tu ada assembly tapi malas nak pergi sebab semua roommate aku tak nak pergi [ kecuali Yam ] and Cikgu Sya [ lecturer physics ] aku pun tak menggalakkan aku pergi .



So hari tu aku pun bangun lambat tapi time Yam tengah siap2 tu aku sedar cuma malas nak bangun . Tengok Ain dengan Tia masih tidur so aku sambung la tidur . Aku terjaga dalam pukul 8 lebih . Bangun terus pergi mandi sebab nak pergi cafe [ perut dah lapar ] . Time aku tengah gosok baju tu la budak aras aku jerit " Cik Na balik !!" Apa lagi aku terus off iron masuk bilik kunci pintu tutup kipas and baring la diam2 .

"Warga C3 dengar sini felo awak bercakap [ tu la treadmark die ] sape yang tidur tu bangun . Pergi perhimpunan . Orang buat majlis untuk die tapi die tak pergi " ...Takut giler dengar suara Cik Na . Bunyi derapan kasut die mampu menggugurkan jantung . Time Cik Na pusing and ketuk tombol pintu bilik aku , hanya tuhan je yang tau perasaan nye ..Berderau darah . Ain suruh duduk diam2 and aku lepas tu aku pun dah tak takut . Lagi pun ni bukan kali pertama aku ponteng majlis . Sebelum ni aku ada ponteng taklimat dari pihak u and taklimat fasal kakom .


bukti kteorang kelam kabut

 Suasana dekat bilik aku aman je.. ain , tia and aku cool je tapi dekat bilik lain macam2 reaksi . Yang ain [bilik 10] dengan linda dah lama lari . Time dieorang lari tu Cik Na perasan apa lagi menjerit la Cik Na ..." yang dekat sana tu apa lagi tergedek2 ah"...Lepas tu nak tau dieorang pergi mana ?? Sembunyi dekat toilet cafe C . Cik Midah [owner] yang suruh . Yang Syira pergi sembunyi dekat belakang bilik Syai . Bila makcik cleaner nampak baru la die lari masuk bilik temankan Mira .

Dekat bilik 9 lagi haru . Syai dengan Ekin memang nak pergi assembly siap on alarm lagi . Tapi entah macam mana terlajak . Ekin sampai menangis sebab takut [ almaklumla budak baik ] . Untuk meredakan rasa takut Syai message ain [ ain kan penyelamat hehe...] . Antara masej yang Ain hantar ... "Duduk dalam bilik diam2" ..."Kalau berani mati jom la keluar" ....


ekin

Kteorang siap juga pakaila baju yang tak bergosok tudung yang ronyok tu sebab takut Cik Na ada kunci pendua and Ain  ajak kteorang supaya keluar je . Tapi bagi aku kalau nak buat jahat biar betul2 jahat and akhir nye kteorang tak pergi . Bila dengar je budak dah balik rasa lega giler...

Walupun kteorang buat perkara jahat , tapi pengalaman yang kteorang dapat sangat best . Jika kte hanya baik je kte tak akan dapat rasa pengalaman buat benda jahat [ jangan la buat selalu ] . Kte hidup kan nak rasa semua benda . Tapi aku ada satu kelebihan ... payah nak takut ...cool je hehe ...mugkin tu la kelebihan nama 'Amirah [ yang amat bahagia ...hehe ]....

Hadiah

Aku nak share hadiah yang aku dapat time matrik . Ada yang aku dapat time birthday and ada juga time hari last matrik ..Aku sangat menghargai semua hadiah tu . Bagi aku hadiah bukan dinilai dari harga or rupa bentuk nye tapi dinilai dari segi nilai nye ..


Mug ni ain yang bagi time birthday aku . Mug ni berserta dengan surat . Apa kandungan nye ?? Adalah ... rahsia ..Paling tidak pun mesti ada perkataan "Mira baik" hehe..

Button McD ni Tiqa bagi time hari last matrik . Tiqa kata die sayang giler dekat button ni and pernah ada sorang budak nak button ni tapi die tak bagi ..ishh..ishh..

Yang ni pulak Syai bagi bersemperna hari jadi aku


Binatang yang masih belum diketahui identiti nye ni pun Syai bagi time malam last dekat matrik . Aku dah puas cuba ambil gambar binatang ni dari pelbagai sudut tapi still tak jelas bentuk nye ...Faham2 kan sendiri la

Yang ni Adah [classmate] bagi . Yang ni pun time birthday aku . Yang special fasal buku ni ialah .. ni adalah hadiah yang pertama yang aku dapat time dekat matrik .. Time2 last matrik aku suruh roommate , Syai , Ekin and Tiqa tulis apa2 je dekat dalam buku tu . Apa yang dieorang tulis ?? Macam2 ... Bila baca balik kelakar terutama sekali Ain punya .. Orang suruh tulis fasal diri die ..tapi die tulis fasal mak ayah die ...sabar je le..





Hadiah tabung yang macam ultraman tu dengan frame ni Yam yang bagi time birthday aku .Aku selalu juga la menabung . hehe..Kalau balik dari kafe tengok ada duit seringgit ke syilling ke dalam poket aku terus masuk dalam tabung ...or kadang2 tu ada orang marah letak duit bersepah2 [sape la tu] aku masuk je duit tu dalam tabung.Kadang2 tu kalau kering duit syilling nak basuh baju korek juga la tapi tak kerap dua tiga kali je buat macam tu ..hehe.. Hari kedua sebelum habis matrik , aku suruh Ain dengan Tia kira kan duit yang ada dekat dalam tabung tu . Almaklum la dah berat . Banyak juga la . Lepas la nak beli jam Casio ..hehe..


Hadiah yang ni Yusra bagi time tukar2 hadiah dekat PD tapi aku dapat lambat [special case]..

Monday 2 May 2011

syurga dunia

Tadi aku buka fb tengok ramai yang komen gambar yang aku upload . So tetiba pula rasa nak komen gambar dekat blog tittle aku ni . Gambar ni aku ambil pada 20.3.2011 jam 9.25 am . Time ni aku , Tiqa , and Kak As baru belajar main tenis . Bagi aku gambar ni ada maksud yang tersirat .


Gambar ni menunjukkan court tenis yang kosong tak ada sorang pun dekat situ . Cuba kte fikir boleh ke kte main tenis tanpa kawan ? Jawapan nye pastilah tidak .Syarat untuk main tenis mestilah kena ada pasangan .Walaupun kte dah ada peralatan yang cukup ..ada raket yang mahal ada bola yang bagus and court yang sempurna tapi kte still tak boleh main tenis tanpa kawan .

Begitu juga hidup ni . Jika kte dah ada family yang bahagia , poket yang sentiasa penuh , kekasih yang penyayang[kalau ada la ] , tapi still hidup kte tak lengkap jika tiada kawan .Kawan bukan hanya orang yang kte cari time susah tapi kawan yang sentiasa ada tanpa mengira waktu . Bagi aku seseorang itu telah mengecapi sebahagian syurga dunia sekiranya dia memiliki sahabat baik .

Atiqah pernah cakap dekat aku ..."kadang2 kte fikir kte mampu jaga diri kte sendiri tapi sebenar nye kte memerlukan kawan untuk menjaga kte"...Sebab itulah kte dilahirkan dalam keluarga yang ada ayah ibu ada adik beradik and sekolah yang ada ramai kawan . Apa function dieorang ni ? Dieorang ni la yang akan ada time kte susah .

Bila kte ditimpa masalah kte selalu mengeluh kan ..Tapi pernah tak kte lihat di sebalik masalah tu . Time kte ada masalah la kte boleh menilai siapa kawan kte yang sebenarnya  .. Siapa yang still berada dekat sisi kte and siapa yang lari daripada kte .. Siapa kawan yang sanggup susah senang dengan kte

Perkara ni aku dah alami sendiri .Time aku senang , time aku dapat markah tertinggi dalam test , time aku diangkat jadi tokoh pelajar , keliling aku semua nye kawan .Tapi bila  masa aku di bawah cuma beberapa orang yang masih berada di sebelah aku memberi kata perangsang untuk aku bangun.

Sebab itulah bila aku sedar ada orang yang setia dengan aku tanpa mengira situasi aku akan sayang die sampai bila2 . Bagi aku memiliki sahabat terbaik adalah suatu nikmat yang tidak terucap . Sekali aku cakap orang tu sahabat aku maka die lah sahabat aku dunia dan akhirat ..Sahabat adalah syurga duniaku...











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...