Wednesday 22 August 2012

selamat hari raya :)

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :)

dah empat hari raya baru nak wish kan , tapi tak pe still raya kan . maaf zahir batin kepada kawan kawan atas segala salah silap , terkasar bahasa , terlebih gurau . and maaf juga kat kawan kawan yang tak dapat beraya kat rumah , sorry sangat sangat .

raya tahun ni agak kelam kabut and tak berapa perfect . sehari sebelum raya sepatut nya mak and adik kena prepare bahan bahan untuk juadah hari raya , ayah siapkan baju raya and saya kena cat rumah . tapi sehari sebelum raya tu anak sedara ayah meninggal dunia and nenek pula sakit . so kena la pergi ziarah kat mersing yang hujung tanjung tu . balik rumah dah petang so masa untuk buat segala benda dah singkat . esok pagi nye nak balik kampung pula . mengikut perancangan awal nak balik kampung pada  dua raya sebab banyak lagi benda kena buat kat rumah tapi nenek sakit kan . so hasil daripada keadaan kelam kabut itu : mak just masak sambal kacang , ayam goreng ngan sambal goreng . dinding rumah pula bercapuk capuk sebab tak berecat and baju raya ayah siap selepas sembahyang raya :) 

after all ... raya tetap best and meriah . 
pagi raya kat rumah , tiga hari kat kampung and lepas tu ...... naik kerja balik :)






















Sunday 12 August 2012

kenapa makan guna tangan

dari kecil lagi saya dah makan guna sudu yang sememangnya suatu amalan yang janggal dalam budaya orang melayu . dalam family hanya saya ngan ayah je yang makan guna sudu . selalu juga kawan kawan mentertawakan  , pelik , ada yang kata nak belagak macam budak bandar la , dan tak kurang juga yang melarang makan guna sudu . persoalan nye kenapa kebanyakan orang melayu lihat makan guna sudu itu suatu cara yang pelik ? tapi mungkin sebab saya di besarkan kat bandar so saya lihat makan guna sudu bukan sesuatu yang pelik . tapi bila balik kampung je time makan saya kan dilihat pelik . 

ada satu cerita yang saya dapat  kat blog orang lain sebab mengapa orang melayu makan guna tangan ...


Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? 

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya"Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes. 

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang 
kebetulan duduk di sisinya.  Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  "Kenapa anda makan dengan tangan ? 
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada  tiga sebab:Pertama:  Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab 
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain.  Sudu dan garfu itu 
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya 
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah 
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya 
terlopong.  Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... 

sejujur nye bila baca cerita ni memang terasa sangat ... hehe especially part kebersihan tu . kalau sudu yang kat rumah tu memang conform bersih sebab mak yang basuh tapi kalau sudu yang kat kedia tu ?
tapi disebabkan dah jadi tabiat so susah dah ubah . bagi sesiapa yang suka makan guna tangan tu terus kan dengan amalan tu sebab tangan ada enzim RNAse yang dapat merendahkan tahap bakteria .


saya tetap makan guna sudu walau apa orang kata .... haha :)

Friday 10 August 2012

saya tak layak

kadang kala kita perlu menerima hakikat siapa kita
dan kita perlu berpijak di bumi yang nyata
walaupun pahit

Wednesday 8 August 2012

teruskan usaha :)

apabila anda gagal mencapai apa yang anda hajatkan , berdiri lah di hadapan cermin, senyum :) dan berkata pada diri sendiri .... kegagalan ini merupakan satu tapak kepada kejayaan yang gemilang pada masa depan 

ramai yang berkata apabila kita gagal tu bermakna kita tak de rezeki , tapi bagi saya bukan tiada rezeki tetapi Allah telah menetapkan suatu yang lebih hebat cuma tidak tahu bila kita akan memiliki nya. 

orang yang selalu jatuh tetapi kembali bangun mempunyai lebih banyak ilmu berbanding orang yang sentiasa berjaya.

bersyukur dengan apa yang telah dimiliki dan pada yang sama terus berusaha memperbaiki kehidupan ....


Saturday 4 August 2012

saya

saya seorang yang kuat kerana setiap kali jatuh saya mampu bangun semula , mampu hadapi ketakutan , mampu mengatasi kata cacian orang , dan kerana kekuatan itulah yang mencorakkan diri saya pada hari ini.


saya tidak pernah ambil kisah cakap cakap orang tentang diri saya kerana saya seorang yang amat percaya kepada diri saya sendiri :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...