Monday 26 March 2012

himpunan cinta

kamu boleh memberi tanpa menyanyangi
tapi kamu tidak mampu menyanyangi tanpa memberi


cintailah insan yang berasa disekeliling anda
selagi anda mampu untuk mencintai


mereka tidak akan mencintai anda
selagi anda tidak mencintai mereka


cinta merupakan kunci utama kepada
kebahagiaan


cinta adalah
kemaafan yang tiada sempadan


cintailah antara satu sama lain dan anda akan bahagia
ia kelihatan mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan




Sunday 25 March 2012

zaman kanak kanak

Zaman kanak kanak saya bosan ?

1. tak pandai main tingting
2. tak tau main guli
3. tak tau main gasing
4. tak tau main layang layang
5. tak pernah main lecak or lumpur
6. tak pernah main kat dalam parit
7. tak pernah panjat pokok
8. tak tau main batu seremban
9. tak pernah main kat semak
10. tak pernah main baling selipar

and banyak lagi permainan kanak kanak yang aku tak pernah and tak tahu. and adakah sebab semua senarai kat atas aku  tak tahu membolehkan aku tersenarai dalam golongan  zaman kanak kanak yang membosankan ? 

saya sedikit pun tak kisah apatah lagi nak kecil hati bila orang cakap zaman kanak kanak saya amat membosankan . setelah difikirkan selama 10 hari sepuluh malam , akhirnya saya telah menemui jawapan kenapa zaman kanak kanak saya berbeza daripada orang lain . 

first , saya tinggal kat bandar yang sekelilingnya batu . tak de semak , tak de paya , tak de parit , tak de sungai , and tak de macam macam lagi benda yang ada kat kampung . yang ada hanyalah rumah . so masa saya banyak habis kat dalam rumah . 

second , saya tak de kawan sejiran . yang ada cuma diba ngan yaya tu pun jumpa dieorang time saya tinggal kat rumah mak (mak angkat) time siang . bila balik rumah sendiri dah tak de kawan nak main . 

third , waktu petang saya sentiasa terisi dengan perkara perkara ilmiah . time umur 1 hingga 6 , sharp pukul 4.30 petang lepas ayah balik kerja saya kena baca buku . start darjah satu pula malam malam kena gi tuition.

seterusnya , saya dah dibiasakan dari kecik main mainan macam uno , carrom , dam ular , toy car and main moden lain . mak ayah tak pernah ajar main mainan traditional (kecuali congkak) . 

kehidupan saya sentiasa ditemani oleh mak ayah , even nak main kat luar rumah pun kena tunggu ayah balik dari kerja , selagi ayah tak balik selagi tu la duduk kat dalam rumah . nak gi kedai yang sekangkang kera  tu pun kena sembunyi sembunyi takut ayah tahu .  bila cerita hal ni kat kawan ramai yang kata saya kena kongkong tapi bagi saya tak . ayah pasti ada alasan yang kukuh kenapa dia buat macam tu . and bagi saya satu alasan yang sangat kukuh adalah time umur 3 or 4 (tak berapa pasti) , saya pernah hilang selama beberapa jam (maybe 5) kat holiday plaza kat jb . time tu just saya ngan ayah . and satu fakta yang orang tak pernah tahu ialah sejak dari peristiwa tu sehingga la saya berumur 12 tahun ayah akan pimpin tangan saya setiap kali keluar berjalan (mungkin ayah sangat trauma ngan kejadian tu kot) . and mungkin sebab tu juga ayah tak bagi main kat luar rumah tanpa ayah , takut kena culik . (ada lagi satu peristiwa yang hampir hampir menyebabkan mak ayah kehilangan saya buat selama lamanya)

walaupun zaman kanak kanak saya tak se best orang lain , tapi saya tetap rasa yang zaman kanak kanak saya indah . walaupun saya tak de kawan sepermainan , tapi saya sentiasa ada mak ayah :)


Monday 19 March 2012

maaf

kemaafan itu adalah suatu perkara yang indah dan saya telah lama melupakan hakikat ini . selama ini saya lemas dalam kebenciaan yang saya cipta sendiri dan mengkaburkan perkara yang jelas .

adat hidup tiada seorang pun yang terlepas daripada melakukan kesilapan dan sebagai manusia biasa juga kita perlu memaafkan setiap kesalahan yang orang lain lakukan.

murahkan diri dengan kemaafan kerana dengan itu hati akan menjadi tenang dan terima kasih kepada yang telah menyedarkan saya tentang hakikat ini

Sunday 18 March 2012

saya dah penat membenci awak 
dan saya sudah terlalu penat mencuba untuk berhenti membenci awak . 



*tiada kaitan ngan sesiapa 

Saturday 17 March 2012

ikhlas

saya tidak memerlukan seorang dean list untuk dijadikan kawan tetapi saya hanya memerlukan seorang yang mempunyai keikhlasan untuk dijadikan kawan kerana keikhlasan itu menjanjikan sebuah kebahagian .

Friday 9 March 2012

....

siapakah yang lebih mulai
dari mereka yang tidak lupa
janji Allah adalah kepastian
dan nikmat syurga adalah indah

Sunday 4 March 2012

anda tidak mengetahuinya

Jika anda tanya saya kenapa dia menjauhkan diri daripada saya , saya tidak mengetahui jawapannya
Tetapi jika anda bertanya kepada saya kenapa saya menjauhkan diri daripada dia , saya mengetahui jawapannya 
tapi biarlah hanya saya mengetahuinya , tidak perlu bertanya soalan yang sama berulang kali

dan anda perlu tahu satu perkara , saya seorang yang sukar untuk memaafkan orang (walaupun itu bukan suatu perkara yang baik) .... tetapi itu lah hakikatnya ....

...

takkan terasa manisnya hidup
andai tak di lambung gelora 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...