Saturday, 23 August 2014

journey to success

ok time kemas bilik time balik dari u tu dok la belek belek fail2 lama kat rak buku dalam bilik. aku memang seorang yang penyimpan. semua barang sekolah kertas kertas buku referance aku simpan ngan cantik and tersusun. tapi banyak gak la yang dah buang and bagi kat orang. just yang betul2 aku sayang je yang still simpan. mana tak nye rak buku sebesar dinding pun tak muat kan. time matrik orang lain dok buang kertas aku lak dok angkut semua bawak balik. just time u je aku tak simpan ape2. kalau baju je luggage dah 55 kg kan. just nota modern political thought yang aku tulis tangan je yang aku simpan and bawak balik. nota statistic yang aku dok simpan dari sem satu tak dapat bawak balik sebab beg dah penuh. so kena la tinggal kat atas kerusi rumah. sedih rasa hati.

reason utama aku dok menyimpan ni sebab aku terlalu hargai kenangan and bagi aku kenangan tu tak kan repeat balik. so kalau ada benda yang boleh ditengok kan best. 




bukan setakat paper exam, jadual exam spm pun still aku simpan. time free macam time cuti sem aku suka tengok paper exam, nota sebab die mengingatkan zaman kejahilan or ketidakbijaksanaan time sekolah. haha. yes aku bukan budak genius. kawan kawan always dok ejek. and sampai sekarang aku still ingat muka sorang budak perempuan kelas aku time darjah 4. time sekolah kan cikgu akan pangil ke depan ambik paper siap umum markah lak tu. and aku as usual la kan markah rendah. yang budak tu dok jeling aku semacam je. dok ejek2. kteorang satu kelas sampai spm and die tak berape nak berjaya. so moral of story jangan kutuk orang sebab kte sendiri tak tau nasib kte.

time kem kat pusa tu aku cerita pengalaman aku time sekolah sebagai bukti kat budak budak yang kejayaan tu tak semestinya tok orang yang bijak. kalau kte rajin usaha and tawakal insyaallah berjaya.


setiap kali aku tengok fail ni aku akan ketawa. senarai cita cita time sekolah :)










report kad time sekolah rendah. time darjah 4 dapat no second last sebab fail bi. and time darjah 5 cikgu kata aku kurang keupayaan berfikir haha. 





aku memang tak pandai dalam subjek mat bi sciences. aku turun kelas  time darjah 6 pun sebab fail bi. and sciences upsr yang kacang tu pun aku tak faham2. thanks sangat sangat kat cikgu ruzila yang dok mengajar. finally aku faham jugak sciences tu ape. and time exam percubaan upsr aku dapat 90%. dah bangga giler la. tapi yang paling best aku pernah jawab soalan cikgu ruzila ngan betul and satu kelas jawab salah. part yang best bila satu kelas kena ketuk ketampi 35 kali and aku just tengok sambil ketawa cover2 haha.

selesai sekolah rendah. orang lain dok sambung belajar kat sekolah pandai aku lak tak dapat offer pi mana2. result ok tapi takde rezeki. memang sedih. last2 aku sekolah kat sekolah belakang rumah. sekolah yang dilabel sekolah budak bodoh. 







legasi sekolah rendah disambung ke sekolah menengah. haha bukan legasi baik tapi kesinambungan ketidakpandaian dalam sciences ngan bi. time form 3 exam setara johor aku fail sciences. paper 2 just dapat 9 per 60. kena marah ngan cikgu dalam kelas depan kawan kawan. bengang tak yah cerita la. sampai sekarang aku still ingat tiap patah perkataan cikgu. awak ni mira jawab soalan macam orang tak pernah belajar. awak tipu saya kan awak kata awak study tapi sebenarnya awak tak study kan. kalau ikut hati nak nangis je tapi tahan. kawan kawan memang dok jeling semacam je. budak kelas aku memang kawan ngan orang pandai je. sebab tu time sekolah aku tak banyak kawan.






subject lain aku tak de banyak masalah. kalau sejarah tu memang takyah cakap minat giler. tapi bi ngan sciences memang masalah. lepas kena marah aku down. aku fail bukan sebab tak study. keja sekolah aku orang lain dok tiru. 2 bulan lebih aku dok khayal ponteng kelas pi ikut cikgu din hantar pasukan kriket. pi kem. keja sekolah tak buat. pi tolong cikgu dengan niat nak ponteng kelas. tapi last last aku fikir balik and finally aku ok balik. tok mudah kan aku faham aku buat nota sendiri.  nota ni  benda yang paling aku sayang. aku ringkas kan everyting. and tema nota ni pink and purple :)

success always demands a greater effort. yup betul kata cikgu. dari E aku dapat A tok sciences time pmr. 

form 4 sambung study kat sekolah yang sama. aku memang tak apply mrsm or asrama penuh. bagi aku sekolah hanya platform or brand. aku nak buktikan aku boleh pandai kat sekolah yang orang label as sekolah budak bodoh. lagipun sekolah aku still taraf sekolah luar bandar. so petang ada kelas tambahan free. untung kan. malam tuition kat tempat lain. 


time spm lagi besaq masalah. physics chem add math bio. fuhh memang struggle betul. aku pandai math tapi add math tak. always fail. setakat dapat 10% tu dah biasa. aku mula faham time pertengahan tahun form 5. tu pun faham chapter 1 form 4 punya. bab function. and bila aku faham bab 1 tu la aku start semangat tok belajar add math. aku always tanya cikgu wong. kena explain sampai sepuluh kali. tu pun kadang2 still tak faham. pernah sampai tahan cikgu kat kereta time nak balik. kalau time kelas aku tak tanya cikgu sendiri akan cari sebab pelik. aku jenis yang tak malu nak tanya. kadang kadang cikgu sampai marah sebab tak faham2 tapi aku still dok kat sebelah cikgu and tanya.



 kalau cikgu dah penat nak explain cikgu akan suruh kawan aku faizah tok explain. aku memang terhutang budi ngan eja. sangat penyabar. kteorang kawan dari tadika ke sekolah rendah and sampai la sekolah menengah. satu kelas satu sekolah. kalau tak faham aku memang cari eja. bukan setakat add math tapi chem physics bio pun tanya eja. kat tuition pun dok tanya. 






time spm aku target nak dapat A tok bi sebab time upsr ngan pmr aku just dapat C. padahal pi tuition bi dari darjah 1 lagi. teacher bagi idea tok aku hafal satu essay and time exam ubah ikut soalan. start dari akhir form 4 aku buat latihan sendiri dari buku latihan yang  aku beli sendiri and buat essay  bagi kat teacher. tiap tiap pagi aku akan pi bilik guru bagi essay and esok pagi ambik balik tok buat correction. kalau dah perfect baru buat soalan yang lain. time tu la aku baru tau yang she tok perempuan and he tok lelaki. selama ni hentam je ikut sesedap rasa. 

ayat bi aku sampai skang pendek2 sebab tu tips tok kurang kan kesalahan grammar. and usaha aku berbaloi. finally dapat A-. and pagi time dapat result tu aku terus cari teacher. yang buat aku terharu ada budak junior cerita kat aku teacher dok cerita and tunjuk essay aku kat dalam kelas dieorang. 


selain usaha doa pun penting tok berjaya. aku bukan budak  surau tapi aku percaya doa sangat penting. setiap kali nak pi exam aku akan baca doa nabi yunus. selain tu, setiap kali lepas solat aku akan baca 
alimul ghaibi wa syahadah
petikan ayat al-Quran. aku tak ingat maksud penuh ayat ni. aku amalkan sejak form 4 and alhamdullillah. baca lepas solat sekurang-kurang nya tiga kali. ikut kesempatan masa yang ada. and time exam kalau lupa ape yang kte baca pun boleh baca ayat ni. 

memang susah nak berjaya. aku always gagal and aku akan bangun tok berjaya. aku tak pernah compete ngan orang lain. aku compete ngan diri sendiri. aku percaya aku boleh. walaupun orang always cakap aku tak kan berjaya tapi aku tak pernah kisah. bila aku gagal aku akan always ingat kata kata ayah. buktikan kat orang lain yang awak anak pekerja kilang boleh berjaya. bukan sorang kata aku tak kan berjaya tapi satu taman. just kerana aku bukan dari keluarga yang pandai.

antara tips tok berjaya ialah jangan pernah iri hati ngan kejayaan orang lain. kalau kawan berjaya happy tok die and kalau die tak berjaya doa kan tok die. kejayaan orang lain especially kawan boleh mempengaruhi kita tok ikut berjaya. 

tips lain jangan jemu tok try and try and try. kejayaan always ada ngan orang yang sabar. 

aku belum lagi berjaya sepenuhnya. journey still jauh. ni just a baby step. tapi baby step boleh menghasilkan great success. life bukan tok dapat result yang bagus je.


entri ni memang panjang. and blog ni pun aku sorang je yang baca. dari start aku buat blog lagi aku anggap ni as diari aku :)

Friday, 15 August 2014

...

perkara yang always aku fikir kan or bayangkan time boring kat ofis
.
.
.
.






hahaha
best nye kalau still study. habis kelas, sabtu ahad dok lepas kat katil sambil main game + layan mp3 
memang dah tak ingat kat benda lain. penat baring layan movie lak.
best nye jadi student
:)

Sunday, 3 August 2014

raya 2014

ok actually aku tak nak post tentang raya ni. aku plan nak post tentang experience aku kena hina time sekolah just sebagai motivation tok diri sendiri tapi tak buat2 lagi sebab malas. tapi disebabkan ada permintaan kan so buat la...hahaha

nak buat ayat panjang2 ni pun masalah sebab dah lama tak buat asimen. tatabahasa spelling semua dah tunggang terbalik. tapi blog ni pun takde sape baca so lantak la kan

ok2 cerita raya. raya tahun ni memang tak meriah. sedara mara belah mak ramai yang meninggal tahun ni. so raya belah mak memang tak meriah. mak cik kat tenganu pun tak balik sebab suami die yang kerja kat kuching tu baru baik sakit sebab sakit jantung. nenek pun tak ceria macam selalu.

nak balik kampung belah ayah atok nenek dah lama takde. just ada dua orang mak sedara kat kampung. mak cik pun tak raya sangat sebab anak lelaki die baru meninggal januari lepas. mak cik pun baru nak pulih sebab kemalangan. so tak balik kampung. 

walaupun tak meriah tapi raya tetap raya kan. as usual aku yang kemas rumah. lap slidingdoor lap meja lap kabinet everyting clean and clear. and tahun ni hebat sikit sebab aku lap kipas for the first time kat rumah hahaha. and mak ayah aku alwayas excited kemas rumah. busy tetap busy. as tailor ayah lepas balik sembahyang raya pun still kena jahit baju yang belum siap. 


thanks kepada pencipta monopod and  tripod. takde la susah nak ambik gambaq. kalau tak kena letak camera atas tuperware la kerusi la. 









finally dapat pakai baju raya di pagi hari raya haha. tahun lepas raya ketiga baru dapat sebab tak siap. tahun ni ayah buat dua pasang. raya first warna merah and raya kedua warna oren. and mak dah warning awal2 tahun ni raya takde pakai seluar lagi. kena pakai baju kurung. haha no excuse lagi











kat belakang rumah orang pun boleh selfie


raya kedua kat kampung. busy sebab ada baraan and baru tahun ni la tolong kat dapur. tu pun sebab excited nak tolong ayah buat roti jala. takde gambar satu family pakai baju oren sebab semua busy. just adik je yang dok semangat berselfie


bilik sepah sebab nenek belum datang check lagi hahaha


bila balik kampung mak jadi decision maker. plan dua hari jadi empat hari. ayah pun dah boring kat kampung sampai berselfie ngan pulasan hoho

ok ni je la cerita raya. memang simple je raya tahun ni. balik rumah pi beraya kat shoping complex sebab satu family tak suka pi beraya (kecuali mak)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
maaf salah silap terkasar bahasa perbuatan
kosong kosong :)

Saturday, 21 June 2014

aish mirah2

Aku tak tau dah kenapa ngan aku hari ni. Pi airport punya lah awal tapi hampir2 kena tinggal flight. Padahal dok duduk kat pintu boarding tu. Orang lain dok beratur tapi aku selamba je. Nama kena panggil 2 kali tapi buat bodoh je. Tapi maybe dah rezeki aku tergerak tok pergi kaunter and pramugara tu cakap kapal dah nak gerak. Kalau aku lambat seminit je memang habis la.

And luggage aku lebih 16 kg and satu kg kena charge rm35 so total aku kena bayar rm500 . Tak ke gila tu. So dari 2 beg aku just bawa satu beg je ngan printer and satu lagi tumpang ngan uncle teksi.

Kisah tragis bersambung kat rumah. Dah sampai rumah baru ingat beg yang tinggal tu ada surat ngan buku LI. Aish aku seorang yang perfectionist and aku jarang lupa benda yang penting. Tapi maybe otak dah jam lepas exam , penat angkat beg dari tingkat 3 tu menyebabkan aku blur. So skang ni aku tengah fikir nak solve kan problem yang besar ni before LI start lagi seminggu je lagi. Aish mirah2 nape la awak ni.

First time rasa stress balik rumah.
Mengetahui kebenaran selepas 3 tahun adalah perkara yang sangat menyakitkan
Mungkin aku kena belajar memahami

Wednesday, 7 May 2014

final year, semua student kena buat final year project aka FYP. sometime time budak budak kelas cerita tentang masalah time buat FYP tu aku nak la juga share aku punya problem . tapi baru keluar dua perkataan dah kena potong, mira tak pe la FYP conform dapat A,... mira kan anak sir and blablabla. ok, yes thanks atas pujian tu and bagi aku tu satu doa, but aku pun ada problem gak. and aku berusaha bukan aku dok ambik hati  lecturer.  nak dapat pujian bukan nye senang especially from lecturer yang tersangat perfect. bab 1 aku 3 kali kena reject, bab 2 pun lepas banyak  kali baru approve, questionier lagi la tak terkira berapa kali kena reject. skang aku ada problem yang sangat besat tok bab analisis. dah dua kali hantar and kena reject.  malam tadi sampai mengalir air mata buat  analisis (hahaha ayat sejak buat FYP ni kan memang hebat, but its true). tapi jangan risau mirah boleh menghadapi segala cabaran dan dugaan kan (fuyo memang impact besar supervisor ngan sir, ayat makin hebat). and hopefully next week aku dapat submit without kena hentam ngan teruk macam minggu ni. problem FYP ni apa la sangat kan. orang lain ada problem lagi besar. so sabar je la :)

Sunday, 30 March 2014

please jadi pembersih

aku tak sure la budak budak yang masuk u ni based on ape. rasa nye depa ni just ada otak yang genius je tapi part yang lain tak. umur dah lebih 20 tahun tapi still perangai macam budak yang 1 tahun. kalau dah guna toilet tu pam la tak susah pun tak sampai lima saat pun nak buat benda tu. and kalau nak membuang tu please la buat elok elok and jangan tinggalkan najis tok orang lain bersihkan. kotoran yang anda buat anda sendiri la bersihkan. jangan harapkan orang lain tok buatkan. kalau baby tu munasabah la. 

kalau dulu time duduk kat seroja memang soal toilet tu mak cik cleaner buat and kat seroja ada banyak sangat toilet. so kalau toilet kat aras aku kotor aku pi kat aras lain. tapi bila dah dok kat brc ni memang kena bersihkan sendiri. kat rumah aku memang tak pernah bersihkan toilet, selama ni ayah yang buat. aku jenis yang sangat penggeli part nak membersihkan especially toilet memang aku tak nak buat. tapi semua ni aku belajar start dok kat reflesia. sebab aku fikir kalau bukan aku sape lagi. tak kan nak suruh ayah datang and tolong bersihkan. 

and aku memang tak kisah nak bersihkan toilet. aku ikhlas and sebab tu aku tak buat time table bersihkan toilet macam orang lain. kalau aku free aku buat. tapi please la jangan ambik kesempatan. disebabkan aku always bersihkan toliet bila toilet kotor so korang ngan selamba badak membuang and tak bersihkan balik. kalau aku 10 tahun yang dulu memang aku akan ketuk bila everyone sampai aku jumpa sape yang buat. tapi skang aku malas nak marah orang. 

mak ayah always cakap tak guna pandai kalau pengotor. orang lain pun study gak tapi takde la sampai jadi pengotor. so please jadi pembersih. and sejujurnye aku tak suka nak buat buat nota and tampal kat dinding "sila pam tandas selepas guna" sebab aku rasa benda tu sangat basic and everyone tau. notis notis macam tu menunjukkan betapa rendah nye mentality orang tentang kebersihan. tapi still kena buat sebab student u ni kan banyak sangat benda nak fikir so maybe depa kena ada nota tok ingatkan benda benda basic macam tu. 

PLEASE JADI PEMBERSIH.....

Friday, 10 January 2014

...

al-fatihah 
untuk arwah Mohd Azril Zakaria

yang telah kembali kerahmatullah 2 pagi tadi
semoga roh berada dalam kalangan orang yang beriman
dan bersyukur arwah meninggal pada hari jumaat

Wednesday, 8 January 2014

Sunday, 5 January 2014

22

Alhamdullilah.... Skang aku dah 22 tahun. Time masuk unimas umur baru 19 so maknanya aku mengalami proses pentuaan di unimas..huhu. And ni dah masuk kali ketiga besday time exam and hopefully ni besday last as student. Hope exam sem ni dapat result yang baik. Amin.

Ok as student yang jauh dari family takde yang lebih best dari celebrate ngan kawan. Thanks sangat kat syu fyna syima qayah and syi sebab celebrate. Sejujur nya aku tak suka surprise sbb aku always dapat scan  but kte sangat terharu and thank you so much. And thanks syu sebab buat prop yang lawa tu sampai tak tidur malam. Seriously  sangat terharu . Just tak tau nak tunjuk...huhu








Secara personal aku rasa aku dah banyak berubah walaupun macam sama je kan. So ape yang berubah



1. Before ni suka berdebat pertahan kan idea and skang dah tak, suka hati la nak terima idea ke tak
2. Before ni cepat terasa ngan org and skg lantak la
3. Before ni banyak benda tak tau nak buat sendiri always nak harap parents but skang ok la kot
4. Before ni pendiam and skang double pendiam, pi kelas just duduk and buka g+


And baru umur 22 dah ada migrain but still boleh gelak so its ok.

 aku wish umur 22 tahun ni diberkati ,dimurahkan rezeki and dapat graduate tahun ni. And wish parents, adik and kawan2 juga dipermudahkan dalam apa juga perkara. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...