Monday 16 May 2011

terima kasih cikgu

Hari ni tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi semua cikgu . Sepanjang 19 tahun aku hidup dah banyak guru yang telah memberi ilmu kepada aku . Tanpa guru otak kecil aku ni kosong . Guru telah banyak menumpahkan jasa kepada insan kerdil ni . SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu2 ... c. latifah (sek rendah) , c. syukor (sek rendah) , c. ain (sek rendah) , c. ruzila (sek rendah) , c. wan (sek men) , c. razana (sek men) , c. koh (sek men) , c. yati (sek men) , c. salmiah (akak aku) and semua cikgu . Kepada kawan2 yang pernah ajar kte tu , korang pun cikgu bagi kte . So selamat hari guru juga la kepada eja , tiqa , amira abas , ekin , awe ....hehe ...

Guru bukan la seorang insan yang dijari nye sentiasa terselit sebatang kapur ... guru juga bukan la seorang insan yang sentiasa membimbit buku teks di tangan nye ... guru juga bukan la seorang insan yang berdiri di dalam bilik darjah untuk beberapa ketika ... tetapi setiap insan yang memberi kte ilmu itulah guru ... bukan hanya ilmu buku tetapi juga ilmu yang di luar sempadan buku ... ilmu kehidupan .. ibu bapa adalah guru ... adik-beradik adalah guru ... rakan juga adalah guru ... bahkan pengemis di jalanan juga adalah guru ... kerana setiap insan itu mempunyai ilmu yang boleh dikongsi bersama ....

Terima kasih cikgu ...


cikgu yati
oh ... lupa pulak nak wish good luck kpd tiqa , hari ni awak start kerja kan ? Kerja elok2 jangan lawan cakap boss ...hehe ...[pandai la kasi nasihat dekat orang diri sendiri tak nak kerja ...hehe ..]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...