Wednesday 11 May 2011

langit kmns

Melihat awan merupakan hobi aku time study dekat matrik . Ni pun sebab kak as yang ajar . Sangat seronok kalau petang2 dapt duduk dekat bukit sambil melihat matahari terbenam . Lagi best kalau dah senja angin bertiup sepoi2 je and kalau surau or blok dah pasang kaset ayat al-Quran lagi best sayup je dengar . Kadang2 tu aku lepak dengan geng berlima aku tu or dengan tiqa or syai .



Bila kte melihat awan tu bergerak kte rasa tenang sangat . Rasa segala masalah yang bersarang dekat minda ni hilang untuk seketika . Almaklum la kehidupan dekat matrik ni tak sunyi dari masalah . Kadang2 tu masalah dengan kawan kalau tak pun dengan pelajaraan . And ada satu masa tu aku tak boleh sangat kawal emosi aku sampai aku termarah cikgu sya . Sorry cikgu ...



Hidup dekat matrik banyak mengajar aku cara mengendalikan masalah . Jika time sek tu aku rasa aku la orang yang paling hebat sebab dapat setelkan masalah tanpa bantuan orang  tapi bila dekat matrik baru aku tau tak semua masalah aku dapat selesaikan sendiri . Tapi aku merupakan orang yang sangat payah untuk berkongsi masalah and aku tak pernah sekalipun ceritakkan masalah aku dekat roommate . Cuma ada sorang je sahabat yang aku boleh meluahkan masalah aku . Tu pun kadang2 yang aku cerita tu bukan masalah utama aku . Bukan apa aku tak mau die turut merasai apa yang sedang aku alami . Aku sanggup merasa sedih dengan masalah yang menimpa kawan aku tapi aku tak suka sahabat aku turut berasa sedih dengan masalah aku . Aku lebih rela tanggung sendiri asalkan sahabat aku terus tersenyum . Bukan ke membahagiakan orang tu lebih best ...



Kalau malam2 tu aku suka duduk dekat kaki lima depan tangga tengah blok . Seronok dapat ambil udara malam . Dekat situ juga la pot aku untuk call mak ayah aku . Malas nak call dekat dalam bilik nanti ada je background music " alahai lembut nye suara macam cakap dengan pakwe" ...And lagi satu tak de la terkantoi kalau2 lepas call tu nanges .. hehe ... Entah la bila call mak ayah je mesti rasa sayu . Selalu juga la aku terbayang time aku call tu mak ayah aku muncul dari phone ..ye la selama 17 tahun jadi anak manje tetiba jauh dari family ... mau tak sedih ...



And ada satu masa tu aku rasa sunyi sangat .... sangat sunyi ... Walaupun aku ada roommate yang always happy , kawan yang ramai , tapi aku rasa macam aku sorang2 . Tak ada kawan nak diajak berborak . Masalah tu berlarutan sampai 2 minggu . Memang time tu aku tak de mood , nak pandang muka kawan pun aku rasa malas . Aku rasa dieorang tu hanya kawan untuk gelak je . Ada sahabat aku yang perasan perubahan aku tu lalu die pun berikan la nasihat yang percuma . "kadang2 tu kte tak boleh harap yang orang akan beri apa yang kte nak ...kadang2 tu kte yang perlu memberi ...kalau kte tak memberi macam mana kte nak menerima ... kawan sentiasa ada di sekeliling kte ..."



Time dekat matrik tu kawan adalah segala-gala nye .Mereka la ibu mereka la bapa mereka juga la adik-beradik . Kalau tak ada kawan memang aku jadi giler . Sebab nye di matrik tu setiap hembusan nafas kte tu akan diselami dengan masalah . Sebab tu la kalau ada masalah aku suka duduk dekat bukit . Kalau lepak sorang2 tu mesti nanges [sikit2 nanges...hehe] .

Kepada student matrik especially warga blok C kalau korang tak pernah lepak dekat bukit tu korang adalah manusia yang paling rugi . Nikmat tidur petang2 dekat bilik tak setanding dengan nikmat melihat matahari terbenam di langit kmns .


Gambar yang dekat atas ni adalah gambar sehari sebelum habis matrik . Gambar langit kmns terakhir yang aku ambil . Time ni aku ngan tiqa keluar bilik seawal 6.30 pagi semata-mata mahu melihat matahari terbit . Itu la kali pertama and kali terakhir aku melihat matahari terbit di bumi kmns .....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...