Friday 20 May 2011

hikmah di sebalik nye

Beberapa jam yang berlalu ni fikiran ku hanya tertumpu pada satu perkara saja . Rasa kecewa yang masih menebal dalam jiwa ni . Aku singkap kembali sejarah pejalanan aku di sana . Mencari-cari jawapan bagi segala persoalan yang terbuku di minda . And kerana terlalu banyak sarang yang telah terbina maka muncul  beberapa perkara yang tidak patut dipersoalkan . Pernah tetiba terlintas di benak aku ... apa guna aku belajar macam nak mati jika result aku lebih kurang sama dengan orang yang tak belajar ... Aku menolak ajakkan roommate untuk tengok movie semata-mata nak siapkan tutorial ... Aku sanggup menahan diri untuk balik jb semata-mata nak buat preparation untuk exam .... Kadang2 habis saje waktu kuliah aku terus ke library untuk study ... Time gap aku pergi unit untuk bertanyakan soalan .... And kadang2 tu tutorial aku lebih banyak siap drpd orang lain ... Tetapi kenapa aku masih tidak boleh menggapai kejayaan yang cemerlang ..

Segala persoalan yang muncul ni menunjukkan aku seperti menyalahkan takdir . Pada malam rabu tu aku ada berbalas message dengan syahfi [ budak prak ] . Ada satu messsage die yang membuatkan hatiku tetiba menggetar . Ringkas tapi penuh makna ..

ok dr fail  .... syukor .....

Tersentap aku bila baca message die . And time tu la baru aku sedar  sejak dari petang yang aku tahu keputusan hingga la ke malam tiada satu pun perkataan syukor yang meniti di bibir mahupun terlintas di hati , and jauh sekali untuk aku mengucapkan kalimah "alhamdullilah". Jika selama ini walau seberat mana pun ujian yang aku hadapi aku masih mampu mengucapkan kalimah itu tetapi kenapa sekarang aku tidak mampu mungucapkan nye . Apabila orang bertanya fasal result , jawapan aku cuma satu .. "teruk"

Ya Allah betapa kejam nye aku ... Aku tidak mensyukuri segala nikmat yang engkau berikan . Bukan ke kegagalan itu juga sebahagian drpd nikmat . Aku tidak sedar yang sebenar nye engkau sedang mengajar aku untuk belajar bersyukor ketika susah . Belajar mengucapkan "alhamdullilah" walaupun sedang menghadapi kekecewaan . Aku tidak gagal sebenar nye . Aku cuma tidak secemerlang seperti orang lain . Jika selama ini aku sudah merasai nikmat kejayaan , so sekarang ini aku perlu belajar merasai nikmat kegagalan . Kau sepatut nye bersyukur kerana ramai orang di luar sana hanya merasai kejayaan sepanjang hidup nye  tanpa diberi kesempatan untuk merasai kegagalan .

Mak ayah aku tidak marah and jauh sekali untuk rasa kecewa dengan result aku .Ini kerana mereka hanya melihat pada huruf "B" yang tertulis di atas slip and pada mereka huruf "B" sudah cemerlang . Tetapi sebalik nye bagi aku . Aku melihat pada pointer yang tersembunyi di sebalik huruf and kerana terlalu memikirkan pointer la membuatkan aku rasa sangat kecewa walaupun sebenar nye ada peningkatan pada beberapa subjek .

Aku pernah cakap dekat kawan aku ... "sebenar nye time fail ni la kte boleh mengukur kesetiaan kawan terhadap kte . Bila kte fail kte boleh  lihat sape yang akan lari drpd kte and sape pula yang terus setia dengan kte" ...And aku rasa inilah masa nye untuk aku praktikkan nasihat aku tu . Sekarang ni memang aku dapat rasa ada la orang yang seperti menjauhkan diri dari aku [ entah tu mungkin perasaan aku je kot ] . Tapi aku nak ucap thanks pada kawan2 yang memberi nasihat ..... tiqa , awe , ain , mira abas , syafi ... Kte boleh mengukur keikhlasan seseorang tu walaupun  melalui message ...

awe :)
don't giveup ..hidup kt masih pnjang , nie bru pemulaannye
mgkin at u nnt mira dpt best student ..bnyk2an bedoa .. mira pasti bley

ain :)
sume orang ade rezki masing2 termasuk mira jugak
mira tetap kene besyukor , tuhan da tetap kan takdir kte
so mira tak bole sedih3..jauh lagi perjalanan kite lepas ni rezeki mira tetap ade
mungkin lambt sikit , asalkan jangan putus asa ..oke =)


Kepada mira abas ... thanks ye .. lepas call awak kte rasa bersemangat balik ..Kte pernah sama2 cemerlang time pspm1 , pernah sama2 jatuh untuk ups2 and sama2 bangun untuk pspm2 . Memang sakit bila jatuh esspecially bile kte dah berusaha semampu mungkin untuk rawat luka tu . Sebulan sebelum exam tu memang kte berdua bermati-matian study . Kte masuk bilik awak and awak masuk bilik kte ... semata-mata nak tanya soalan . Awak cikgu kte and kte cikgu awak . Lebih nak mati bile lagi 3 minggu nak exam . Habis kelas terus lepak dekat library or unit . Balik bilik kadang2 tu pukul 7ptg and pukul 8mlm keluar balik gi osc or library . Time study week kte banyak kali study same2 dekat bilik kte and kalau rajin turun gi library . Kalau nak study dekat luar tu awak akan kejutkan kte tidur and kte kejutkan awak .Sama2 tolong untuk berjaya tapi rezeki belum tertulis untuk kte kan . Tahniah la untuk awak sebab result awak lebih sikit drpd kte .. hehe ... kalau kte dapat u yang same nanti kte study same2  lagi ye .... sama2 kejar cita-cita yang sama ...amirakuasadua ....hehe...  :)

Sekarang ini aku cuba bangun semula setelah jatuh entah untuk kali keberapa . Aku tidak pasti sama ada aku mampu untuk berdiri tegak lagi atau tidak . Sememang nya sakit ... amat sakit ... tapi takkan nak terus sakit kan ...  :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...