Wednesday 11 May 2011

lafazkan

Post aku kali ni tak ada kaitan dengan sesiapa pun and aku nak minta maaf dulu la takut2 ada yang terasa nanti . Aku just nak berkongsi pendapat aku and beberapa soalan yang masih terbuku di otak kecil aku ni .

Susah ke nak melafazkan rasa sayang kepada kawan ???

Sekali lagi aku tegaskan perkara ni tiada kaitan dengan sesiapa pun atau aku sendiri . Bukan apa seumur hidup aku , aku dah banyak tengok cerita yang berkisar fasal sahabat and kawan nye tu sangat payah untuk cakap yang die sayang dekat kawan2 die .

Aku tertanya2 kenapa ada orang yang sangat mudah melafazkan kata sayang kepada kekasih walaupun baru beberapa hari kenal tapi payah untuk melakukan perkara yang sama kepada kawan yang dah bertahun jumpa . Adakah kerana kawan tidak sebaik kekasih nye tu ? Jika kawan tu tidak setanding dengan kekasih kenapa bila gaduh dengan kekasih or ada masalah peribadi die still cari kawan ?Adakah kawan tu tidak sebest kekasih ?



Adakah kawan tidak mempunyai hak yang sama ? Cuba fikir sejenak ....Siapa yang anda cari ketika anda ada masalah family ? Siapa yang anda cari ketika anda ada masalah dengan kawan ? Siapa yang anda cari ketika anda tidak cemerlang dalam test ? Jika orang yang anda cari tu kekasih ok ... Tapi jika orang yang anda cari ketika itu adalah kawan and anda tak pernah cakap yang anda sayang dekat die ... Pergi la lafazkan nye dengan segera atau anda akan menyesal .

Bukan aku orang yang anti-kekasih . Aku juga pernah melalui zaman itu . Walaupun time tu aku ada ***** tapi aku stilll cari kawan . Kerana bagi aku walaupun die memahami diri aku tapi kawan juga yang terbaik . Aku pernah rasa menyesal kerana tak pernah cakap sayang dekat kawan yang aku anggap teman sejati sampai la die pindah sek and sekarang ni dah hilang jejak . Padahal die selalu cakap sayang kepada aku .



Anda rasa geli nak cakap sayang kepada kawan ? Jika itu yang anda rasa bermakna anda berkawan dengan die hanya pada masa senang and bila kawan anda tu susah anda akan tinggalkan nye ? Betul ?? Kalau tak kte minta maaf ....

Percaya la perkataan keramat "i love you" ..."i miss you" bukan hanya boleh membuatkan kekasih anda bahagia tetapi juga mampu membuatkan kawan tersenyum bukan untuk seminit , bukan untuk sehari , bukan juga setahun , ... tapi untuk selama-lama nye kerana die tau yang die mempunyai sahabat sejati ...

Aku sayang semua kawan2 aku .... tiqa , ain , tia , yam , syai , mira abas , kak as , awe , ain , adah , yusra , e-ja , yan , peqa , fifi , farahin , lela , asmira ......and semua nye ......kawan untuk selamanya ......  :)







e-ja


yan

3 comments:

  1. kak ya syg kite tak kak ya? hehehe

    ReplyDelete
  2. sayang hehe.... awak kan kawan kte ...

    ReplyDelete
  3. hehe...
    walaupun name kite paling last,
    tetap terharu..
    akhirnya kak ya lafazkan..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...