Tuesday 24 May 2011

kehilangan

Nenek belah ayah meninggal sebelum mak dan ayah kahwin lagi , atuk pula meninggal kira2 9 tahun yang lalu , atuk belah mak yang paling aku sayang pulak meninggal time aku form 5 and aku pernah hampir2 kehilangan ayah sebab penyakit buatan orang . Bukan kehilangan ni yang aku nak kongsikan tapi sebuah kehilangan yang mungkin kte tak pernah terfikir or tak pernah terlintas di benak kte . Kehilangan seorang sahabat ....

Semalam dekat paper ada satu artikel yang menarik perhatian aku . Kisah seorang kanak2 berusia 10 tahun yang kehilangan seorang kawan akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku dekat selangor baru2 ni .

"saya berkawan rapat dengannya sejak setahun
lalu ketika belajar di kelas yang sama .  arwah seorang yang sangat baik .
kami sangat rapat sering pergi kemana-mana
bersama dan ketika rehat pun kami makan sama-sama"

Dia mungkin tidak faham erti kematian yang sebenar tapi pada usia yang begitu mentah dia sudah memahami erti persahabatan yang sebenar .Sejujurnya aku memang tidak pernah terfikir akan kehilangan seorang rakan untuk selama-lamanya . Mungkin sebab dieorang selalu ada dengan aku . Keikhalsan persahabatan antara budak tu dengan arwah kawannya memang cukup jelas sedangkan ada di antara kita yang sudah dewasa ni berkawan beralaskan sebab .

Ada diantara kita yang berkawan berlandaskan kepentingan peribadi . Berkawan dengan die sebab die cantik ...berkawan dengan die sebab die pandai .... berkawan dengan die sebab die anak hartawan .... berkawan dengan die sebab die rapat dengan orang yang kita minat ...Aku tidak menafikan setiap orang ada impian tapi jangan jadikan sahabat sebagai batu untuk kita mencapainya .

"kalau kak ya ikhlas berkawan dengan orang tu
percaya la ciri2 kawan yang kak ya impikan sebenarnya ada pada dia"

Itu merupakan nasihat kawan aku ketika aku menzahirkan kerisauan aku ketika hendak sambung belajar dekat matrik . Aku pegang kata2 die dan benar apa yang die cakap . Aku mendapat kawan2 yang lebih daripada seorang kawan .

Memang tiada manusia yang sempurna dan tiada seorang pun kawan yang dapat memenuhi semua ciri2 kawan idaman kita . Apa yang penting ialah bukan ciri2 kawan tu tapi sifat diri kita sendiri . Adakah kita sudah menjadi kawan yang terbaik untuk dia ? Adakah kita telah membantu dia seperti dia membantu kita ketika susah ? Berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk dia tanpa mengharapkan balasan . Jika kita ikhlas berkawan dengan dia maka dia akan ikhlas berkawan dengan kita . Salah satu tanda dia tu ikhlas berkawan dengan kita ialah dia sentiasa ada di hati kita walau sejauh mana dia berada .

Jika ditakdirkan aku akan kehilangan kawan untuk selama-lamanya , aku redha kerana aku sedar mereka bukan milik aku . Dari dia kita datang dari dia juga kita kembali . Mengenali mereka walaupun untuk beberapa ketika sudah cukup bermakna .

Berkawan lah dengan ikhlas tanpa niat yang tersembunyi . Ia akan menjadikan persahabatan itu lebih bermakna .

"sesungguhnya aku mengasihimu sahabat kerana
Allah"

"aku menyayangi sahabat di jalan
 Allah"


gambar ni tiada kaitan dengan post 
ni gambar time orentasi ...hehe... sorry ye ain :) 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...