Monday 2 May 2011

syurga dunia

Tadi aku buka fb tengok ramai yang komen gambar yang aku upload . So tetiba pula rasa nak komen gambar dekat blog tittle aku ni . Gambar ni aku ambil pada 20.3.2011 jam 9.25 am . Time ni aku , Tiqa , and Kak As baru belajar main tenis . Bagi aku gambar ni ada maksud yang tersirat .


Gambar ni menunjukkan court tenis yang kosong tak ada sorang pun dekat situ . Cuba kte fikir boleh ke kte main tenis tanpa kawan ? Jawapan nye pastilah tidak .Syarat untuk main tenis mestilah kena ada pasangan .Walaupun kte dah ada peralatan yang cukup ..ada raket yang mahal ada bola yang bagus and court yang sempurna tapi kte still tak boleh main tenis tanpa kawan .

Begitu juga hidup ni . Jika kte dah ada family yang bahagia , poket yang sentiasa penuh , kekasih yang penyayang[kalau ada la ] , tapi still hidup kte tak lengkap jika tiada kawan .Kawan bukan hanya orang yang kte cari time susah tapi kawan yang sentiasa ada tanpa mengira waktu . Bagi aku seseorang itu telah mengecapi sebahagian syurga dunia sekiranya dia memiliki sahabat baik .

Atiqah pernah cakap dekat aku ..."kadang2 kte fikir kte mampu jaga diri kte sendiri tapi sebenar nye kte memerlukan kawan untuk menjaga kte"...Sebab itulah kte dilahirkan dalam keluarga yang ada ayah ibu ada adik beradik and sekolah yang ada ramai kawan . Apa function dieorang ni ? Dieorang ni la yang akan ada time kte susah .

Bila kte ditimpa masalah kte selalu mengeluh kan ..Tapi pernah tak kte lihat di sebalik masalah tu . Time kte ada masalah la kte boleh menilai siapa kawan kte yang sebenarnya  .. Siapa yang still berada dekat sisi kte and siapa yang lari daripada kte .. Siapa kawan yang sanggup susah senang dengan kte

Perkara ni aku dah alami sendiri .Time aku senang , time aku dapat markah tertinggi dalam test , time aku diangkat jadi tokoh pelajar , keliling aku semua nye kawan .Tapi bila  masa aku di bawah cuma beberapa orang yang masih berada di sebelah aku memberi kata perangsang untuk aku bangun.

Sebab itulah bila aku sedar ada orang yang setia dengan aku tanpa mengira situasi aku akan sayang die sampai bila2 . Bagi aku memiliki sahabat terbaik adalah suatu nikmat yang tidak terucap . Sekali aku cakap orang tu sahabat aku maka die lah sahabat aku dunia dan akhirat ..Sahabat adalah syurga duniaku...











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...