Monday 4 July 2011

coretan minda 2

sesetengah perkara hanya perlu difahami
tanpa perlu diberitahu


cinta boleh berlaku berkali kali
tapi cinta sejati hanya sekali


saya berkawan dengan awak tanpa sebab
kerana setiap kali saya bertanya kepada hati
jawapannya hanya
"awak amat menyanyagi dia"


yang biasa bagi anda
adalah yang istimewa bagi saya


adil ke jika manusia itu dihukum
kerana kesalahan yang dilakukan ketika dia sedang jahil ?


kasih sayang itu tidak boleh diukur
kerana ia sesuatu yang hanya boleh dirasai


saya tidak mengenali kamu walau sesaat
saya tidak menyukai kamu walau sesaat
saya tidak mencintai kamu walau sesaat
tetapi
saya mengenali menyukai dan mencintai kamu
sepanjang hayat



tidak perlu lah pujian melambung
memadailah dengan menghargai


engkau mencairkan harapan yang beku



benci memerlukan
 sebab tapi sayang tidak perlu


rindu hanya hadir apabila wujudnya cinta


kerana satu perkara kita mencintai
dan kerana satu perkara kita membenci


terima kasih kerana menghulurkan tangan
ketika ramai yang menyembunyikan


tiada kejayaan tanpa keluarga dan sahabat


lebih mudah menerima kekurangan manusia
daripada menerima kelebihan manusia


kegagalan adalah tapak
kepada kejayaan gemilang di masa hadapan


keegoan boleh dilunturkan dengan keikhlasan


tanpa teknologi
manusia akan lebih menghargai alam


pandangan terakhir lebih diingati
daripada pandangan pertama


kita selalu fikir yang kita memiliki ramai kawan
tapi bila kita ditimpa masalah
barulah kita sedar yang kawan kita cuma beberapa orang saja


mengasihi lah dia selagi terdaya
dan mencintai lah dia selagi hati berkata ikhlas
kerana mengasihi dan mencintai
memerlukan pengorbanan dan ia juga menyajikan
hidangan yang mungkin terlalu pahit untuk ditelan


sejujur nya saya payah untuk mengasihi kawan
apatah lagi untuk mengatakan "saya sayang awak"
hendak menulis ayat itu pun terlalu sukar
tetapi sekali saya menyatakan nya maka selama nya lah
saya menyanyangi


pelukkan yang ikhlas
mampu menzahirkan seribu satu luahan hati


kenangan yang tiba tiba terlintas
mampu menghadirkan gelak


pengenalan singkat dan dipenuhi dengan keindahan
adalah lebih bermakna
daripada perkenalan yang panjang yang hanya dipenuhi dengan
kesuraman


cinta itu indah
jika dilakarkan dengan lukisan ketaqwaan


percaya lah tika kamu sedang merindui nya
dia juga sedang merindui mu


saya tidak akan pernah melupakan cikgu


biar saya hilang harta yang berharga
tapi jangan sampai saya hilang kawan baik saya


hanya orang yang bertuah saja
yang akan dapat kasih sayang daripada orang lain


cuba lah memahami perasaan orang lain
jangan hanya mahu ikut angin badan saja
kerana orang lain pun ada hati yang perlu dijaga















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...