Monday 27 June 2011

henti merungut , lahirkan syukur

Sekarang ni tengah kecoh fasal gangguan bekalan air dekat selangor .... aku tak pasti area yang sebenarnya ... Dekat tv or paper penuh dangan kisah ke tidak puasan hati orang ramai terhadap masalah itu .

gangguan bekalan air ni menyusahkan rutin harian kami

kalau nak tutup bekalan ait tu beritahu la awal awal

gangguan selama tiga hari ni terlalu lama

Itulah antara suara suara tidak puas hati rakyat Malaysia ni . Makcik pakcik ganguan tu cuma beberapa hari je bukan nye setahun or sepuluh tahun . Sabar la . Dieorang tu bukan saje saje nak buat macam tu

jom kte putuskan bekalan air , kte gurau gurau dengan rakyat

Bukan macam tu kan .... Dieorang tu buat penyengaraan untuk kesenangan makcik pakcik juga so tak payah la nak merungut . Cuma tiga hari je pun dan sekarang ni pun bekalan air sudah seperti sedia kala kan ... so berhenti la merungut .

Untuk pengatahuan makcik pakcik yang kuat mengkomplen tu kteorang bekas bekas pelajar matrik negeri sembilan ni lagi teruk . Seingat saya la kteorang mengalami gangguan bekalan air ni sepanjang sem satu . Cuma time nak dekat exam tu bekalan air elok . Dekat blok saya tu cuma toilet aras satu wing A je yang ada air and kalau bernasib baik semua toilet dekat wing tu ada air . Itu nasib baik , bila nasib tak baik satu blok tak de air and ada satu masa tu semua blok C tu tak de air .

Kalau nak dicerita pengalaman saya tu memang la makcik boleh menangis . Kalau hari ada kelas tu perlu bangun seawal 5 pagi untuk mandi dekat blok sebelah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas . Kalau nasib baik dapat la mandi dekat aras bawah , kalau tak perlu mendaki sampai tinggat empat . Kalau setakat bawa baldi yang berat yang dipenuhi dengan baju yang baru basuh dari tinggat empat blok 2 ke blok 3 tu dah biasa sangat dah . Pukul 3 pagi pergi blok  sebelah sorang sorang semata mata untuk membuang hajat pun dah biasa . Makcik pakcik pernah ambil air sembahyang menggunakan air mineral or cuma menggunakan se gayung air ?? Saya pernah . Makcik pakcik pernah mandi cuma menggunakan sebaldi air ?? Saya pernah . emmm cukup la tu saya ceritakan pengalaman saya , nanti banjir pula negara ni dengan air mata makcik tu . Dan sekarang ni pun saya dah tak kisah kalau dengar cerita fasal air tak de ni . Kami dah biasa dengan kehidupan tanpa air .

Macam mana ?? Lebih dasyat kan pengalaman saya yang berbulan bulan tu kalau dibandingkan dengan pengalaman makcik pakcik yang cuma tiga hari tu kan . Oleh itu jangan la hanya tau merungut je . Pihak air tu buat macam tu pun untuk kesenangan kita bersama . Untuk pengetahuan makcik and pakcik tarif air di Malaysia ni adalah yang paling rendah di dunia dan setiap titik air tu telah di subsidi . Kerajaan telah mensubsidikan separuh daripada jumlah penggunaan air di setiap rumah so jika bil air yang perlu di bayar adalah RM 50 tetapi jumlah sebenar yang perlu di bayar ialah RM 100 . Baik kan kerajaan ??

So berhenti la merungut dan bersyukur dengan apa yang dimiliki . Jika hendak diukur dengan jumlah yang dibayar , kita tidak layak untuk mendapatkan bekalan air yang cukup sempurna ini .

1 comment:

  1. i likeee !!
    nak citer pengalaman saye plakk. haish. tak yah cakap lah. nak g kelas, kene mandi kat blok sebelah. kalau tingkat satu tak pe lah gak. neyh tingkat 4 woah !!! pastuh, kadang memalam, dekat kul 10 or 11 mlm dpt mandi. kalau takde air tuh da bisa sgtlahh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...