Sunday 19 June 2011

ayah

Ayah , abah , abi , walid , papa , daddy , cik , .......

Bermacam-macam gelaran yang diberi tapi tetap membawa satu makna yang sama ...

Apa makna nya bagi aku ?

Seorang insan yang tidak hanya bermandi peluh untuk mencari rezeki tetapi juga seorang insan yang memenuhkan hati seorang insan yang lain dengan kasih sayang

Inilah makna seorang bapa bagi aku .

Papa terima kasih kerana menjadi guru terawal yang mengajar kte ABC ... terima kasih kerana menyebelahi kte time cikgu marah walaupun time tu mama menyokong tindakan cikgu tu .... terima kasih kerana memujuk kte time kte kena marah dengan mama ataupun dengan papa sendiri ... terima kasih kerana setia menghantar kte ke tuition dari darjah satu lagi  .... terima kasih kerana menjadi wakil penjaga pada hari terbuka sekolah walaupun ada ketika result kte teruk ... terima kasih kerana time matrik papa masukkan duit setiap bulan kadang kadang tu sampai tiga kali sebulan dan nilai nya bukan sedikit ..... terima kasih kerana menjadi nadi kekuatan ketika kte jatuh ...

Papa seumur hidup kte , kte tak pernah rasa susah walaupun pada hakikatnya papa pernah merasa susah . Terpaksa mencari kerja di merata tempat . Tapi semua itu papa tidak pamerkan kepada kte hanya kerana mahu anak anak merasa senang . Kte tak pernah merasa susah untuk mendapatkan apa yang kte mahu . Tidak perlu bersusah mengumpul duit untuk membeli barang yang diinginka . Semua barang yang kte miliki adalah hasil kerja papa ....Terima kasih papa

Mama pernah merajuk dengan kte sebab mama rasa kte lebih sayangkan papa .... Tetapi percaya lah mama mahupun papa kedua dua nya penting .

Pengalaman setahun hidup jauh dari papa sudah cukup mengajar kte erti panggilan ayah . Jika selama ini apa yang kte nak segera kte dapat ke mana kte hendak pergi segera sampai .... tapi bila hidup di sana cukup mengajar kte makna berdikari dengar erti kata yang sebenar ... Kehidupan jadi sukar tanpa papa ... Terima kasih papa

Walaupun berjuta perkataan terima kasih kte lakar , ia masih tidak cukup untuk membalas segala jasa papa . Kte tau papa mungkin tidak akan baca apa yang kte tulis ... tak pe kte tak kisah pun . Apa yang lagi penting kte sangat sayangkan papa

Pepatah melayu ada menyebut "pengorbanan ibu melahirkan dan mendidik anak , pengorbanan ayah mencari rezeki untuk keluarga" tapi bagi kte papa bukan hanya mencari rezeki tetapi juga seorang bapa yang rajin melayan kerenah anak anak .

Papa adalah ayah yang terhebat dan juga kawan terbaik kte ... LOVE YOU PAPA

luv you papa :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...