Thursday 2 June 2011

teman

dalam masa kejayaan kawan kawan mengenali kita
dalam masa kesusahan  kita mengenali kawan kawan


kawan baik
ibarat tanah yang terdampar luas
teman baik
ibarat pohon yang memperindahkan taman
sahabat baik
ibarat awan yang sentiasa memayungi bumi
tanah akan terhakis
pohon akan tumbang
tetapi awan akan sentiasa megah diangkasa
tidak kira siang mahupun malam
itulah indahnya sahabat baik


memiliki seorang teman lebih bermakna
daripada memiliki seribu kawan yang hanya mementingkan diri


proses daripada teman kepada sahabat
amat rumit
kadangkala merimaskan
perlu menjaga hati
hendak menegur pun dengan cara yang sangat terhormat
tidak mahu walau sedikit pun calar di hati
memang ada ketika mengasihi sahabat melebihi kasih
kepada diri sendiri
tetapi sedikit pun tiada rasa kesal
kerana sahabat adalah anugerah terindah
hadiah yang tidak semua mampu miliki
tanya lah pada diri
siapa sahabat anda dan anda sahabat kepada siapa




*entah kenapa hari ni puitis sangat ....dah lama tak mengarang ...best pulak rasa nye ....  :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...