Thursday 23 June 2011

seronok ke

Entah kenapa tadi time tengok tv ayah tetiba cakap

"seronok kan orang bercinta"

Aik lain macam je bunyi nye pa :)

Bukan tentang ayah yang ingin aku cerita dekat sini tapi aku tertanya tanya seronok ke bercinta ni . Aku tidak mendapat jawapan nye sebab aku belum pernah bercinta dan aku tak tau apa rasa nye bercinta tu .... aik lain macam je nada tu .... ada terniat ke ...hehe

Banyak kali juga aku bertanya dekat kawan2 macam mana rasa cinta itu wujud dan bagaimana kita boleh terasa hendak bercinta , tapi tiada seorang pun yang memberikan jawapan yang boleh memuaskan hati aku . And ada satu lagi soalan yang masih aku simpan and aku teringin sekali bertanyakan tetapi setiap kali hendak buka mulut pasti tak jadi sebab aku rasa soalan ni terlalu sensitive untuk ditanya . Mungkin pada masa yang sesuai aku akan bertanya .

Berbalik pada topik asal , seronok ke bercinta ni ? Dari kecil aku berkawan dengan yang lebih berusia dari aku and mereka ni semua nya telah "berpacaran"  dengan insan yang berlainan jantina [mesti la kan] ada yang dari sek rendah lagi . Dan apa yang dapat aku lihat pada awal nya semua nya baik tapi bila lama2 tu sedih dan akhirnya kecewa .

Dah macam2 perkara yang aku lihat . Ada yang tidak bertegur sapa dengan kawan sekelas hanya kerana berebut seorang lelaki yang juga sekelas . Ada juga yang hilang mood belajar kerana gaduh dengan pakwe . Ada juga yang ponteng sek semata mata  kerana pakwe . Awal2 tu memang seronok . Macam2 la gelaran yang couple ni dapat . sweet la .... padan la .... dan ape ape la . Tapi semuanya sekejab je . Bila gaduh sikit mula la buat hal and akhirnya putus .

Wajarkah seorang perempuan itu mengalirkan air mata hanya kerana lelaki ... aku tidak boleh menjawab soalan ini kerana aku belum merasa apa erti sakit nya putus cinta . Tapi aku mengaku kadangkala aku merasa benci dengan lelaki kerana mereka , ramai kawan2 aku menderita . Bila kawan2 cerita fasal lelaki yang buat hal , aku rasa sangat sakit hati . Melihat kawan menangis adalah satu perkara yang paling aku tak suka .

Bercinta adalah satu perkara yang indah jika kita ikut landasan yang betul . Bercinta lah dengan insan yang membawa kita lebih dekat dengan Dia . Bagi aku , sebelum aku berendut [istilah orang  johor yang membawa maksud couple] biarlah aku sempurnakan cinta yang lebih penting dahulu .

Cinta ku kepada pencipta belum sempurna .... cinta ku kepada kekasihNya belum sempurna .... cinta ku kepada agama belum sempurna ...... cinta ku kepada ibu bapa belum sempurna ... cinta ku kepada adik belum sempurna .... cinta ku kepada sahabat belum sempurna ..... cinta ku kepada teman belum sempurna ..... cinta ku kepada kawan belum sempurna ...

Dan banyak lagi cinta yang masih belum sempurna dan ia nya lebih bernilai untuk disempurnakan daripada cinta kepada lelaki yang belum tentu dapat memimpin ku ke syurga hakiki . Antara cinta kepada lelaki dan juga cinta kepada sahabat , aku terlebih dahulu akan menyempurnakan cinta kepada sahabat kerana ia menjanjikan seribu satu kemanisan dan juga keindahan yang tidak ternilai .

Menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki walaupun pada tempoh masa yang agak lama bukan lah kayu ukur yang sesuai untuk aku menilai seseorang yang sedang bercinta kerana perhubungan aku itu hanya semata mata untuk menutup mulut dan menjaga hati sesetengah kawan . Aku tidak memandang serong kepada mereka yang bercinta . Aku harap kawan2 dan yang lebih utama sahabat , akan menemui cinta hakiki , cinta yang mampu membahagiakan mereka dalam erti kebahagiaan yang sebenar dan kepada insan yang bernama lelaki jangan lah menjadi penyebab kepada air mata seorang wanita .

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...