Saturday 23 August 2014

journey to success

ok time kemas bilik time balik dari u tu dok la belek belek fail2 lama kat rak buku dalam bilik. aku memang seorang yang penyimpan. semua barang sekolah kertas kertas buku referance aku simpan ngan cantik and tersusun. tapi banyak gak la yang dah buang and bagi kat orang. just yang betul2 aku sayang je yang still simpan. mana tak nye rak buku sebesar dinding pun tak muat kan. time matrik orang lain dok buang kertas aku lak dok angkut semua bawak balik. just time u je aku tak simpan ape2. kalau baju je luggage dah 55 kg kan. just nota modern political thought yang aku tulis tangan je yang aku simpan and bawak balik. nota statistic yang aku dok simpan dari sem satu tak dapat bawak balik sebab beg dah penuh. so kena la tinggal kat atas kerusi rumah. sedih rasa hati.

reason utama aku dok menyimpan ni sebab aku terlalu hargai kenangan and bagi aku kenangan tu tak kan repeat balik. so kalau ada benda yang boleh ditengok kan best. 




bukan setakat paper exam, jadual exam spm pun still aku simpan. time free macam time cuti sem aku suka tengok paper exam, nota sebab die mengingatkan zaman kejahilan or ketidakbijaksanaan time sekolah. haha. yes aku bukan budak genius. kawan kawan always dok ejek. and sampai sekarang aku still ingat muka sorang budak perempuan kelas aku time darjah 4. time sekolah kan cikgu akan pangil ke depan ambik paper siap umum markah lak tu. and aku as usual la kan markah rendah. yang budak tu dok jeling aku semacam je. dok ejek2. kteorang satu kelas sampai spm and die tak berape nak berjaya. so moral of story jangan kutuk orang sebab kte sendiri tak tau nasib kte.

time kem kat pusa tu aku cerita pengalaman aku time sekolah sebagai bukti kat budak budak yang kejayaan tu tak semestinya tok orang yang bijak. kalau kte rajin usaha and tawakal insyaallah berjaya.


setiap kali aku tengok fail ni aku akan ketawa. senarai cita cita time sekolah :)










report kad time sekolah rendah. time darjah 4 dapat no second last sebab fail bi. and time darjah 5 cikgu kata aku kurang keupayaan berfikir haha. 





aku memang tak pandai dalam subjek mat bi sciences. aku turun kelas  time darjah 6 pun sebab fail bi. and sciences upsr yang kacang tu pun aku tak faham2. thanks sangat sangat kat cikgu ruzila yang dok mengajar. finally aku faham jugak sciences tu ape. and time exam percubaan upsr aku dapat 90%. dah bangga giler la. tapi yang paling best aku pernah jawab soalan cikgu ruzila ngan betul and satu kelas jawab salah. part yang best bila satu kelas kena ketuk ketampi 35 kali and aku just tengok sambil ketawa cover2 haha.

selesai sekolah rendah. orang lain dok sambung belajar kat sekolah pandai aku lak tak dapat offer pi mana2. result ok tapi takde rezeki. memang sedih. last2 aku sekolah kat sekolah belakang rumah. sekolah yang dilabel sekolah budak bodoh. 







legasi sekolah rendah disambung ke sekolah menengah. haha bukan legasi baik tapi kesinambungan ketidakpandaian dalam sciences ngan bi. time form 3 exam setara johor aku fail sciences. paper 2 just dapat 9 per 60. kena marah ngan cikgu dalam kelas depan kawan kawan. bengang tak yah cerita la. sampai sekarang aku still ingat tiap patah perkataan cikgu. awak ni mira jawab soalan macam orang tak pernah belajar. awak tipu saya kan awak kata awak study tapi sebenarnya awak tak study kan. kalau ikut hati nak nangis je tapi tahan. kawan kawan memang dok jeling semacam je. budak kelas aku memang kawan ngan orang pandai je. sebab tu time sekolah aku tak banyak kawan.






subject lain aku tak de banyak masalah. kalau sejarah tu memang takyah cakap minat giler. tapi bi ngan sciences memang masalah. lepas kena marah aku down. aku fail bukan sebab tak study. keja sekolah aku orang lain dok tiru. 2 bulan lebih aku dok khayal ponteng kelas pi ikut cikgu din hantar pasukan kriket. pi kem. keja sekolah tak buat. pi tolong cikgu dengan niat nak ponteng kelas. tapi last last aku fikir balik and finally aku ok balik. tok mudah kan aku faham aku buat nota sendiri.  nota ni  benda yang paling aku sayang. aku ringkas kan everyting. and tema nota ni pink and purple :)

success always demands a greater effort. yup betul kata cikgu. dari E aku dapat A tok sciences time pmr. 

form 4 sambung study kat sekolah yang sama. aku memang tak apply mrsm or asrama penuh. bagi aku sekolah hanya platform or brand. aku nak buktikan aku boleh pandai kat sekolah yang orang label as sekolah budak bodoh. lagipun sekolah aku still taraf sekolah luar bandar. so petang ada kelas tambahan free. untung kan. malam tuition kat tempat lain. 


time spm lagi besaq masalah. physics chem add math bio. fuhh memang struggle betul. aku pandai math tapi add math tak. always fail. setakat dapat 10% tu dah biasa. aku mula faham time pertengahan tahun form 5. tu pun faham chapter 1 form 4 punya. bab function. and bila aku faham bab 1 tu la aku start semangat tok belajar add math. aku always tanya cikgu wong. kena explain sampai sepuluh kali. tu pun kadang2 still tak faham. pernah sampai tahan cikgu kat kereta time nak balik. kalau time kelas aku tak tanya cikgu sendiri akan cari sebab pelik. aku jenis yang tak malu nak tanya. kadang kadang cikgu sampai marah sebab tak faham2 tapi aku still dok kat sebelah cikgu and tanya.



 kalau cikgu dah penat nak explain cikgu akan suruh kawan aku faizah tok explain. aku memang terhutang budi ngan eja. sangat penyabar. kteorang kawan dari tadika ke sekolah rendah and sampai la sekolah menengah. satu kelas satu sekolah. kalau tak faham aku memang cari eja. bukan setakat add math tapi chem physics bio pun tanya eja. kat tuition pun dok tanya. 






time spm aku target nak dapat A tok bi sebab time upsr ngan pmr aku just dapat C. padahal pi tuition bi dari darjah 1 lagi. teacher bagi idea tok aku hafal satu essay and time exam ubah ikut soalan. start dari akhir form 4 aku buat latihan sendiri dari buku latihan yang  aku beli sendiri and buat essay  bagi kat teacher. tiap tiap pagi aku akan pi bilik guru bagi essay and esok pagi ambik balik tok buat correction. kalau dah perfect baru buat soalan yang lain. time tu la aku baru tau yang she tok perempuan and he tok lelaki. selama ni hentam je ikut sesedap rasa. 

ayat bi aku sampai skang pendek2 sebab tu tips tok kurang kan kesalahan grammar. and usaha aku berbaloi. finally dapat A-. and pagi time dapat result tu aku terus cari teacher. yang buat aku terharu ada budak junior cerita kat aku teacher dok cerita and tunjuk essay aku kat dalam kelas dieorang. 


selain usaha doa pun penting tok berjaya. aku bukan budak  surau tapi aku percaya doa sangat penting. setiap kali nak pi exam aku akan baca doa nabi yunus. selain tu, setiap kali lepas solat aku akan baca 
alimul ghaibi wa syahadah
petikan ayat al-Quran. aku tak ingat maksud penuh ayat ni. aku amalkan sejak form 4 and alhamdullillah. baca lepas solat sekurang-kurang nya tiga kali. ikut kesempatan masa yang ada. and time exam kalau lupa ape yang kte baca pun boleh baca ayat ni. 

memang susah nak berjaya. aku always gagal and aku akan bangun tok berjaya. aku tak pernah compete ngan orang lain. aku compete ngan diri sendiri. aku percaya aku boleh. walaupun orang always cakap aku tak kan berjaya tapi aku tak pernah kisah. bila aku gagal aku akan always ingat kata kata ayah. buktikan kat orang lain yang awak anak pekerja kilang boleh berjaya. bukan sorang kata aku tak kan berjaya tapi satu taman. just kerana aku bukan dari keluarga yang pandai.

antara tips tok berjaya ialah jangan pernah iri hati ngan kejayaan orang lain. kalau kawan berjaya happy tok die and kalau die tak berjaya doa kan tok die. kejayaan orang lain especially kawan boleh mempengaruhi kita tok ikut berjaya. 

tips lain jangan jemu tok try and try and try. kejayaan always ada ngan orang yang sabar. 

aku belum lagi berjaya sepenuhnya. journey still jauh. ni just a baby step. tapi baby step boleh menghasilkan great success. life bukan tok dapat result yang bagus je.


entri ni memang panjang. and blog ni pun aku sorang je yang baca. dari start aku buat blog lagi aku anggap ni as diari aku :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...