Sunday 14 August 2011

kecemerlangan yang tiada nilai

Hari ini saya ingin berbangga diri . Kawan saya kata semakin banyak tingkap diri yang kita buka semakin orang mengenali kita dan saya rasa anda semua belum cukup mengenali saya . Saya tak nak cerita la fasal nama , umur or hobi tu macam soalan budak tadika tapi saya nak cerita satu kehebatan or lebih tepat dipanggil kebijaksanaa .

"PAKAR SEJARAH"

Itulah gelaran yang saya dapat time sekolah menengah dulu . Setiap kali exam result sejarah saya sentiasa hebat . Yang paling teruk pun B . JIka yang paling teruk B , anda boleh teka kan yang paling hebat tu apa .Kalau bahagian esei tu markah mesti 70 ke atas . Jika time kelas sejarah kawan kawan lain dah sangap sebesar besar alam , saya pula tekun mendengar apa yang cikgu ajar . Sampai ada sekali tu cikgu cakap "awak punya kertas periksa ni tak payah tanda pun tak pe comform banyak betul" . Dan saya dapat A+ untuk sejarah time spm . Bukan A solid bukan juga A - tapi A+ . Hebat kan

Selepas dua tahun berlalu .....

Saya masih ingat lagi  sukatan pelajaran sejarah dari form one sampai la form five . Perjanjian pangkor , sejarah naning , ciri ciri pra sejarah , zaman kegelapan , perjanian tanah melayu , rancangan malaysia , faktor faktor penjajahan , zaman renaissance , cara cara islam sampai ke asia tenggara , faktor faktor penentangan orang melayu terhadap sistem kerakyatan jusoli

Lagi ....

Apa perbezaan antara ciri ciri malayan union dengan perjanjian tanah melayu ? Apa itu rancangan briggs ? Apa faktor kedatangan jepun ke tanah melayu ? Apa itu perjuangan UMNO ? Apa itu pembentukan parti perikatan ? Kenapa dibentuk persekutuan malaysia ? Siapa penasihat british di negeri negeri di tanah melayu ? Apa itu SBUB ? Bagaimana pentadbiran brooke di sarawak ?

emm ....

Wah hebat nye seorang "pakar sejarah" hanya ingat tidak sampai suku daripada apa yang dia pelajari di sekolah ! Anda memnag hebat "tersangat la hebat " . Anda sering kata anda hebat sejarah kerana anda sangat cinta kan negara . Anda kata anda mempunyai semangat patrioti yang tinggi . Anda kata anda amat menghargai tokoh kemerdekaan . Tapi pada hakikat nya anda semakin melupakan sejarah negara anda sendiri .

Anda anda yang sedang membaca ni ,  saya yakin anda pernah ambil exam ,so cuba lah jawap soalan soalan di atas ...

Ye saya akui saya semakin lupa akan sejarah negara saya sendiri dan saya baru sedar yang selama ini saya bertungkus lumus membaca sejarah bukan semata mata kerana minat tetapi lebih kepada untuk mengekakalkan gelaran "pakar sejarah" dan mengekalkan huruf A dalam slip exam .

Sebab itu lah bagi saya kecermelangan dalam exam bagi subjek sejarah bukan lah satu  ukuran yang tepat untuk menguji tahap patriotisma rakyat . Saya sendiri akui ramai rakan rakan termasuk saya sendiri hanya menghafal fakta fakta sejarah tanpa memahami nya  . Ada juga dikalangan rakan yang buta buta menghafal skema jawapan . Maka tidak hairan lah bagi seorang pelajar yang sedang belajar sejarah tidak celik terhadap sejarah . Ini kerana mereka (atau lebih tepat jika digunakan kata ganti nama kami) hanya belajar untuk exam untuk membanyakkan huruf A dalam slip . Saya percaya jika ada 10000 calon spm yang dapat A+ untuk subjek sejarah tidak sampai suku daripada mereka yang masih ingat sukatan pelajaran itu sampai ke hari ini . Ilmu hanya dicurahkan time exam . Selepas satu atau dua jam ilmu itu akan dibuang jauh jauh .

Bersemparna ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 54 ini marilah kita cuba semai , tanam , dan baja semangat cinta akan tanah air agar benih itu dapat tumbuh menjadi daun yang menghijau lantas dapat menguntum bunga yang akan mewarnai negara yang tercinta ini . Meletakkan berpuluh puluh bendera di kereta , mengibarkan jalur gemilang yang sebesar alam di rumah tidak akan membawa apa apa erti jika di dalam diri itu sunyi daripada perasaan patriotik .Semangat patriotik itu bukan semata mata menyokong parti parti politik tertentu  dan mengundi mereka ketika pilihan raya tetapi perasaan mahu memelihara keamanan negara dan menjaga keharmonian yang telah dikecapi .

Hargai lah para pejuang kemerdekaan negara kerana perjuangan itu sebenarnya perit . Kita mungkin tidak faham atau kita memang tidak akan pernah faham perasaan mereka apabila melihat seorang demi seorang rakan tumbang di depan mata . Melihat rakan   menghabiskan nafas dengan parang yang masih terpacak didada . Ketakutan kehidupan mereka apabila melihat tentera penjajah lalu di depan mata . Kita memang tidak akan pernah faham kerana kita sudah terbiasa dibentangkan dengan tikar baldu . Ingatlah kejayaan , kemajuan dan kecemerlangan yang kita kecapi pada hari ini adalah bermula daripada darah yang tumpah dari tubuh seorang insan yang sudah dilupakan iaitu seorang insan yang digelar pejuang .

Belajar lah sejarah dengan penuh rasa minat . Minat untuk mengetahui susur galur negara agar kita generasi pelapis ini dapat mengekalkan kemerdekaan yang telah diberi kepada kita secara percuma dari generasi terdahulu . Ingat lah kata kata dari mantan pm , Tun Dr Mahathir  "sesuatu bangsa yang tidak mempelajari sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu" atau kata kata yang selalu kita dengar  "sejarah akan berulang jika kita melupakan nya" .


cintai lah tanah air kita


2 comments:

  1. mula2 bace yg atas...

    mula was-was..

    sampai yg bawah...

    mungkin perlu tabik spring? :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...