Tuesday 17 January 2012

sayang ke ?

Ada orang yang terlalu sukar untuk mengucapkan sayang . Apabila anda bertanya kepada dia "awak sayang saya ke tidak ?" , dia tidak akan memberi sebarang respond . Kenapa ada yang bersikap sebegitu padahal ucapan sayang itu terlalu senang di ungkapkan just cakap tiga perkataan "saya sayang awak"

Mungkin orang tu jenis yang tidak suka menunjukkan rasa sayang kepada orang lain . Dia mahu orang tu tahu sendiri . Macam mana nak tahu ? Ada beberapa tanda yang boleh kita kenal pasti . First , bila kita tanya "awak sayang saya tak" , dia akan menukar topik lain or dia akan bertanya balik soalan yang sama . Second , bila berjauhan dia akan message tapi message dia tu just perkataan pendek je macam "hai" , "apa khabar" , tapi maksud yang sebenar dia adalah untuk menyatakan bahawa dia rindu kat orang tersebut . Ketiga , bila berjumpa dia jadi seorang yang pendiam dan bila dah setengah jam lepas tu dia akan mula cari topik untuk bergaduh . Mungkin anda akan rasa orang tersebut tidak sayang kan anda , dah la nak jumpa susah tapi bila jumpa gaduh pula . Dia berdiam diri kerana dia mahu awak memulakan perbualan , cerita segala macam cerita dan apabila dia mula mencari gaduh sebenarnya dia mahu melihat keletah awak tu . Kalau anda demam or sakit dia tak akan tanya secara lembut tentang kesihatan awak , dia just akan tanya "dah sihat ke" or "gi la klinik" or "gi la makan ubat" tapi maksud yang sebenarnya dia sangat risau tentang kesihatan awak cuma dia tidak pandai berkata kata . 

So sebenarnya orang yang jarang menyatakan perasaan sayang ni lah orang yang amat sayangkan kita . Setiap perbuatan dia terhadap kita itulah bukti sayang dia . Walaupun kita jauh tetapi dia sentiasa mengingati kita , selalu berpesan kepada angin "oh angin sampaikan lah rindu ku kepadanya" ... haha ... itu just sedutan filem je ye saya bukan jenis yang jiwang . 




~entri ini untuk rakan rakan yang selalu bertanya "mira sayang kte tak" tetapi tidak mendapat sebarang respond ...hehe 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...