Wednesday 22 August 2012

selamat hari raya :)

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :)

dah empat hari raya baru nak wish kan , tapi tak pe still raya kan . maaf zahir batin kepada kawan kawan atas segala salah silap , terkasar bahasa , terlebih gurau . and maaf juga kat kawan kawan yang tak dapat beraya kat rumah , sorry sangat sangat .

raya tahun ni agak kelam kabut and tak berapa perfect . sehari sebelum raya sepatut nya mak and adik kena prepare bahan bahan untuk juadah hari raya , ayah siapkan baju raya and saya kena cat rumah . tapi sehari sebelum raya tu anak sedara ayah meninggal dunia and nenek pula sakit . so kena la pergi ziarah kat mersing yang hujung tanjung tu . balik rumah dah petang so masa untuk buat segala benda dah singkat . esok pagi nye nak balik kampung pula . mengikut perancangan awal nak balik kampung pada  dua raya sebab banyak lagi benda kena buat kat rumah tapi nenek sakit kan . so hasil daripada keadaan kelam kabut itu : mak just masak sambal kacang , ayam goreng ngan sambal goreng . dinding rumah pula bercapuk capuk sebab tak berecat and baju raya ayah siap selepas sembahyang raya :) 

after all ... raya tetap best and meriah . 
pagi raya kat rumah , tiga hari kat kampung and lepas tu ...... naik kerja balik :)






















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...