Thursday 19 April 2012

maafkan saya

mungkin saya seorang yang terlalu ego untuk menyatakan kesilapan saya dan sebab ego saya sering mengeluarkan soalan "apa salah saya" . sejujurnya saya dah puas fikir apa salah saya dan saya tak menemui satu jawapan yang kukuh untuk menyatakan bahawa awak patut marah kat saya . 

kalau betul apa yang berlaku ni semua salah saya . SAYA MINTA MAAF . saya haya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan . yang fasal malam tu saya minta maaf kalau saya buat awak rasa sakit hati . awak rasa saya bagi awak banyak kerja ke sampai menggangu awak nak buat assigment history or kacau time awak nak study economy . kalau itu antara sebab awak marah kat saya , saya nak tanya balik , antara member lain dengan awak sape yang lebih banyak kte bagi kerja . kerja yang kte bagi kat awak tak sesusah mana dengan apa yang dieorang kena buat . 

mungkin juga awak tak suka  kte always act macam ketua kot . asyik kte yang nak arah and bagi kerja kat group . kte bukan gila kuasa tapi kte just nak kerja tu perfect tu je . mungkin sebab tu juga awak dah tahan ngan kte kot always complain kerja yang awak buat . awak kena tau satu perkara kte arahkan korang buat kerja dan pada masa yang sama kte juga buat kerja yang sama banyak dengan korang . so apa masalah nye kat sini sampai awak nak marah sebab kte bagi kerja kat awak ? 

kte dah terlalu penat untuk minta maaf setiap kali awak buat perangai . kte dah terlalu penat nak taip message "awak kte minta maaf" , "awak saya ihklas kawan ngan awak" , "awak saya nak kawan yang bukan untuk u or assigment tapi nak kawan yang sampai akhirat" . kte dah nak penat nak taip ayat tu berpuluh kali . kte dah penat untuk senyum kat depan awak tapi kat belakang awak kte menangis . kte dah penat untuk gelak time ngan awak tapi dalam hati rasa sangat marah kat awak . kte dah penat nak jaga hati awak tapi awak sikit pun tak jaga hati kte . kte dah penat untuk update blog menceritakan kesedihan kte terhadap awak . kte dah penat buat movie untuk meluahkan kesedihan kte terhadap awak . dan kte terlalu penat untuk membenci awak . 

mungkin lepas ni kte dah tak akan minta maaf or pujuk or berlakon baik bila awak buat perangai sebab kte dah terlalu letih dengan semua ni . kte just ikut apa yang awak buat . kalau awak rasa kte ni terlalu teruk untuk jadi kawan awak , jangan tegur kte lagi . kte minta maaf sebab menjadi kawan yang teruk untuk awak dan kte harap ni entri terakhir tentang kesedihan kte terhadap awak .

sekali lagi kte minta maaf ......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...