Friday 3 February 2012

kegagalan itu pedih

Ya memang betul kegagalan itu amat pedih untuk diterima tapi adakah kita mahu terus berada di bawah emosi kesedihan itu tanpa berfikir untuk keluar dari situasi tersebut ? Kegagalan tidak akan membawa keluar kegagalan tetapi kesungguhan akan membawa keluar kegagalan . Apabila kita gagal jangan salah kan orang lain tetapi salahkan diri sendiri tetapi cukup sehari kita menyenaraikan semua kesalahan kita . Keesokan harinya kita perlu bangun dengan tidak melakukan semula perkara yang menyebabkan kita gagal . Bangun dengan semangat yang baru . 

Apabila kita gagal jangan merancang sesuatu yang membawa kita terus kepada kegagalan . Cari semula kekuatan . Kegagalan bukan pengakhiran kepada kehidupan tetapi kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan . Orang yang selalu melihat matahari tidak akan mampu melihat bayang bayang di bawah . Cari lah seseorang untuk menceritakan segala kesedihan anda . Seseorang yang mampu mendorong anda untuk bangun dan terus berlari kerana kadangkala kita perlu memimpin dan ada ketika kita perlu dipimpin . Dan ingat lah  orang yang berjaya pada hari ini merupakan orang yang gagal pada masa silamnya .

Bangun lah teman ku . Saya sentiasa berada dibelakang kamu . 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...